Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad | Kisah Cinta Murni Seorang Lelaki

Reactions: 
Cinta Murni Seorang Suami. Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad, kisah seorang suami yang amanah dan bertanggungjawab. Berkorban demi cinta kepada isteri, Fauziah Muhamad yang diamanahkan kepadanya. Abil Fikri Ahmad, bekas perunding kewangan dan speaker motivasi, membuat keputusan berhenti kerja selepas berkhidmat selama 11 tahun sebaik mengetahui tentang keadaan isterinya itu. Beliau menjaga isterinya sejak lebih setahun lalu, dan merasakan dalam situasi sepertinya, berada disisi isteri harus menjadi  menjadi keutamaan kepada beliau. Isteri Abil Fikri, Fauziah Muhamad, diserang asma sehingga menyebabkan dia mengalami kerosakan pada saraf otaknya sejak Jun 2011. "Saya cuma melaksanakan tanggungjawab seorang suami, dan rasanya tidak layak saya mendapat perhatian dan pujian yang menggunung seperti ini" ujar Abil Fikri Ahmad. Apa yang pasti cinta pasangan suami isteri ini dianggap "Kisah Cinta Murni" oleh rakyat Malaysia yang tidak putus-putus memberi sokongan moral kepada Abil Fikri Ahmad. Apa yang pasti sukar untuk mencari suami sedemikian pada zaman yang penuh dugaan dan mencabar ini.

Kisah Cinta Murni Seorang Lelaki Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad


Berikut merupakan antara maklum balas dan kata-kata oleh rakyat Malaysia kepada pasangan Abil Fikri Ahmad dan Fauziah Muhamad


"Suami yang hampir mustahil untuk ditemui lagi di bumi ini."

"Semoga ALLAH permudahkan urusan saudara sekeluarga, semoga ALLAH berkati dan rahmati saudara....."

"Sayu rasanya dengar kisah ini... semoga tabah hadapi ujian ALLAH."

"Syabas Abil Fikri, semoga ALLAH merahmati anda dan menyembuhkan penyakit isteri anda... moga tabah... bersabarlah,"

"Semoga Mahkota ALLAH yang dipakai oleh isteri Abil menjadi rahmat kepada suami yang soleh."

"Saya ikut terharu dan berdoa semoga ALLAH swt memberkati usaha yang murni ini,"

Siti Halimatussadiyah yang berada di Jakarta menulis, "semoga diterima amal ibadahnya."

"Dan mendapat tempat yang layak di sisi ALLAH swt... serta keluarga diberi kesabaran dan keiklasan menerima ujian ini,"

"Semoga ALLAH memberi rahmat pada kamu saudara Abil... dan semoga isteri kamu berada di dalam rahmat ALLAH juga... mungkin saudara Abil boleh menyatakan no akaun bank.. untuk sesaiapa yang ingin membantunya."

"Syabas! dari sudut kecil hati saya pada Encik Abil."

"Saya sendiri pun sudah lupa akan masa ijab kabul sebelum bergelar suami-isteri, bukan saja anak-anak...terpi isteri juga adalah amanah ALLAH... bertawakallah kepada-Nya... insya-Allah... inilah ujian akan adalah hikmat pada hambanya ke atas semua dugaan ini.... saya akan mendoakan dari jauh... berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikulnya.... sekali lagi Syabas saya ucapkan... kerana ini menyedarkan pada diri saya apa erti amanah... pada anak-isteri,"

"Ini baru betul cinta..."

"Semoga Tuhan memberikan kekuatan dan kesabaran terhadap kamu."

"Sesiapa sahaja akan terhenti mindanya seketika bila membaca kisah kamu yang terpaksa berhenti kerja kerana mengurus dan menjaga isteri yang koma."

"Itu bukan perkara yang mudah dan tidak semua orang dapat menghadapinya. Dengan penuh insaf, saya berdoa semoga ALLAH memberikan kamu kesudahan yang baik,"

"Semua orang mahukan suami sebegini..."

"Mat Top amat bersimpati dengan pasangan ini yang menerima dugaan dengan tabah."

"Cuma yang Mat Top muskilkan, adakah berhenti kerja untuk menjaga isteri dan berharapkan kepada bantuan Kebajikan Masyarakat, pencen isteri, simpanan dan simpati orang ramai lebih baik dari terus bekerja dan menjaga isteri di samping mengupah jurarawat terlatih menjaga isteri semasa keluar bekerja,"

"Inilah yang dikatakan 'suami masali."

"Menjaga isteri juga merupakan tanggungjawab suami, dan syurgalah tempatnya bagi suami-suami yang memegang amanah dan tanggungjawab ini,"

"Suami mithali, ALLAH akan bersama dengan tuan, semoga isteri cepat sembuh."

"Semoga ALLAH merahmati pengorbanan si suami dan memberi kesihatan pada isterinya,"
Abil Fikri dan Fauziah Muhamad

Entri Abil Fikri Ahmad | Cinta Murni Seorang Lelaki merujuk artikel Sinar Harian bertajuk Kisah Abil-Fauziah: Pembaca beri sokongan moral. Semoga Allah memberikan rahmat kepada pasangan ini. Teruskan doa dan Insyaallah, tiada yang mustahil di sisi Allah. Sesungguhnya Allah maha pengasih lagi maha mengetahui.


Related Post:

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]



Post Author Raimi Syazwan Abdul Rashid
PERINGATAN: ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

4 comments:

  1. tersentuh membaca kisah nih..
    Alhamdulillah
    susah senang dikongsi bersama..

    ReplyDelete
  2. Ternampak satu komen yg negatif di situ..
    alhamdulillah dia sudi berkorban untuk menjaga isteri dia bukan semua lelaki snggup buat begitu ^^

    ReplyDelete
  3. Masa trbaca kisah ni kat akhbar, sumpah, aku meremang. Tiba2 aku rasa sgt respect kat Abil Fikri.
    Bila aku bayangkan, dugaan Allah seperti ini amat berat untuk aku.
    Abil Fikri diduga seperti ini pula kerana janji Allah dia hanya menduga manusia dgn ujian yg mampu ditanggung oleh manusia tersebut. Semoga ia menjadi ikhtibar untuk manusia-manusia yang lain..

    ReplyDelete
  4. syukur dapat suami yng tabah dan sabar cm ni... semoga tuhan panjangkan jodoh mereka... kagum tengok cinta diorang..

    ReplyDelete

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
abcSEOxyz Sihir Sihir SEO Malaysia