Setelit MEASAT-3b Paling Mantap di Asia

Setelit MEASAT-3b Paling Mantap di Asia. Entah bagaimana perasaan keluarga mangsa tragedi MH370 ketika ini. Semoga mereka tabah melalui dugaan yang mendatang.

Malaysia bersedia melancarkan Setelit MEASAT-3b dan membentuk wilayah satelit paling mantap di Asia. Beberapa minggu sahaja lagi, Satelit ke-5 yang sejak dulu membanggakan Malaysia, bakal dilancarkan menggunakan Pelancar Ariane 5 yang akan meningkatkan kemampuan data sokongan dan perkhidmatan video di seluruh Malaysia, India, Indonesia dan Australia. Info tambahan: Pesawat MH370 masih gagal ditemui.

Setelit MEASAT-3b Paling Mantap di Asia

MEASAT3-b ditempatkan di slot orbit 91.5'E untuk berkolokasi dengan MEASAT-3 dan MEASAT-3a lalu membentuk wilayah satelit Terus ke Rumah (DTH) paling mantap di Asia. Wow! mengalir air mataku disaat membayangkan kehebatan Malaysia. Aku sungguh terkesan walaupun tidak faham sangat mengenai teknologi angkasa lepas ini. Kalau aku pandang ke langit sekalipun, tentunya tidak kelihatan keluarga MEASAT yang sebelum ini telah dilancarkan oleh Malaysia. Yang aku tahu cuma rasa bangga yang berterusan  kerana menjadi rakyat Malaysia yang sentiasa paling hebat. Itulah kata mereka. Malaysia yang terhebat di dunia. Kalau bulat-bulat aku kena tipu dengan MEASAT pun, bukannya aku tau. Tapi yang pasti kalau di Asia, Malaysia paling hebat. Sungguh! dah banyak kali aku baca di akhbar.

Artikel ditulis oleh pseudosupra



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh