Ubat Tradisional Beracun Majun Burung Unta

Ubat Tradisional Melayu Majun Burung Unta mengandungi Racun terkawal dibawah Akta Racun 1952. Kepada sesiapa yang mengambil Majun Burung Unta dinasihatkan segera mendapatkan rawatan kesihatan. Jika mempunyai maklumat mengenai Majun Burung Unta Ubat Tradisional itu sila hubungi Bahagian Perkhidmatan Farmasi di talian 03-78413200 atau e-mel kepada pharmacy1@moh.gov.my. Ulasan Kata-kata Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah. 

Ubat Tradisional Beracun Majun Burung Unta

Majun Burung Unta Mujarab dan Popular

Majun Burung Unta Popular dikalangan pengamal ubat tradisional melayu setelah dikatakan Mujarab dalam memulihkan penyakit lemah tenaga batin, sakit urat saraf, sakit pinggang, sakit sendi lutut, sakit jantung, penyakit semput, kelabu mata, sakit kepala, perempuan lepas bersalin, penyakit luhur, segugut dan awet muda.

Ubat Tradisional Melayu Tidak Berdaftar

Orang ramai dinasihatkan tidak membeli atau menggunakan Ubat Tradisional Melayu Majun Burung Unta yang tidak berdaftar kerana didapati mengandungi Dexamethasone iaitu sejenis Kortikosteroid untuk rawatan masalah pembengkakkan dan radang yang serius yang dikawal di bawah Akta Racun 1952. Dexamethasone tidak dibenarkan sebagai ramuan dalam ubat tradisonal malah ia hanya boleh dibekalkan oleh doktor atau diperoleh dari farmasi dengan preskripsi doktor. Sumber Kosmo.

Bahaya Racun Majun Burung Unta

Penggunaan dexamethasone secara berpanjangan tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh mengakibatkan kesan sampingan serius seperti kelemahan otot, kerapuhan tulang, peningkatan gula dalam darah, tekanan darah tinggi dan glaukoma (penyakit mata). Pengmbilan dexamethasone sangat berbahaya kepada pesakit yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis kerana ia boleh menyebabkan paras gula dalam darah tidak terkawal dan seterusnya mengakibatkan komplikasi serius. Hootoh! Katakan Tidak pada Ubat Beracun Majun Burung Unta.

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh