Tragedi Penculikan Bersenjata di Sydney Australia

Tragedi Penculikan Bersenjata di Lindt Chocolate Cafe, Bandar Sydney, Australia. Jumlah Tebusan yang ditawan Sekumpulan Penculik Bersenjata di Lindt Chocolate Cafe dianggarkan tidak kurang daripada 20 Orang dan mungkin mencecah sehingga 40 Orang. Kafe Terbabit, terletak di Martin Place, iaiu kawasan perniagaan yang sibuk di Bandar Sydney, Australia. Beberapa bangunan utama terpaksa dikosongkan dan ribuan pekerja di sekitar Bandar Sydney diarahkan untuk pulang kediaman masing-masing.

Tragedi Penculikan Bersenjata di Sydney Australia

Insiden Penculikan bermula apabila seorang lelaki yang memakai ikat kepala dengan Bahasa Arab berjalan masuk ke kafe berkenaan lalu mengeluarkan senapang daripada Sebuah beg sekitar jam 9.45 pagi 15 Disember 2014. Mereka memaparkan Bendera Hitam tertera tulisan Arab bewarna putih di tepi tingkap.

Seperti dilaporkan Ray Hadley Dari Radio 2GB, Penculik Bersenjata itu mahu bercakap dengan Perdana Menteri Australia, Tony Abbott. Mereka bersenjatakan Parang dan mungkin membawa bersama bahan Letupan, selain mendakwa mereka telah memasang beberapa Bom / Bahan Ledakan di Seluruh Bandar.

Insiden Penculikan Bersenjata di Sydney Australia

Polis Australia telah mengepung kawasan kejadian dan bersedia bertindak balas terhadap sebarang kemungkinan. Perdana Menteri Australia, Tony Abbott menyifatkan Kejadian Ini sebagai "Menakutkan" dan ia mungkin bermotifkan Politik. Sebelum ini, Australia diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga selepas kerajaan membangkitkan kebimbangan terhadap rakyatnya yang berjuang bersama kumpulan jihad di Iraq dan Syria mungkin pulang ke negara asal dengan membawa elemen radikal dan berupaya membuat serangan.

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh