“Lakukan Sesuatu dalam daerah anda”
Petikan dari Hj Fadzli Yusof
Semasa Pesta Buku Antarabangsa KL tahun 2006, saya sempat bersembang seketika dengan Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said. Kebetulan kami sama-sama dalam sesi autograf penulis di gerai PTS Publications pada masa itu. Banyak perkara yang dibincangkan, bermula daripada tip-tip menulis, sehinggalah isu-isu antarabangsa. Tidak sangka Pak Samad seorang pendengar dan pemberi respons yang baik. Lima tahun lepas semasa terlihat beliau pusing-pusing di kedai buku Kinokuniya, saya tidak sangka beliau seorang yang berperwatakan peramah dan ‘kebapaan’. ” Don’t judge a book by its cover,” memag sesuai diguna pakai dalam situasi ini.
Antara perkara yang saya masih ingat adalah saya bertanya kepadanya, bagaimanakah beliau dapat menghasilkan karya yang berkualiti dan terus konsisten dengan bidang yang diceburi sehingga mendapat anugerah Sasterawan Negara. Beliau berfikir sejenak (memang cool stail dia masa itu!) dan berkata, “Lakukan sesuatu dalam daerah kita.” Jawabnya pendek. “Daerah? Macam mana Pak Samad?” Saya tanya lagi. Macam ada idea, tetapi mahukan kepastian.
“Buatlah perkara yang dekat dengan kita, hampir dengan kita. Ini memudahkan kerja kita dan kita lebih mahir melakukannya.” (Saya tidak ingat perkataan yang digunakan, tetapi lebih kurang begitulah maksudnya.)
“Jadi Pak Samad, kita buat apa yang kita minat, yang kita suka yang kita tidak janggal? Begitu?” Saya bertanya dan beliau mengangguk-angguk.
Wah, selepas itu saya terus berfikir-fikir semula setakat mana ‘daerah’ yang saya miliki, supaya saya dapat bertarung dalam gelanggang yang mempersonakan kalbu.
Kalian sudah tahu ‘daerah’ sendiri?
Oleh: Hj Fadzli Yusof
Pada: February 7th, 2011
☂♌¹³ - Honor & Respect
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
No comments:
Post a Comment
I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.
Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid
✎All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.