Showing posts with label Guide. Show all posts
Showing posts with label Guide. Show all posts

Cara Mendapatkan Kod Pengesahan SMS tanpa menggunakan Handphone

Bagaimanakah mendapatkan Kod Pengesahan SMS tanpa menggunakan Nombor Handphone anda. Dalam proses pendaftaran secara online, kebanyakan laman web mengarahkan untuk menyertakan Nombor Handphone untuk menerima Kod Pengesahan secara SMS. Ramai antara kita agak keberatan Berkongsi Nombor Handphone bagi tujuan ini atas sebab-sebab privasi. 

Namun, semakin hari, Proses Pengesahan Pendaftaran dengan Kod melalui SMS semakin menjadi pilihan  dalam urusan pengesahan pendaftaran dan perkhidmatan lain di secara Online. Tahukah anda, ada Cara alternatif untuk mendapatkan SMS Verification Code. Berikut ialah Panduan atau Trick Mendapatkan Kod Pengesahan SMS tanpa menggunakan Handphone.

Dua Halaman dibawah akan mengambil alih Proses Penghantaran Kod Pengesahan SMS tanpa menglibatkan Nombor Handphone anda.

Bagaimana kaedah ini berfungsi. Halaman ini akan menyediakan anda dengan beberapa nombor. Sebagai contoh kita menggunakan Receive-sms-online.com. Merujuk gambar di bawah halaman ini telah menyediakan dengan beberapa nombor telefon maya untuk digunakan untuk Proses Pengesahan SMS ketika mendafter sesuatu account secara online.

Cara Mendapatkan Kod Pengesahan SMS tanpa menggunakan Handphone

Pilih mana-mana nombor telefon untuk digunakan untuk dalam Proses Pengesahan SMS dan klik untuk pengesahan pada Nombor yang anda pilih. Seterusnya Reload atau Refresh laman tersebut. Setelah selesai anda akan memperolehi Nombor Kod Pengesahan. Seperti mana gambar di bawah

Cara Mendapatkan Kod Pengesahan SMS tanpa menggunakan Handphone

How to Bypass SMS Verification send by any email Provider. Alternatif mendapatkan Kod Pengesahan SMS tanpa menggunakan Nombor Handphone Sebenar. Cara mendapatkan SMS Verification tanpa menggunakan Handphone. Credit kepada Sesawang Network dan KIIT Hackers Team.




Bantuan Rakyat 1Malaysia Online | Panduan Daftar BR1M 2.0

Daftar Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 secara Online. Cara-cara mendaftar BR1M 2.0 Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dilakukan dengan dua kaedah pendaftaran, iaitu mendaftar secara atas talian (online) atau dengan borang pendaftaran BR1M 2.0 melalui kaunter diPejabat Pembangunan Negeri, Pejabat Daerah dan pejabat lembaga Hasil Dalam Negeri seluruh negara. 

Tarikh daftar Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 ialah pada November 2012. Panduan mendaftar dan Borang Bantuan Rakyat 1Malaysia BRIM 2.0 juga akan dimaklumkan melalui media massa dan elektronik. Tertakluk pada perubahan semasa. Perkhidmatan Semak  Status Permohonan BR1M dan Kelayakan Memohon BR1M juga disediakan.

BR1M 2.0 bantuan rakyat 1Malaysia online tarikh panduan cara daftar

Bantuan Rakyat 1Malaysia BR1M 2.0 kali ini juga diperluaskan kepada golongan bujang yang berpendapatan tidak lebih RM2000 dan berumur 21 tahun ke atas. Bagi yang layak, mereka akan menerima bantuan Bantuan Rakyat 1Malaysia secara One Off sebanyak RM250.

Menepati Tema Bajet Belanjawan 2013 Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati. Pemberian BRIM 2.0 ini akan memberi manfaat kepada 4.3 juta isi rumah serta 2.7 juta individu bujang melibatkan peruntukan 3 bilion ringgit.

Berita dan Informasi tambahan BR1M 2.0  Bantuan Rakyat 1Malaysia juga boleh dirujuk di 1malaysia.com.my

BORANG eBR1M <--- Click






Panduan Doa dan Ziarah Kubur | Yang Makhruh dan Dilarang

Panduan Doa dan Ziarah Kubur | Yang Makhruh dan Dilarang


Berikut ialah Panduan Doa dan Ziarah Kubur. Perkara-perkara dibawah merupakan antara perbuatan yang makhruh dan dilarang ketika menziarahi kubur.

  • Makruh menghiasi kubur dengan disapu kapur.

  • Dilarang meninggikan kubur lebih dari sejengkal.

  • Makruh menulis ayat Al Quran atau lainnya pada batu nisan atau binaan kubur tetapi jika sekadar menulis nama si mati lebih-lebih lagi jika ia seorang alim atau seorang yang salih supaya kuburnya mudah dikenal dan diziarahi maka itu tidak dilarang malah amatlah baiknya.

  • Dilarang duduk di atas kubur atau memijaknya semasa berjalan di tanah perkuburan, bertelaku atau bersandar kepadanya (makruh). Jika terpaksa memijak kubur kerana tidak ada jalan lain yang boleh sampai ke kubur yang dituju atau kerana menggali kubur yang baru, maka tidaklah makruh.

  • Dilarang memasang lampu di atas kubur malah tidak sah jika diwakafkan atau dinazarkan.
  • Makruh mendirikan bangunan di atasnya, di tepinya atau mendirikan pakar atau tembok di kelilingnya, jika tanah itu bukan tanah wakaf dan bukan tanah masbalah (kubur lama). Jika tanah itu tanah wakaf atau tanah masbalah maka hukum mendirikan bangunan atau pagar adalah haram kerana mengambil kawasan yang luas lebih dari sepatutnya dan membolotnya selama-lamanya sedang tanah itu untuk orang ramai. Pihak berkuasa Islam berkewajipan meruntuhkan bangunan yang seperti itu.
Semoga artikel ini dapat dijadikan Panduan ketika berdDoa dan menziarah kubur




Panduan Beli Televisyen | Beza Tv CRT, LCD dan LED

Panduan Beli Televisyen. Televisyen Raya, Langsir Raya, Sofa Raya dan Sport Rim Raya pun ada. Maklumlah musim perayaan ni, amalan kunjung mengunjung dan ziarah menziarah antara jiran tetangga telah menjadi budaya kita. Masa ni la menunjuk kat jiran-jiran kita kan.. (berpeluh-peluh). Entri kali ni nak bagi Panduan Beli Televisyen (Tv). Terdapat banyak jenis Televisyen di pasaran sekarang ni. Ada Televisyen LCD, Televisyen LED dan kadang-kadang Televisyen CRT pun masih ada dipasaran (biar betul).

Tahukah anda perbezaan antara jenis televisyen ini, Apakah pula maksud CRT, LCD dan LED

Beza Televisyen CRT  Televisyen LCD dan Televisyen LED




Televisyen CRT (Cathode Ray Tube) dikenali Televisyen Kotak atau Televisyen Aquarium mulai ditempatkan didalam store. Ada yang lebih kejam, terus menyimpannya di tong sampah. Ini berlaku kerana faktor ruang. Televisyen CRT memerlukan ruang yang luas.

Televisyen LCD (Liquid Crystal Display) merupakan televisyen ramping dan lebih berteknologi dan HD Definisi Tinggi

Televisyen LED (Light Emitting Diode) pula diberi lebih perhatian kerana ia lebih ringan, lebih nipis, dan kualiti gambarnya lebih berdefinisi tinggi HD

Perbezaan Televisyen CRT dengan Televisyen LCD
Jurang perbezaan antara Televisyen CRT dengan Televisyen LCD tersangatlah jauh. Tempoh perubahan teknologi backlightnya juga agak lama. Masih terbayang lesen Tv yang tergantung di dinding rumah. Hanya tinggal kenangan.

Teknologi Sistem Backlight
Kualiti gambar Televisyen LED mempunyai perbezaan ketara dengan Televisyen CRT. Ia sudah pasti dan tidak dinafikan lagi, kerana backlight Televisyen CRT masih menggunakan teknologi tiub gas manakala backlight Televisyen LCD pula telah menggunakan teknologi CCFL (Cold Cathode Fluorescent Lamps)


Pererbezaan Televisyen LED dengan Televisyen LCD
Umumnya, boleh dikatakan Televisyen LED masih dalam lingkungan teknologi Televisyen LCD, kerana perbezaannya agak kecil.

Teknologi Sistem Backlight
Perbezaan teknologi Televisyen LCD berbanding Televisyen LED juga terletak pada sistem backlight yang digunakan . Televisyen LCD menggunakan teknologi backlight CCFL (Cold Cathode Fluorescent Lamps) manakala Televisyen LED menggunakan teknologi backlight LED l Amp. Jelas disini kelebihan Televisyen LED berbanding Televisyen LCD juga pada sistem backlight yang digunakan sahaja. Kemampuan teknolgi backlight LED l Amp pada Televisyen LED telah menggandakan kapasiti resolusi pada skrin LCD. Jelas lah kenapa kualiti gambar Televisyen LED jauh lebih berdefinisi tinggi HD berbanding Televisyen LCD.

Dynamic Contrast
Televisyen berteknologi LED juga memiliki dynamic contrast ratio yang mencapai berjuta-juta banding satu.

Penjimatan Tenaga
Perbezaan penggunaan tenaga antara Televisyen LED berbanding Televisyen LCD juga berlainan. Teknologi Penjimatan kuasa elektrik lebih diberi tumpuan sejak kebelakangan ini. Lampu LED yang digunakan sebagai backlight pada Televisyen LED terbukti lebih menjimatkan berbanding lampu CCFL di Televisyen LCD.

Jangka Hayat
Jangka hayat sistem backlight yang menggunakan teknologi lampu LED didapati lebih panjang berbanding sistem backlinght yang lain. Namun dari segi teknologi tahan gegar, sistem backlight LED merupakan yang paling sensitif dengan gegaran.




Biar Kalah Membeli asal Menang Memakai. 
Apa di tunggu lagi, Pilihan ditangan anda

Untuk membeli Televisyen baru, kita perlu mengikuti perkembangan teknologi ini. Nanti masa jiran datang rumah tanya pasal beza Tv CRT, LCD dan LED ni, boleh la anda sembang-sembang. Apa-apapun diharap entri ini dapat dijadikan panduan asas untuk Panduan Beli Televisyen baharu.






Submit and Resubmit Sitemap | Google Webmaster Tools | Seo Black Book

Berikut ialah cara mudah mendaftar sitemap ke google webmaster tools. Cara-cara Submit and Resubmit Sitemap to google webmaster tools adalah seperti berikut:

Submit and Resubmit Sitemap | Google Webmaster Tools | Seo Black Book

Tutorial mendaftar sitemap ke Google Webmaster
 
1. Mendaftar di Google Webmasters
2. Log in ke Google Webmaster Tools
3. Pilih blog yang dikehendaki
4  Dari menu DASHBOARD pilih menu OPTIMIZATION dan seterusnya click SITEMAPS
5. Click menu ADD/TEST SITEMAP
6. Isikan ruang yang disediakan:
atom.xml?redirect=false&start-index=1&max-results=500
(=1&max-results=500) bermaksud google akan index entri 1 hingga ke 500 entri seterusnya

7. Click submit sitemap.
8. Selesai

9.  Setelah Blog anda mempunyai lebih dari 500 Entri. Anda perlu submit sitemap sekali lagi.
atom.xml?redirect=false&start-index=501&max-results=500
(=501&max-results=500) bermaksud google akan index entri 501 hingga ke 500 entri seterusnya

10.  Setelah Blog anda mempunyai lebih dari 1000 Entri. Anda perlu submit sitemap sekali lagi.
atom.xml?redirect=false&start-index=1001&max-results=500
(=1001&max-results=500) bermaksud google akan index entri 1001 hingga ke 500 entri seterusnya

Diharap Guide and Tip mendaftar sitemap ke google webmaster tools ini dapat membantu anda.




Keyword Tajuk Entri | Keyword Tool | SEO Black Book

Keyword Tajuk Entri yang mesra SEO merupakan Post Title yang mendapat jumlah carian keyword tertinggi dalam search engine. Keyword dalam Tajuk Entri atau Post Title boleh diuji menggunakan Google AdWord keyword tools.
Keyword Tajuk Entri | Keyword Tool | SEO Black Book
Google Blog | SEO Guide and Tips | SEO Black Book
Google AdWord keyword tools berfungsi untuk mencari pelbagai Keyword SEO Friendly atau Keyword Mesra SEO dalam Google Search Engine. Sebelum memulakan sesebuah Artikel yang SEO Friendly, gunakan Google AdWord keyword tools ini untuk menguji Keyword dalam Tajuk Atikel terlebih dahulu  sebut.

Keyword Tajuk Entri | Keyword Tool | SEO Black Book
Google AdWord Keyword Tools

Keyword Tools boleh mengaitkan keyword dalam Tajuk Entri mengikut kategori-kategori yang tertentu. Pastinya ia akan banyak membantu dalam merancang untuk menulis artikel dan entri seterusnya.

Google AdWord keyword tools juga menyenaraikan kategori tertentu yang dilihat bersesuaian dengan Keyword Tajuk Entri yang diuji bersama dengan  purata jumlah carian untuk keyword-keyword yang lain. Keyword Tool ini pastinya banyak membantu sesuatu blog mengesan SEO Keyword dalam Tajuk Entri agar meghasilkan Tajuk Entri yang Mesra SEO




Tajuk Entri | SEO Friendly | SEO Black Book

Tajuk Entri SEO Friendly | Tajuk Entri Mesra SEO ialah tajuk yang mempunyai jumlah carian yang tertinggi di search engine. Jika semakin tinggi jumlah carian pada Tajuk Entri ( Post Title ) maka semakin banyak jumlah trafik yang akan diterima.

Tajuk Entri | SEO Friendly | SEO Black Book
Google Blog | SEO Guide and Tips

Hasilkan Tajuk Entri SEO Friendly | Tajuk Entri Mesra SEO


  • Mencipta Tajuk Entri yang Kreatif, Ringkas tetapi Padat
  • Panjang Tajuk Entri diantara 20 - 50 Karakter
  • Periksa jumlah carian pada Tajuk Entri di Search Engine utama
  • Jangan gunakan ascii pada Tajuk Entri


Apabila Tajuk Entri SEO Friendly | Tajuk Entri Mesra SEO telah dihasilkan. Sudah pastinya Tajuk Entri ( Post Title ) tersebut berada dalam senarai carian yang tertinggi di search engine. Tetapi harus diingat Semakin besar juga persaingan untuk Tajuk Entri  ( Post Title ) tersebut berada pada first page hasil carian.





Google Blog | SEO Guide and Tips

SEO Guide and Tips for Google Blog

SEO Guide and Tips for Google Blog menjadi Keutamaan Google

SEO Guide and Tips
Google Blog | SEO Guide and Tips | SEO Black Book

SEO Guide and Tips for Google Blog. Walaupun Google mempunyai lebih daripada 100 kriteria yang berbeza-beza untuk menilai Pagerank (yang boleh berubah mengikut kepentingan
semasa). Berikut ialah Info dan Tips dianggap utama kepada blogger yang serius mengenai Pagerank.

SEO Guide and Tips for Google Blog menjadi Keutamaan Google
Berikut disenaraikan susunan kepentingan atau fokus utama dinilai oleh Google

1. Keyword yang digunakan dalam teks pautan di kedua-dua tapak dan khusus dari laman web lain
yang mengarah ke laman web anda. Dan pautan anda ke laman web lain yang meninggalkan
backlink ke blog anda. Namun perkara utama paling penting ialah kandungan Keyword anda.

2. Keyword yang digunakan dalam tajuk laman web anda (antara tags <TITLE>).

3. Keyword yang digunakan dalam tajuk (H1, H2) dan dalam <body> atau badan laman web anda.

4. PageRank (PR) laman web anda, yang sebaliknya adalah bergantung kepada
bilangan pautan yang menunjuk ke laman web anda dari laman web lain. Kepentingan ini
link masuk seterusnya adalah bergantung kepada PageRank halaman yang menghubungkan, yang pada
sebaliknya adalah bergantung kepada bilangan link masuk ke laman itu, dan sebagainya.

5. Laman Web yang mengandungi sekurang-kurangnya 200 patah perkataan kandungan teks yang berkaitan.

6. Berapa kerap kandungan di laman anda dikemaskinikan. Anda perlu mengemaskinikan laman web anda sekali
sebulan jika boleh.

7. Kecepatan anda mendapatkan link baru (link terlalu banyak dan terlalu cepat tidak digalakkan Google).

 ☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Sitemap Pages | How to make | Tutorial | Info | Blog Guide

Sitemap Pages | How to make | Tutorial | Info | Blog Guide
Sitemap Pages | How to make | Tutorial | Info | Blog Guide
How to make sitemap on blogger | Full Tutorial | Sitemap Blogger Tutorial and Guide

How to make sitemap on blogger | Full Tutorial | Sitemap Blogger Tutorial and Guide


How to make sitemap on blogger | Full Tutorial | Sitemap Blogger Tutorial and Guide

Berikut ialah satu tutorial dan guide meletakkan sitemap di Pages blog anda


1. Click Design>Layout>Pages>New Pages

2. Click tab HTML

3. Paste code below

<div dir="ltr" style="text-align: left;" trbidi="on">
<script src="http://yourjavascript.com/18113981113/bukarahasiablog-toc.js">
</script><script src="http://www.pseudosupra.blogspot.com/feeds/posts/default?max-results=9999&amp;alt=json-in-script&amp;callback=loadtoc">
</script></div>
4. Change red url to your own blog url.
     Sila tukarkan web/blog url (bewrna merah) dengan blog yang anda kehendaki.

5. Save and done

Sitemap Example:  http://pseudosupra.blogspot.com/p/sitemap.html
Contoh dan rujukkan sitemap: http://pseudosupra.blogspot.com/p/sitemap.html

Info: bukarahsiablog

 ☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Mimpi yang sering dialami Wanita | Rahsia | Tafsir | Erti | Mimpi Wanita

Mimpi yang sering dialami Wanita | Rahsia | Tafsir | Erti | Mimpi Wanita

Mimpi yang sering dialami oleh wanita atau perempuan pada umumunya. Ketahuilah rahsia, tafsir dan erti mimpi yang sering dialami oleh wanita.

Wanita ternyata cenderung mempunyai mimpi yang lebih 'liar' daripada lelaki.
Faktanya, berbanding lelaki, wanita juga lebih sering mengalami mimpi buruk.
Hal ini menurut penelitian dari pasukan University of the West of England, Inggeris.

Merujuk statistik The Sun, dari 19 peratus lelaki yang mengalami mimipi buruk, ada 30 peratus wanita yang juga bermimpi buruk.
Diperkirakan hal ini terjadi kerana naik turun hormon pada wanita.
Hal ini mencetuskan perubahan suhu tubuh dan membuat wanita lebih sering bermimpi buruk dan aneh.

Diketahui ada lima mimpi, yang sering dialami wanita.
Ketahui apa saja mimpi-mimpi tersebut dan ertinya.

1. Terbang, melonjak atau memekik
Erti dari mimpi ini adalah, anda sedang melalui tempoh positif perubahan personaliti. Fikirkanlah secara matang, apa yang terbaik bagi anda. Maksimumkan kemahiran pada hal tersebut dan lakukan pembaikan untuk menutupi kekurangan.

2. Menghabiskan masa bersama dengan selebriti, teman-teman atau rakan kerja yang seksi
Mimpi ini klasik dan menggambarkan keinginan memenuhi secara simbolik. Fikiran anda saat tidur, terbawa ke tempat menyenangkan, yang tak berani anda datangi di kehidupan nyata. Nikmati saja mimpi ini, kerana tak ada yang dianiaya. Jika memang anda ingin mengejarnya, lakukan saja. Tapi pastikan tak ada yang tersakiti.

3. Mencari wang atau datang ke sebuah pesta
Hal ini boleh menjadi memenuhi keinginan atau melambangkan sesuatu yang terjadi pada anda. Tidak selalu harus berkaitan dengan wang. Cari tahu apa yang membuat anda 'mapan' secara emosi. Baik dalam hal karier mahupun hubungan. Fokuslah pada hal ini kerana akan membuat anda lebih percaya diri menghadapi rintangan yang ada.

4. Menjadi anak baik di sekolah
Ada seseorang yang ingin anda buat bangga dan senang, boleh atasan, rakan sekerja atau pasangan. Kembali ke usia sekolah melambangkan waktu ketika kita harus menyenangkan orang seperti guru. Ketahui alasan mengapa anda mempunyai keinginan untuk menyenangkan orang lain. Adakah anda cuba untuk mendapatkan citra baik di depan mereka? Atau, mungkin, anda berusaha terlalu keras dan jadi obsesi?

5. Memiliki rambut menawan, tubuh seksi dan penampilan yang lebih menarik
Ini juga mimpi klasik, iaitu mempunyai penampilan sempurna. Atau mungkin, secara sedar anda merasa sangat percaya diri dengan kualiti yang dimiliki. Fokuslah meningkatkan hal-hal positif dari keperibadian dan bukan aspek fizikal. Lalu, ia akan menular pada orang-orang dikasih.

 ☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Soalan Ramalan Psikologi | Memilih Pasangan

Soalan | Ramalan | Psikologi | Memilih Pasangan

Satu soalan psikologi yang sangat menarik, Daripada jawapan yang diberikan, kita dapat mengetahui sebab mengapa seseorang itu memilih pasangan mereka. Walaupun ia cuma ramalan psikologi, namun ada juga kebenarannya.

Soalannya berbunyi begini:

Ada 5 perkara berlaku serentak.
1. Air mendidih kat dapur.
2. Air paip melimpah kat bilik air.
3. Bayi menangis.
4. Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.


Sekiranya anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan lakukan terlebih dahulu mengikut urutan KEUTAMAAN dan KEPENTINGAN diri anda sendiri.
Yang pastinya semua perkara tersebut mestilah juga diselesaikan. Susunlah mengikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
 

Pejamkan mata..
 

Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang. 

Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda.
 

Bagaikan situasi sebenar, anda perlu membuat keputusan dengan segera..

Setelah membuat keputusan, inilah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
 

Susunan jawapan anda akan menunjukkan apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan.

Kalau anda memilih untuk menutup air medidih:  
Menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan ‘si dia’ untuk membimbing anda.

Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air:
Menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis:
Menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi:
Menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

Kalau anda memilih untuk membuka pintu:
Menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda..

Macammana dengan keputusan anda? 

Apakah yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda?
 

Anda boleh bertanya soalan ini kepada rakan-rakan anda untuk mengetahui apakah perkara-perkara yang mereka utamakan dalam memilih pasangan hidup.

Selamat Mencuba.


 ☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Windows 7 DNS | Clear | Flush | Fix | Refresh


Clear the DNS cache in Windows 7
It is sometimes necessary to reset and clear the cache in Windows 7 when you know that DNS changes have been made but Windows 7 is still resolving a hostname to the old IP address.

To refresh the DNS, you simple need to run the 
"ipconfig /flushdns" command from the command prompt, 
The command prompt can be run from the 
Start Menu > All Programs > Accessories > Command Prompt application.

If when you run the "ipconfig /flushdns" command that you receive a message saying "The requested operation requires elevation" then you need to make sure that you run the Command Prompt with administrator privledges, which is as simple as right clicking on the application when you go to run it and choosing to "Run as administrator".

Windows 7 Flush DNS
Flushing DNS on newer versions of Windows is almost as easy as the earlier versions but due to Microsofts security additions you must run the command prompt with administrator privileges.
Click the start button and navigate to the command prompt
(Start > All Programs > Accessories > Command Prompt)
Make sure that you right click on the command prompt application and choose "Run as Administrator"
Type in the command "ipconfig /flushdns"
Note: It is also possible to type in "cmd" into the Windows Vista / Windows 7 start menu search field and then right click on the cmd.exe result instead of having to navigate through the various sub menus.

Fix Windows 7 corrupted DNS cache.
1. Click the Microsoft Vista Start logo in the bottom left corner of the screen
2. Click All Programs
3. Click Accessories
4. RIGHT-click on Command Prompt
5. Select Run As Administrator
6. In the command window type the following and then hit enter: ipconfig /flushdns
7. You will see the following confirmation:


 ☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Art 2 Tonic - Makassar Bisa Tonji


Art 2 Tonic - Makassar Bisa Tonji



-☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Jimmy Palikat - Anak Kampung


Jimmy Palikat - Anak Kampung



-☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Doraemon | Childhood Superhero Nobita

Doraemon and Friend


Nice job Nobita




Song Title: Doraemon
Band: Intoxicated
Boys & Girls 1 + 1 = 3


Full Album at: http://pseudosupra.blogspot.com/2012/03/boys-girls-1-1-3.html

 ☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Pingdom.com | Network and Website Monitoring

www.pseudosupra.blogspot.com stat


www.pingdom.com 3rd party utility services


Pingdom offers cost-effective and reliable server, network and website monitoring. We use a global network of servers to monitor our customers' sites 24/7, all year long. The service includes statistics for uptime and response time, and can send out alerts via SMS, email, and more.

Pingdom menawarkan pelayan kos efektif dan boleh dipercayai, rangkaian dan pemantauan laman web. Kami menggunakan rangkaian global pelayan untuk memantau tapak pelanggan-pelanggan kami 24/7, sepanjang tahun. Perkhidmatan termasuk statistik untuk uptime dan masa tindak balas, dan boleh menghantar isyarat melalui SMS, e-mel, dan banyak lagi.

 ☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Blog Tips | Mengurangkan jarak di antara Tajuk Blog dan Keterangan Blog

http://pseudosupra.blogspot.com
Bagaimana untuk mengurangkan jarak di antara Tajuk Blog Dan Penerangan.

Bagi anda yang gemar menggunakan Templat ringkas seperti blog www.pseudosupra.blogspot.com ini, dan ingin mengurangkan jarak di antara Tajuk Blog dan Keterangan Blog, bolehlah merujuk guide tutorial dibawah

Caranya:
Klik Design> Designer Template> Advanced (ia adalah di sebelah kiri anda)> Tambah CSS (tarik ke bawah jalur biru dan anda boleh melihat perkataan Tambah CSS). Klik Tambah CSS.

Hanya klik pada kotak putih dan teks kelabu "Tambah CSS di sini untuk menggantikan gaya yang sedia ada ..." akan hilang.

Apabila menambah tiga baris teks ini (di bawah) ke dalam kotak.
Berhati-hati, agar anda tidak terlepas titik noktah di hadapan ayat/code. Kemudian klik "Apply" yang pada sudut atas kanan (kotak oren).
Header h1 {margin-bawah: 0}
Header description. {Margin-top: 0;}
. header-dalam titlewrapper Header {padding-bawah: 0;}.

 ☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Lagu Tema Hari Guru | Hari Guru 2012 | Download | Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara | Guru Malaysia







Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Lagu: En. Rosman bin Adam
Lirik: En. Zainal Ariffin bin Yusof


Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Bangun, beranikan terima seruan
Mendidik, memimpin penuh berwawasan
Menciptakan kreativiti
Melahirkan Guru Inovatif

c/o
Sahutlah cabaran, perubahan
Daulatkan Bidang Pendidikan,
Guru Inovatif Melonjakkan
Transformasi Pendidikan Negara
Malaysia Ku tercinta

Kita berbicara tentang inovasi
Ciptaan baharu gaya hidup kini
Meningkatkan Produktiviti Terkini

Tiada pernah jemu tiada putus asa
Sedia menimba ilmu di mana saja
Binakanlah keyakinan
Merentasi segala halangan

ulang c/o x2
GURU MALAYSIA 
Lagu & Lirik : Hashim Ahmad

Kami guru Malaysia

Berikrar dan berjanji

Mendidik dan memimpin

Putra putri negara kita 

Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua
Di bidang pembangunan  
Kami tetap bersama
Membantu, membina

Negara yang tercinta
Amanah yang diberi
Kami tak persiakan 
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan




 ☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




10 petua belajar berkesan daripada Grace Fleming | Study Smart


أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W. keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat.

Salam kesejahteraan dan penuh keberkatan. Buat anda semua, saya ucapkan tahniah kerana terus mempunyai semangat untuk meniti hari-hari anda dengan cemerlang. Masih punya keinginan untuk mendapatkan lebih lagi suntikan motivasi.

Segala yang dilakukan hanya demi Allah, kehidupan ini cuma pinjaman dan tempat ujian dari-Nya. Segala harapan dan keinginan wajiblah hanya memohon kepada-Nya. Setelah segalanya ditentukan, yakinlah, itu adalah suratan yang paling baik untuk kita. Percaya Allah itu maha pengasih dan mengetahui tentang segala apayang tidak mungkin kita ketahui.

Sebagai ikhtiar dan usaha dari kudrat manusia, berikut ialah;
10 petua belajar berkesan daripada Grace Fleming, kaunselor dan pensyarah di Armstrong Atlantic State University in Savannah, Georgia.

1. Menyiapakan jadual waktu tahunan seorang pelajar
Sebagai pelajar yang cemerlang, tentunya kita tidak boleh lari daripada tanggungjawab ini. Mulai daripada awal tahun, kita perlu sedar bahawa kita ini adalah amanat. Ya, kita ada tanggungjawab terhadap orang tua kita. Justeru, susunlah jadual waktu tahunan anda. Senaraikan kesemua jadual belajar mingguan, jadual waktu peperiksaan, assessment, dan apa-apa jua jadual tahunan di kuliah yang sepatutnya agar semuanya mampu berjalan dengan lancar dan teratur.

2. Bawa kelengkapan yang cukup semasa ke kelas atau kuliah
Ramai yang tidak sedar akan kepentingan yang nombor dua ni. “Alah, ke kuliah aje pun, bukannya ke mana. Bawa pen sebatang pun cukup.” Wah, kalau nak ke bandar, kalau nak jumpa ehem ehem, bukan main smartnya, bukan main dia punya lengkap. Tapi kalau ke kuliah, yang memang tempat untuk mengutip seberapa banyak ilmu dari situ, tak kanlah nak bawa sebatang pen aje. Lengkapkan diri anda dengan kesemua alatan yang cukup. Pen, pemadam, pembaris, buku nota, rujukan tambahan atau sebagainya.

3. Buat hubungan dua hala dengan guru atau pensyarah
Ya, ini sangat penting. Jalinkan hubungan dengan pensyarah (jangan fikir yang bukan-bukan ya). Buat networking dengan semua pensyarah. Kalau kat dewan kuliah atau kelas, ada aje yang tak faham terus tanya. Kalau pensyarah yang awal-awal lagi tak izinkan soalan di tengah-tengah kelas, maka terus tanya sebaik tamat kelas. Kemudian, balik saja ke rumah, bincang dengan kawan, mana-mana yang tak faham, ajak mereka jumpa pensyarah. Dan ternyata ramai pensyarah yang suka dengan cara kita itu.

4. Bermain dengan warna
Saya rasa yang nombor empat ni agak seronok. Menarik bagi anda yang minat dengan warna-warna ni. Ada merah, biru, kuning, hijau dan sebagainya. Banyak lagi kan warna yang saya tak sebut? Ha, maka itu gunakanlah kesemua warna yang ada dan pernah ada di dunia ini di dalam motivasi belajar kita. Baru best, baru rasa seronok nak belajar. Ya tak? Saya berikan satu idea, yang lain-lain itu anda fikirkan sendiri. Apa kata anda gunakan warna-warna itu tadi di dalam pembacaan buku nota anda.

Warnakanlah di mana-mana. Kalau patut di nota harian, maka warnakanlah. Kalau rasa patut di buku rujukan, maka warnakanlah. Warnakan ni pun bukannya macam pertandingan mewarna budak-budak tadika itu ya. Patut-patutlah kalau ya pun. Maksud saya, warnakan sahaja point-point yang yang penting sahaja. Paling mudah, gunakan pen-pen yang berwarna untuk menggaris, highlighter pun boleh (walau pun ada motivator yang kurang bersetuju) atau apa sahaja jenis warna agar anda lebih terkedepan dan lebih bersemangat untuk studi.

5. Wujudkan study zone di bilik anda
Ha, yang ni saya rasa ramai pun yang dah buat. Ya kan? Tapi, saya rasa lebih ramai juga yang masih tak buat petua ni. Adik-adik, abang dan kakak sekalian, kita nak studi perlukan kekuatan. Ya, tak ada kekuatan yang cukup-cukup kuat, boleh ke kita studi. Tak ada semangat yang benar-benar kukuh, mampukah kita nak menghadap buku. Semata-mata hanya nak ingat fakta-fakta yang ada dalam buku itu.

Ada ke manusia yang suka studi? Tanyalah mana-mana manusia berjaya di dalam dunia ini, pasti mereka akan menjawab, “membaca dan mengulangkaji itu asalnya tidak seronok, bosan, tapi saya kuatkan semangat. Dan lama-lama ia akan menjadi keseronokan buat saya.” Justeru jadikanlah bilik anda sebagai zon atau ruang studi yang paling berkesan buat anda. Tulislah apa-apa kata semangat dan motivasi di dinding buat membakar semangat anda. Moga itu semua mampu menjadikan anda lebih bernafsu untuk studi.

6. Ketahui cara terbaik studi anda.
Ramai yang tak sedar kepentingan yang ini. Adik-adik, otak kita ini terbahagi kepada dua. Yang kanan biasanya untuk anggota sebelah kiri. Otak kiri pula digunakan untuk anggota sebelah kanan. Dah tahu kan?

Otak kiri biasa digunakan untuk bahasa, membaca, urutan dan sebagainya. Yang kanan pula untuk irama muzik, gambar-gambar dan sebagainya. Jadi, dengan menggunakan kesemua kelebihan-kelebihan yang anda ada, secara tidak langsung anda dapat memaksimumkan penggunaan otak anda.
Bila ditanya, mengapa saya selalu lupa apa yang saya baca? Jawapannya mudah, kenapa kita tidak menggunakan keseluruhan nikmat yang Allah beri. Bayangkan apa akan jadi jika kita berjalan hanya dengan sebelah kaki. Dapat bayangkan seorang manusia yang mempunyai sebelah mata sahaja yang masih berfungsi untuk melihat.

Justeru adik-adik dan pembaca sekalian, Tuhan beri kita sepasang otak yang cukup bernilai, maka gunakanlah sebaiknya.
Bagi yang merasakan mudah untuk memahami sesuatu subjek dengan lukisan, maka buatlah seberapa banyak peta minda untuk studi anda. Bagi yang mudah untuk mengingat dengan mendengar, maka siapkanlah diri anda untuk itu, insyaAllah berjaya.

7. Lengkapkan nota.
Ramai tak buat yang nombor tujuh ini. Ya kan? Pelajar cemerlang sentiasa lengkap. Pelajar yang bermotivasi, dia selalu tak tinggal nota. Balik saja dari kelas, dia terus ulangkali tajuk berkenaan, dia terus saja siapkan nota. Nota hari itu, hari itu juga dia siapkan. Ha, barulah dikata pelajar cemerlang.
Ada yang mungkin bertanya, penting ke nota ini? Ya, nota ini nampak macam tak penting. Tapi nota-nota yang kita buat inilah sebenarnya yang akan membantu kita nanti di kala sebulan terakhir nak exam. Tak percaya, cuba buat!

8. Jangan bertangguh.
Ini sikap pelajar hebat. Bukan pelajar sahaja, bahkan mana-mana orang yang nak cemerlang di dunia ini, dia tak amalkan sikap ini. Sikap bertangguh ini adalah kawan bagi manusia yang gagal. Dan manusia gagal ni selalu tak dapat apa-apa dalam hidup.
Justeru, kerja hari ini, hari ini juga kita buat. Apa yang diajar di kuliah siang tadi, malam itu juga ulang kaji, malam itu juga siap-siapkan nota dan malam itu juga buat latihan. Barulah perfect!

9. Siapkan diri menghadapi peperiksaan.
Ini juga penting. Tak boleh dinafikan yang kita ini belajar kerana peperiksaan. Betul? Tak ada orang yang nak study kalau bukan kerana ada exam. Ya, hidup ini juga suatu ujian, peperiksaan untuk setiap hamba-hamba Tuhan. Siapa yang beri? Allah yang uji kita.
Jadi, macam mana kita lengkapkan diri kita dengan segala amalan kerohanian untuk persiapan ujian hari akhirat nanti, macam itulah kita perlu siapkan diri kita menuju ke dewan peperiksaan.

Nasihat saya, banyakkanlah buat latih tubi. Banyak buat soalan-soalan latihan peperiksaan tahun lepas. Biasanya soalan-soalan itu juga yang akan keluar. Dan biasanya bab-bab itu juga yang akan digunakan di dalam pekerjaan nanti. Jadi, tak pernah rugi kalau anda lakukan, percayalah.

10. Jaga kesihatan
Yang terakhir ini nampak macam bosan. Yalah, saya yang menulis pun rasa bosan. Tak habis-habis kesihatan. Dengar ungkapan kesihatan aje, orang semua dah lari. Dan mungkin ada juga yang dah tak pandang apa yang saya sedang tulis ni. Dia baca tajuk nombor sepuluh itu aje, lepas tu dia blah. Aduhai, sampai hati.
Abang, kakak dan adik-adik semua, jagalah kesihatan anda. Jangan kata kesihatan itu tidak penting. Betapa ramai orang kat luar sana yang sedang sakit. Betapa banyak generasi-generasi lepas yang pernah melalui detik kegagalan kerana mengabaikan faktor kesihatan ini. Kejayaan sering kali berkait rapat dengan badan dan otak yang sihat.

Jagalah kesihatan anda, moga-moga kita juga dapat melaksanakan tuntutan Ilahi dengan mudah, dapat juga mengejar cita-cita tanpa halangan.

Selamat berjaya!


والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right

☂ ♌¹³ - Honor & Respect

raimisyazwan signature





Jamrud: The Ballad Song | Download Jamrud Mp3


Jamrud is an Indonesian rock band from Cimahi, West Java, Indonesia. They are notable as one of the most successful rock bands in Indonesia's music history. Their fourth studio album, Ningrat (2000), has been sold 2 million copies in Indonesia, thus making it the second highest selling album in Indonesia as well as the best selling rock album in Indonesia

Download Jamrud mp3






☂
♌¹³ - Honor & Respect

raimisyazwan signature





linkreferral