Cuba
kita tanya diri sendiri, Adakah kita sebenarnya tahu untuk menjawab
persolan itu. Atau mungkin kita tidak tahu! Tetapi adakah perlu kita
memerah otak untuk memikirkan jawapan Apakah Agama Ultraman itu
sebenar-benarnya. Agak bodoh, dan sekiranya ada jawapan mengenai Agama
Ultraman, apakah faedahnya?
Kadang-kadang
persoalan yang remeh disekeliling kita besar pengertiannya. Berfikir
adalah satu proses. Apabila kita cuba berfikir untuk mencari jawapan
tentang sesuatu perkara, dengan izin Allah kita akan diberi satu
petunjuk yang indah. Walaupun persoalan itu tidak dapat dijawab
sekalipun, usaha kita menghayati dan memahami makna disebalik sesuatu
pastinya akan meningkatkan Iman kita akan kekuasaan Allah.
Ayah, Ultraman Apa Agamanya? Tanya anak aku di suatu petang selepas melihat Ultraman di paparan youtube terbang ke angkasa setelah menewaskan raksasa.
Ayah
rasa 'Ultraman' ni agama Kristian, sebab banyak unsur kristian dalam
cerita Ultraman, tangan bersilang salib waktu tembak raksasa, dan banyak
babak Ultraman kena ikat pada tiang macam jesus.
Lagipun
pencipta watak Ultraman, Eiji Tsuburaya memang beragama kristian. Namun
tak payah kita jadi macam mamat dan minah kospirasi yang perasan pandai
lalu reka konspirasi kristian dalam siri ultraman dan larang orang
tengok Ultraman kerana kononnya boleh rosak akidah - aduyai.
Balik
kepada kisah ultraman, sebenarnya ultraman ni dah ada waktu ayah belum
lahir lagi, iaitu tahun 1966, yang mana ketika P Ramlee muncul dengan
Filem Do Re Mi hitam putih, kat jepun, ultraman muncul siap dengan warna
warni dah. Masa ayah kecik, darjah satu lebih kurang, ada dua cerita
Ultraman yang di tayangkan di TV Malaysia, iaitu Ultraman Hayata dan
Ultraman jack.
Kisahnya sama sahaja, Ultraman ni adalah
Alien yang pinjam badan manusia, dan bekerja di MAT (seangkatan polis
khas yang banyak cayangannya di seluruh dunia, dilengkapkan dengan
senjata dan kenderaan berteknologi canggih, serta kemudahan sains dan
kejuruteraan menyeluruh).
Bila raksasa serang bumi
(baca: Jepun) maka MAT akan guna teknologi paling canggih untuk hapuskan
raksasa, tapi biasanya gagal, (buat rugi duit rakyat jepun jer bayar
cukai dan belanja untuk senjata MAT) maka barulah Hayata atau Go tadi
berubah dari bentuk manusia kepada bentuk Ultraman dan tewaskan
raksasa.(nasib baik Ultaraman tak kenakan cukai GST). Waktu bertarung,
Ultraman tak boleh terdedah lama dengan atmosphere bumi, lampu ultraman
akan berkelip menandakan atmosfera bumi telah memalapkan tenaga ultra
suria lalu menyebabkan Ultraman hanya mampu bertahan selama tiga ke lima
minit sahaja di permukaan bumi, jadi bila dah hujung hujung, baru
Ultraman guna tenaga terkuat dan bunuh raksasa, lalu terbang ke angkasa.
(kos lupuskan raksasa di tanggung oleh Majlis Perbandaran Tokyo)
Dalam
Episod terakhir, Ultraman melawan raksasa Zetton yang merosakkan lampu
amarannya, menyebabkan Ultraman tak tahu dah berapa lama dia berlawan,
akibatnya Ultraman syok berlawan sehingga tak sedar terlebih masa, lalu
'mati'. Kemudian munculah Ultraman Zoffy, menyelesaikan masalah, dan
sewaktu Ultraman Zoffy tiba untuk mengambil roh Ulraman pulang ke planet
ultra, Ultraman telah merayu demi nyawa Hayata dan menawarkan nyawanya
sepenuhnya, supaya Hayata boleh menjalani kehidupan normal. Zoffy
kemudian berkata dia membawa dua nyawa dan dia akan memberikan satu
nyawa kepada Hayata.
Kemudian Zoffy memisahkan mereka,
sekaligus memperbaharui nyawa Hayata, namun Hayata kelihatan sudah
kehilangan ingatannya sambil memerhati Zoffy membawa Ultraman pergi.
Balik di planet Ultra, Ultraman sudah tentu akan berjumpa dengan ketua
Ultraman iaitu Ultraman fathers.
Dan berkemungkinan ( Ini adalah penambahan dari penulis asal )
Ultra
Father akan mintak laporan sepanjang berkhidmat di bumi, dan salah satu
laporan yang di rujuk adalah tentang agama agama manusia di bumi.
Berkatalah Alien (Ultraman Jack)
Bapak, sewaktu di bumi, saya dapati ada banyak agama, namun yang terbesar ada 4 iaitu
- Kristian 2.0 billion
- Islam 1.2 billion
- Hindu 811 million
- Budda 360 million
Dan
agama yang paling 'make sense' adalah islam sebab mereka hanya merujuk
satu kitab, tidak macam kristian yang ada terlalu banyak versi dan tiada
rujukan kitab asal, tapi orang islam ada kitab asal dan seluruh dunia
hanya merujuk satu kitab. Selain itu, dalam Al Quran juga banyak ayat
yang sesuai dengan sains moden walhal telah wujud 1400 tahun yang dulu.
Lebih
menakjubkan, kumpulkan pengikut ajaran agama lain disebelah kiri, dan
pengikut ajaran agama islam di sebelah kanan, lepas tu cuba tanya apakah
huruf pertama kitab mereka, maka pengikut ajaran agama lain akan
memberi jawapan berbeza beza, tapi semua orang islam akan jawab huruf
"ba". Huruf asal Al Quran dalam bahasa arab. Orang kristian pun belum
tentu tahu apa bahasa asal kitab injil, sudah tentu bukan English!
Lepas
tu cuba buka kitab mereka secara random, baca dan suruh sambung, maka
pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menyambung, tapi hampir
semua orang islam akan boleh sambung, buka muka surat belakang, baca:
Kul hu wallah hu ahad., akan ada yang boleh sambung, bukak muka surat
tengah, Yassin, lepas tu akan ada yang boleh sambung. Malahan bila di
tanya pada pengikut ajaran agama lain ada tak yang tahu berapa huruf
dalam kitab mereka?, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak
menghintung, tapi hampir semua orang islam akan boleh jawab, lebih
kurang, 6666 ayat.
Tanya lagi, siapa yang kenal
sebanyak 2 orang kawan yang hafal seluruh kitab agama mereka, maka
pengikut ajaran agama lain terkial kial nak sebut nama, tapi hampir
semua orang islam boleh sebut dua orang nama yang mereka kenal telah
menghafal 6666 ayat Al Quran, malahan yang mengakui sudah hafalpun ada
di situ.
Jadi ini adalah keajaiban, mereka ada system
yang boleh menjaga keaslian kitab agama mereka walaupun sudah 1400
tahun, malahan setiap panjang pendek ayat mereka juga di hafal.
"tapi kenapa mereka saling bergaduh?" Tanya Ultra father pada Ultraman Hayata.
Ini
yang jadi masalah, there are nothing wrong with islam, but something
wrong with (some) muslims. Bila kita tanya pada orang islam ramai
mengaku dah habis baca Al Quran dalam bahasa arab, tapi cuba tanya dah
habis ke belum baca Al Quran dalam bahasa yang mereka faham, contohnya
orang melayu, cuba tanya, dah habis belum baca makna Al Quran dalam
bahasa melayu?
Maka kita akan dapati hampir semua orang
yang ditanya secara spontan mengaku tidak habis lagi baca makna Al
Quran, malahan yang lebih teruk, tak pernah berniat untuk baca semua
makna Al Quran,
Apa, Tak pernah berniat baca semua makna Al Quran! Habis apa kejadahnya kamu berjuang selama ini?
"Kena baca semua makna ke Hayata?"
Ni
soalan yang paling hampeh dari seorang yang dah khatam Al Quran setelah
mendapat nikmat nasi pulut kuning bergulaikan ikan tongkol, bang, Al
Quran itu ada 'bahasa' atau senang cakap, ada makna yang hendak
disampaikan, ada perintah Allah, ada larangan Allah, ada ramalan dalam
sejarah, ada sejarah dalam ramalan, ada sajak dalam cerita, ada cerita
dalam sajak, ada harapan, dan ada kemanisan. faham?
Dan
hari ni korang dah mengaku bahawa selama ni korang hidup dalam ugama
islam, korang tak habis lagi baca Makna Al Quran? Walaupun untuk satu
juzuk? Korang ingat Al Quran tu macam lagu Hindustan ke? Sedap di
telinga tapi tak tahu makna walau sepatah haram?
Lepas
tu pulak, korang baca sambil menangis-nangis sebab tajwid berlagu yang
mendayu dayu, bukan sebab makna yang Allah nak sampaikan, sama macam
korang menangis menyanyi lagu 'kuch kuch hotai hai, dil to pagal hei
atau dilwana dulhaniya la a ya jangge atau K pop?
Lepas
tu lagi korang perasan bagus sebab dah khatam Al Quran, tapi maknanya
korang tak nak ambik tahu, maka jadilah korang seorang islam yang hanya
pandai baca lafaz Al Quran, penuh tajwid dah makraj tapi bila azan
berkumandang, korang selamba solat lengah lengah macam takde apa apa
yang berlaku. (cukup satu contoh)
Ketahuilah, Kerana
orang islam tidak baca makna Al Quran betul betul, dan hanya serahkan
diri pada pendapat ustaz masing masing yang di ambil luar dari Al Quran
dan hadis, lalu wujudlah perbezaan fahaman sehingga PAS dan UMNO
berperang mulut saling kafir mengkafir! Syiah dan Sunni pun berbunuhan,
Penyokong Mursi dan penyokong Tentera saling bunuh membunuh, Hamas dan
fatah, Wahabi dan salafi and counting..
dan ketahuilah,
Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam
adalah asbab dari keinginan mereka 'membaca makna' Al Quran dalam bahasa
masing masing, dan aku percaya juga bahawa kisah bekas orang islam yang
murtad pula adalah asbab dari tidak 'membaca makna' Al–quran
Jika
orang kafir baca makna Al Quran sudah boleh dapat hidayat, apatah lagi
kita yang dah lama berjuang dalam parti so call islamik., tapi itulah,
rata rata yang aku jumpa, khatam lafaz arab sahaja, belum pernah khatam
baca makna Al Quran, apa kes?
Itu aku tanya yang dah
khatam Al Quran, cuba aku tanya yang tak khatam pulak tak tahulah aku
apa nak jadi, entah-entah makna surah Al fatihah pun tak tahu, tapi
makna lagu 'Beat it' nyanyian arwah Micheal Jakson tahu pulak, aku "beat
it" sekali baru korang tahu, eh, melawan pulak?! Just Beat It, Beat It,
Beat It, Beat It., cheh menyanyilah pulak.!
(Dari jauh kelihatan Hayata sedang menari tarian breakdance ala ala Micheal jakson-beat it- abaikan dia.)
Akhirulkalam dari Penulis asal
Hadis
dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Sesiapa yang membaca Al-Quran dan
beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan
dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi
daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam
rumah-rumahnya di dunia ini.
Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh
barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat
pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.
- Surah Sad 29
Jadi
wahai anakku, lepas dah mengaji dalam bahasa arab, tolong baca makna Al
Quran sama, dan jika tak faham tanya, jangan tengok sangat cerita
Ultraman tu, ayah target dapat pakai mahkota pada hari kiamat yang
sinarannya akan melebihi daripada cahaya Ultra!
Dipetik dari Entri asal bertajuk
Apakah Agama Ultraman yang Sebenarnya Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.