Download (36) Education (18) Event (64) Guide (42) Information (117) Music (23) Quote (47) Religious (99) Segment (11) SEO Black Book (13) Software (6) TV Series (9) Wordless Wednesday (23)

Rancangan Pengajaran Tahunan 2013 KSSR dan KBSR

Reactions: 
Rancangan Pengajaran Harian 2013 KSSR dan KBSR

Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR dan KBSR Tahun 2013. Koleksi RPT KSSR 2013 Terkini untuk Tahun 1, Tahun 2 dan Tahun 3. Download Rancangan Pengajaran Harian KSSR Mata Pelajaran Bahasa Melayu, Dunia Sains dan Teknologi, Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Dunia Muzik dan beberapa RPT KSSR Mata Pelajaran lain. Rancangan Pengajaran Harian KSSR ini diperolehi dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan beberapa sumber lain. Rancangan Tahunan sebagai Panduan Pengajaran Sekolah Rendah akan dikemaskini dari masa ke semasa. Berikut ialah senarai Terkini RPT KSSR 2013:

Download Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR

RPT KSSR 2013 Bahasa Melayu Tahun 3
RPT KSSR 2013 Dunia Sains dan Teknologi Tahun 2
RPT KSSR 2013 Dunia Sains dan Teknologi Tahun 3
RPT KSSR 2013 Pendidikan Jasmani Tahun 2
RPT KSSR 2013 Pendidikan Jasmani Tahun 3
RPT KSSR 2013 Pendidikan Kesihatan Tahun 2
RPT KSSR 2013 Pendidikan Kesihatan Tahun 3
RPT KSSR 2013 Dunia Muzik Tahun 3

Rancangan Pengajaran Tahunan KBSR 2013, iaitu RPT Tahun 4, Tahun 5 dan Tahun 6. Koleksi RPT KSSR 2013 ini juga diperolehi dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan beberapa sumber lain. Download Rancangan Pengajaran Harian KBSR Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani, Pendidikan Kesihatan, Kajian Tempatan dan beberapa RPT KSSR Mata Pelajaran lain. Rancangan Tahunan sebagai Panduan Pengajaran Sekolah Rendah akan dikemaskini dari masa ke semasa. Berikut ialah senarai Terkini RPT KBSR 2013:

Download Rancangan Pengajaran Tahunan KBSR





Post Author Raimi Syazwan Abdul Rashid
PERINGATAN: ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Badik Gagak Lapar

Reactions: 
Badik Gagak Lapar itulah gelarannya. Seorang lelaki, pada dua dekad lalu yang membunuh seorang lelaki dan mengelar seluruh badan bayi yang baru lahir dengan badiknya. Parut pada tubuh bayi perempuan tersebut membongkar segala rahsia. Seorang ustaz di pondok pengajian agama Tok Guru Haji Asmawi bergetar seluruh tubuhnya apabila peristiwa berdosa 20 tahun yang lalu berada di depan matanya.

Badik Gagak Lapar Drama Parut Asyikin

Drama Parut Asyikin mengisahkan seorang wanita jelita yang muncul secara misteri di pondok pengajian agama Tok Guru Haji Asmawi, di bawah jagaan Ustaz Muas. Kemunculan Ashikin mengubah kehidupan Muas yang selama ini setia mengajar agama di pondok itu. Selepas kematian isterinya, Kalthum, Muas berkahwin dengan Asyikin bagi mengelakkan fitnah.

Tetapi perkahwinan itu telah membongkar peristiwa 20 tahun dahulu. Parut yang ada pada tubuh Asyikin mengingatkan Haji Muas kepada peristiwa kejam dan tragis yang menyaksikan kematian bapa Asyikin ditangan Muas dan tubuh Asyikin semasa bayi dikelar kejam oleh Muas. Menginsafi kejahatan dan dosanya kepada Asyikin, Muas bertekad menjaga Asyikin hingga mendorong Muas membina rumah di tengah tasik untuk mereka berdua. Ulasan: Utusan.com

Aku yang agak ketinggalan, baru saja menyaksikan Drama Parut Asyikin ini. Walaupun Drama Parut Asyikin dah lama ditayangkan dan mungkin sudah basi untuk diulas, tapi jala ceritanya begitu menarik. Harap-harap, industri filem dan drama negara kita terus berusaha menghasilkan produk yang seperti ini. Kepada sesiapa yang masih belum menonton Drama Parut Asyikin, bolehlah menonton secara online di Drama Parut Asyikin - Youtube. Credit untuk laman Cerita Master.




Post Author Raimi Syazwan Abdul Rashid
PERINGATAN: ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Sejarah Pokok Pine Dihias Pada Hari Krismas

Reactions: 
Setiap kali sambutan Hari Natal atau Hari Krismas, pokok pine akan dihias dan digunakan sebagai pokok krismas. Pekara ini merupakan tradisi Sambutan Hari Natal. Mengapa pokok pine ini dipilih untuk perayaan krismas. Berikut ialah sejarah dan Kisah Pokok Pine dan Hari Krismas.

Sejarah Pokok Pine Dihias Pada Hari Krismas
Sejarah pokok krismas adalah sebagai tanda perayaan lampau di sisi agama nasrani. Selain itu, lakaran pada dinding piramid jelas menggambarkan firaun telah menggunakan pokok tersebut pada batu ukiran suci agama nasrani di perenggan ketiga yang membicarakan pertarungan kuasa baik dan kuasa jahat. Oleh itu, pokok krismas dianggap pelindung kepada manusia.

Pokok krismas juga dianggap pokok suci oleh agama nasrani. Kisah dimana pokok tersebut ditanam di tepi pantai bagi melindungi Peti Suci Tabut dan membentuk pokok yang cantik diturunkan dari generasi ke generasi. Pokok ini ditanam untuk meneduhkan dan melindungi peti suci Tabut dari hujan atau panas, sehinggakan ia dianggap pokok suci.

Pokok Krismas adalah nama bagi sejenis pokok Spruces dan Silver Firs. Ia berasal dari keluarga Pinus (pine) dan dikenali sebagai Pinus sylvestris yang tumbuh di pergunungan Selatan Eropah. Ia boleh tumbuh sehingga ke altitiude 7,000 kaki dari aras laut. Pokok Krismas mula digunakan di negara barat pada kurun ke 21 dan di ikuti disebelah timur.

Tradisi menghias pohon Krismas berasal dari negara Jerman. Selalunya pokok malar hijau menjadi pilihan, khususnya pokok pine yang tidak gugur daunnya atau pudar wanginya, dibeli dari dusun atau ditebang dari hutan, namun adakalanya pokok buatan menjadi pilihan.

Bacaan lain: Fakta dan Sejarah Hari Krismas



Post Author Raimi Syazwan Abdul Rashid
PERINGATAN: ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.
Hyper Active Asiafans 13 888