Fahaman Ateisme bukan satu agama tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang menafikan kewujudan Tuhan. Seseorang dengan Fahaman Ateis hanya percaya pada perkara yang diterima Logik Akal sahaja. Malah, mereka mempunyai Dalil-dalil Ateisme sendiri untuk menafi kewujudan tuhan.
Kenali musuhmu dan kenali diri sendiri, maka anda dapat memenangkan pertempuran tanpa risiko kalah. Kenali bumi dan langit, maka kemenangan tersebut akan menjadi lengkap.
~ Sun Tzu
Ateisme bukan Agama tetapi merupakan satu bentuk kepercayaan yang menafikan kewujudan Tuhan. Walaupun penafian tuhan sudah wujud pada zaman-zaman kuno, contohnya pada zaman jahiliah, tetapi hanya pada abad ke-19, ateisme membentuk menjadi satu fahaman dan aliran pemikiran, dengan adanya ahli fikir yang berterus-terang menafi kewujudan tuhan dengan dalil-dalilnya yang tersendiri.
Tokoh-tokoh Ateisme
Tokoh-tokoh ateisme yang terkenal ialah Friedrich Nietzsche (1844–1900), dan juga Karl Marx (1818–1883). Friedrich Nietzsche merupakan orang yang latang sekali menyaran kepada ateisme, dengan pernyataannya "Tuhan Sudah Mati". Adapun pernyataan beliau telah menggemparkan masyarakat barat pada zaman itu. Pernyataan beliau menandakan bermulanya perubahan nilai pusat dalam umat Barat. Dengan itu, sistem nilai umat Barat, mula berubah dan tidak lagi berpusat pada akidah Kristian.Dalil-dalil Ateisme
Sebagai satu Fahaman, Ateisme mempunyai dalil-dalilnya sendiri untuk menafi kewujudan tuhan. Dalil-dalilnya adalah seperti di bawah;
Kewujudan tuhan tidak memenuhi kriteria sebagai satu kewujudan
Ini adalah kerana Tuhan tidak mempunyai jasad yang dapat diterima oleh deria manusia dan tidak pula dapat dikesan oleh mesin-mesin.Perasaan manusia mengenai kewujudan Tuhan dianggap khayalan semata-mata.
Kesengsaraan di atas bumi
Adanya kejahatan dan kesengsaraan di dunia menunjukkan bahawa Tuhan yang mempunyai kuasa mutlak dan bersifat baik tidak wujud. Sekiranya Tuhan yang berkuasa mutlak dan bersifat baik wujud, mengapakah ia mengizinkan kejahatan dan kesengsaraan ini terus berlaku?
Masalah Logikal
Soalan "Adakah Tuhan itu berkuasa untuk mencipta satu batu yang terlalu berat, yang tidak mampu diangkat oleh dirinya sendiri?". Soalan ini menunjukkan sifat Maha Berkuasa yang ada pada Tuhan sukar melalui ujian lojik.
Teori Penipuan-Sendiri(Teori Pragmatisme)
Manusia mencipta tuhan untuk tujuan kawalan sosial dan sebagai tongkat untuk menghadapi kematian ataupun kesusahan.
Ketidaksinambungan
Terdapat beribu-ribu agama di dunia ini dan masing-masing mempunyai imej Tuhan tersendiri dan bercanggah antara satu sama lain. Jika wujudnya satu Tuhan yang Maha Adil dan Maha Mengetahui, keadaan ini tidak mungkin berlaku.
Faktor-faktor kemunculan Ateisme
Kemunculan ateisme merupakan satu fenomena sosial yang berlaku di masyarakat moden. Faktor-faktor kemuculannya adalah seperti di bawah:
Teknologi dan Sains
Dengan adanya kuasa teknologi, manusia tidak lagi bergantung kepada kuasa ghaib seperti Tuhan untuk menghadapi waktu genting dalam hidup. Pengetahuan dalam sains juga membolehkan manusia menjawab kebanyakan misteri alam semesta yang dulunya memerlukan Tuhan sebagai medium jawapan.
Fahaman Sosial-Progresif
Fahaman sosial progresif menganggap adat dan norma dalam masyarakat merupakan satu pemboleh ubah yang akan berubah-ubah mengikut peredaran masa. Lebih-lebih lagi, masyarakat ini menyanjung nilai pembaharuan dan mengkeji nilai lama. Dengan anggapan agama satu pemboleh ubah dalam masyarakat, orang yang kuat berpegang agama, akan dianggap sebagai "konservatif" satu nilai negatif dalam masyarakat ini.
Faktor Moraliti
Ateis percaya bahawa moral tidak perlu wujud daripada rasa takut terhadap neraka ataupun ganjaran daripada syurga. Mereka menganggap bahawa kebolehan manusia untuk berlaku baik atau sebaliknya tidak memerlukan kewujudan tuhan dan syaitan.
Adakah anda tahu bertapa luaskah pengaruh ateisme sekarang ini? Sudah berapa ramaikah mengikut kepercayaan ini. Banyak nama-nama besar dunia, kini bersama ateisme. Pada aku, mereka tidak bersalah. Tetapi, kita! yang ada pegangan agama telah lalai. Tidak melakukan dakwah, walaupun sekecil-kecil dakwah peringkat satu sekalipun.
Sabda junjungan Agung kita semua umat Islam Baginda Rasulullah s.a.w:
"Ballighu anni walau aayah"
(Sampaikanlah apa yang kamu dapat daripadaku walau hanya satu ayat)
-☂ ♌¹³ - Honor & Respect
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
No comments:
Post a Comment
I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.
Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid
✎All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.