Menjelang tengah malam ini, kesemua negara yang terletak dalam zon risiko dilanda tsunami berikutan gempa di Utara Sumatera dan Aceh petang tadi menarik balik amaran bencana berkenaan.
Gempa bumi berukuran 8.6 dan 8.2 magnitud mencetuskan situasi cemas petang tadi berpusat 33 kilometer di bawah laut pada jarak 465 kilometer barat daya Banda Aceh .
Jabatan Meteorologi Malaysia menarik balik amaran pada pukul 10 malam tadi.
Sebelum ini, persisiran pantai Pulau Pinang dan Port Dickson, Negeri Sembilan dijangka berhadapan dengan pukulan ombak tsunami (jika tsunami berrlaku) antara 9 malam hingga 2 pagi ini.
Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofisik (BMKG) Indonesia turut menarik balik amaran tsunami mulai pukul 7.45 malam (8.45 malam waktu Malaysia).
Penarikan berkenaan disampaikan Ketua BMKG, Sri Woro B Harijono dalam sidang media yang disiarkan stesen televisyen tempatan, malam ini.
Pusat Amaran Bencana Kebangsaan Thailand menarik balik amaran berikutan tiada ancaman tsunami di negara itu.
Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra berkata, walaupun amaran itu ditarik balik namum negaranya masih berada dalam keadaan berjaga-jaga kerana kemungkinan berlaku gegaran susulan.
Katanya, keadaan paras ombak meningkat dilaporkan di Laut Andaman di luar pesisiran Thailand.
“Kami akan terus memantau keadaan untuk beberapa jam lagi,” katanya.
Terdahulu, Yingluck mengadakan mesyuarat tergempar Kabinet di Rumah Kerajaan di Bangkok dengan menggerakkan pelan kecemasaan tsunami.
Sebelum itu, perintah berpindah ke kawasan lebih tinggi dikeluarkan di enam wilayah selatan negara itu iaitu Krabi, Phuket, Phangga, Ranong, Satul dan Trang.
Sri Lanka turut menarik balik amaran tsunami.
“Kepada penduduk, kembalilah semula ke kediaman seperti biasa,” demikian kenyataan yang dikeluarkan Pusat Pengurusan Bencana Sri Lanka.
Sementara itu, Pusat Amaran Tsunami Pasifik di Hawaii menarik balik pemantauan tsunami bagi kebanyakan kawasan di Lautan Hindi beberapa jam selepas gempa bumi pertama.
☂ ♌¹³ - Honor & Respect
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
Tragedy
- Tanah runtuh Lebuhraya Karak KM 52.4 Lentang-Bukit Tinggi
- Senarai Harga Rokok Malaysia 4 Nov Naik 40%
- Video Gadis Cantik Cuba Terjun dari Tingkat 16
- Tragedi dan Komedi Mengejar Harta Dunia
- AirAsia QZ8501 Nama Penumpang dan Anak Kapal
- Tragedi Penculikan Bersenjata di Sydney Australia
- Malaysia Iktiraf Golongan (Pondan) Transgender
- Malaysia dan Amerika menentang Pertubuhan Negara Islam Irak dan Syam
- Tahun 2014 Tempoh Sukar 1Malaysia
- Tragedi Tingkatkan Ekonomi Malaysia
- Kemesraan Malaysia dan Amerika
- MH370 dalam Ingatan dan Doa
- Sidang Media Operasi MH370 Fasa Dua Najib Tun Razak
- Demi Masa! MH370 Boeing 777
- Gambar Kapal Perang Rusia di Pantai Syria
- S.O.S Topup Hotlink | Kredit Penyelamat
- Bala Nasi Lemak | Modal Peragut
- Siapa Apek ni | Pelik betul | Khairul Fahmi
- INNOCENCE OF MUSLIMS | Sekiranya Umar al-Khattab masih ada
- Berbalas Kencing dan Berak | Gambar Pemimpin Jadi Mangsa
- Kes rogol | Noor Afizal | Hormati Keputusan Mahkamah
- Kisah Makan Orang | Penipuan yang Nyata
- Angkasawan Bulan Pertama | Neil Armstrong | Meninggal Dunia
- Khairul Fahmi Che Mat | Apek Kemalangan | Bachok Kelantan
- Kelab Tiada Dara | Pelajar IPT Jahil | Aktif Seks Bebas
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
No comments:
Post a Comment
I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.
Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid
✎All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.