Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepadamu (wahai Muhammad) tujuh ayat yang diulang-ulang bacaannya dan seluruh Al-Quran yang amat besar kemuliaan dan faedahnya."[Surah al-Hijr : 87]
أًلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْم
Tafsir Ibn Kathir (Tafsir al-Quran al-Azim) mengenai 7 mathaani :
Pandangan pertama :
KALIMAH حم.
Ia sentiasa mengiringi rasul.Ia berada di atas, di depan wajah rasul.Ia meliputi pandangan/penglihatan mata rasul.
Kalimah ini muncul pada permulaan surah-surah berikut:-
1) Al-Jathiya
2) Ad-Dukhan
3) Az-zukhruf
4) As-syura
5) Fussilat
6) Ghafir
7) Al-Ahqaf
(a ) Ibn Mas'ud. Ibn Umar, Ibn Abbas, Mujahid, Saed bin Jubayr, AdDahhak dan lain mengatakan bahwa ini merujuk kepada 7 surah yang panjang ; al-Baqarah, Aal-Imran, An-Nisaa', Al-Ma'idah, Al-'Anam, al-'Araf dan Yunus.
(b) atau al-Baqarah, Aal-Imran, An-Nisaa', al-Ma'idah, al-'Anam, al-'Araf, al-Anfal atau Baraa'ah (At-Taubah).
Pandangan kedua :
Ia merujuk kepada surah al-Fatihah, yang terdiri dari 7 ayat. Diriwayatkan dar Ali, Umar, Ibn Mas'ud dan Ibn Abbas berkata :
"Bismillah mempunyai 7 ayat dan Allah telah memberi secara ekslusif kepada kamu"
Dan hadith Abu Hurairah ra :-
"Umm al-Quran ialah 7 mathaani, dan al-Quran al-Azim"
Ibn Kathir mengatakan bahawa al-Fatihah ialah 7 Mathani dan juga al-Quran yang agung, dan ia tidak bercanggah dengan kenyataan 7 Mathaani adalah 7 ayat panjang, kerana ia juga berkongsi sifat-sifat ini.
Tafsir Jalalain juga merujuk bahawa 7 mathaani bermaksud 'al-fatihah' sebagaimana hadith Nabi yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.
Tafsir Qurthubi juga merujuk kepada khilaf 2 pandangan mengenai 7 Mathaani, iaitu surah al-Fatihah yang mengandungi 7 ayat dan 7 surah yang panjang (al-Baqarah, Aal-Imran, An-Nisaa', al-Ma'idah, al-'Anam, al-'Araf, al-Anfal atau At-Taubah)
Demikian sedikit info ringkasan tafsiran '7 mathaani' menurut 3 buku tafsir yang mukatabar.
Hadith riwayat Abu Hurairah, Nabi bersabda:
« أُمُّ الْقُرْآنِ هِيَ السَّبْعُ الْمَثَانِي وَالْقُرْآنُ الْعَظِيم »
Maksudnya: Ummul Quran ialah 7 ayat berulang-ulang dan al-Quran yang hebat.
Menurut Quraisy Shihab, seorang ulama tafsir, mathaani atau berulang-ulang ini disebabkan kandungan pesanan setiap ayat terulang-ulang dalam ayat-ayat al-Quran yang lain.
Sebenarnya RAHSIA itu milik Allah.
والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right
☂ ♌¹³ - Honor & Respect
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
No comments:
Post a Comment
I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.
Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid
✎All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.