Lirik Lagu Janji Ditepati | Tiada Tema Kemerdekaan Malaysia ke 55

Lirik Lagu Tema Kemerdekaan Malaysia ke 55 Janji Ditepati Tiada Tema Kemerdekaan. Lirik Lagu Janji Ditepati jika dilihat dari baris pertama hingga baris terakhir tiada langsung perkataan MERDEKA. Setidak-tidaknya, selitkan sepatah dua perkataan yang ada Nilai Patriotik.

Itulah kata-kata yang aku dengar beberapa hari lalu dari seorang pesara Askar yang kini merupakan pengawal keselamatan sekolah di Kuala Terengganu. 

Logo Rasmi Merdeka ke-55

Lirik Lagu Janji Ditepati 

Macam malam ikut siang
Macam bulan ikut matahari
1Malaysia terus berjuang
Janji Kita ditepati

Kata Kita dikota
Janji Kita ditepati
Hidup Rakyat Dibela
Masa Depan Diberkati
Janji sudah ditepati
Kini masa balas budi

Korus:
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia
Janji siapa? Janji kita
Janji apa? Janji 1Malaysia

Ini janji kita BR1M 1Malaysia
Ini janji 1Malaysia
TR1M 1Malaysia
Kata kita dikota
Kini 1Malaysia
Janji kita ditepati
Kedai 1Malaysia


Baca Isu Terbaru:
Lagu Tema Merdeka | Panel Khas Ditubuhkan | Hot News


Setelah aku mendengar sendiri lagu Janji Ditepati iaitu Lagu Tema Kemerdekaan Malaysia Ke-55. Lirik Lagu Janji Ditepati pula dibaca berulang kali! Dari saat itu, aku hanya diam sahaja.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 September kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak
Datuk Seri Dr. Rais Yatim
 
Pada 31 Ogos nanti di Stadium Nasional Bukit Jalil jangan pula terlupa Laungan Keramat Tunku Abdul Rahman;
Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! Merdeka! 
Di kejauhan, aku bagai terdengar-dengar pula jeritan " Janji Ditepati Janji Rock "

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh