Panduan Beli Televisyen | Beza Tv CRT, LCD dan LED

Panduan Beli Televisyen. Televisyen Raya, Langsir Raya, Sofa Raya dan Sport Rim Raya pun ada. Maklumlah musim perayaan ni, amalan kunjung mengunjung dan ziarah menziarah antara jiran tetangga telah menjadi budaya kita. Masa ni la menunjuk kat jiran-jiran kita kan.. (berpeluh-peluh). Entri kali ni nak bagi Panduan Beli Televisyen (Tv). Terdapat banyak jenis Televisyen di pasaran sekarang ni. Ada Televisyen LCD, Televisyen LED dan kadang-kadang Televisyen CRT pun masih ada dipasaran (biar betul).

Tahukah anda perbezaan antara jenis televisyen ini, Apakah pula maksud CRT, LCD dan LED

Beza Televisyen CRT  Televisyen LCD dan Televisyen LED




Televisyen CRT (Cathode Ray Tube) dikenali Televisyen Kotak atau Televisyen Aquarium mulai ditempatkan didalam store. Ada yang lebih kejam, terus menyimpannya di tong sampah. Ini berlaku kerana faktor ruang. Televisyen CRT memerlukan ruang yang luas.

Televisyen LCD (Liquid Crystal Display) merupakan televisyen ramping dan lebih berteknologi dan HD Definisi Tinggi

Televisyen LED (Light Emitting Diode) pula diberi lebih perhatian kerana ia lebih ringan, lebih nipis, dan kualiti gambarnya lebih berdefinisi tinggi HD

Perbezaan Televisyen CRT dengan Televisyen LCD
Jurang perbezaan antara Televisyen CRT dengan Televisyen LCD tersangatlah jauh. Tempoh perubahan teknologi backlightnya juga agak lama. Masih terbayang lesen Tv yang tergantung di dinding rumah. Hanya tinggal kenangan.

Teknologi Sistem Backlight
Kualiti gambar Televisyen LED mempunyai perbezaan ketara dengan Televisyen CRT. Ia sudah pasti dan tidak dinafikan lagi, kerana backlight Televisyen CRT masih menggunakan teknologi tiub gas manakala backlight Televisyen LCD pula telah menggunakan teknologi CCFL (Cold Cathode Fluorescent Lamps)


Pererbezaan Televisyen LED dengan Televisyen LCD
Umumnya, boleh dikatakan Televisyen LED masih dalam lingkungan teknologi Televisyen LCD, kerana perbezaannya agak kecil.

Teknologi Sistem Backlight
Perbezaan teknologi Televisyen LCD berbanding Televisyen LED juga terletak pada sistem backlight yang digunakan . Televisyen LCD menggunakan teknologi backlight CCFL (Cold Cathode Fluorescent Lamps) manakala Televisyen LED menggunakan teknologi backlight LED l Amp. Jelas disini kelebihan Televisyen LED berbanding Televisyen LCD juga pada sistem backlight yang digunakan sahaja. Kemampuan teknolgi backlight LED l Amp pada Televisyen LED telah menggandakan kapasiti resolusi pada skrin LCD. Jelas lah kenapa kualiti gambar Televisyen LED jauh lebih berdefinisi tinggi HD berbanding Televisyen LCD.

Dynamic Contrast
Televisyen berteknologi LED juga memiliki dynamic contrast ratio yang mencapai berjuta-juta banding satu.

Penjimatan Tenaga
Perbezaan penggunaan tenaga antara Televisyen LED berbanding Televisyen LCD juga berlainan. Teknologi Penjimatan kuasa elektrik lebih diberi tumpuan sejak kebelakangan ini. Lampu LED yang digunakan sebagai backlight pada Televisyen LED terbukti lebih menjimatkan berbanding lampu CCFL di Televisyen LCD.

Jangka Hayat
Jangka hayat sistem backlight yang menggunakan teknologi lampu LED didapati lebih panjang berbanding sistem backlinght yang lain. Namun dari segi teknologi tahan gegar, sistem backlight LED merupakan yang paling sensitif dengan gegaran.




Biar Kalah Membeli asal Menang Memakai. 
Apa di tunggu lagi, Pilihan ditangan anda

Untuk membeli Televisyen baru, kita perlu mengikuti perkembangan teknologi ini. Nanti masa jiran datang rumah tanya pasal beza Tv CRT, LCD dan LED ni, boleh la anda sembang-sembang. Apa-apapun diharap entri ini dapat dijadikan panduan asas untuk Panduan Beli Televisyen baharu.



Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh