Perbezaan Ustaz Artis dan Ustaz Sejati. Walaupun sama tapi tak serupa. Berikut ialah beberapa perbezaan antara Ustaz Artis dan Ustaz Sejati.
Ustaz Artis perlu gaya dan pengurusan manager tapi Ustaz Sejati perlu keperibadian dan petunjuk Allah.
Ustaz Artis minta bayaran tapi Ustaz Sejati hanya dibayar “ terima kasih ”.
Ustaz Artis menyampaikan atas dasar permintaan tapi Ustaz Sejati menyampaikan atas dasar kebenaran.
Ustaz Artis belajar ilmu agama sehari tapi Ustaz Sejati wajib belajar ilmu agama bertahun-tahun.
Ustaz Artis haus populariti tapi Ustaz Sejati haus hidayah.
Ustaz Artis hidup dengan gosip dan publisiti tapi Ustaz Sejati hidup dengan kesederhaan dan kerendahan hati.
Ustaz Artis mengumpulkan penonton untuk rating tertinggi tapi Ustaz Sejati mengumpulkan murid untuk ke syurga tertinggi.
Ustaz Artis mencari feel sebelum kuliah tapi Ustaz Sejati mencari keberkatan sebelum kuliah.
Ustaz Artis ceramah agar orang terhibur tapi Ustaz Sejati ceramah agar Allah turunkan hidayah.
Ustaz Artis perlu media, TV dan wartawan tapi tapi Ustaz Sejati perlu majlis ilmu, kitab dan perpustakaan.
Ustaz Artis selalu promosikan sesuatu tapi tapi Ustaz Sejati lebih suka promosikan kebenaran.
Ustaz Artis dikerumuni peminat yang sejati tapi Ustaz Sejati dikerumuni insan dahagakan ilmu abadi.
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
Wajah Ustaz Azhar idrus.. suka ustad!! :)
ReplyDeletehttp://pemudattbc.blogspot.com/2012/08/dah-solat-tetapi-masih-buat-dosa.html
Kenapa kena banding-bandingkan orang agama begitu? Kalau benarpun, siapa kita ni nak komen lebih-lebih? Ambil ilmu pengetahuan sudah la. Perkara-perkara negatif tu tak payah la nak tengok. Bukan kerja kita nak hisab orang lain. Cukup sangat ke amalan kita nak kata-kata orang lain?
ReplyDeleteRUJUK KOMEN: "Kenapa kena banding-bandingkan orang agama begitu? Kalau benarpun, siapa kita ni nak komen lebih-lebih?"
ReplyDeleteIslam menggalakkan kita membuat perbandingan agar terbezanya sesuatu yang baik dan buruk. Dalam Al-Quran juga banyak disebutkan pekara perbandingan ini. Rujuk ayat-ayat dibawah, lebih banyak lagi rujukkan dalam Al Quran.
Dan misal-misal perbandingan yang demikian itu Kami kemukakan kepada umat manusia, dan hanya orang-orang yang berilmu yang dapat memahaminya.
~ Al-'Ankabuut 29:43
Dan bandingan orang-orang yang membelanjakan hartanya kerana mencari keredaan Allah dan kerana meneguhkan (iman dan perasaan ikhlas) yang timbul dari jiwa mereka, adalah seperti sebuah kebun di tempat yang tinggi, yang ditimpa hujan lebat...
~ Al-Baqarah 2:265
..dengan berbagai-bagai contoh perbandingan (yang mendatangkan iktibar); dalam pada itu, kebanyakan manusia tidak mahu menerima selain dari kekufuran.
~Al-Israa' 17:89
RUJUK KOMEN: "Ambil ilmu pengetahuan sudah la. Perkara-perkara negatif tu tak payah la nak tengok."
Kita dinasihatkan agar berhati-hati ketika menuntut ilmu. Kita perlu kenalpasti guru dan sumber ilmu itu adalah benar. Jika tidak, ada kemungkinan kita akan tersesat. Masyaallah mintak jauh dari ilmu-ilmu yang sesat.
Dalam Islam perkara yang negatif tidak boleh diabaikan. Jika kita terlihat sesuatu yang negatif atau salah, adalah satu tanggungjawab kita sebagai individu Islam untuk menengtang. Mencegah kemungkaran ini menjadi tanggungjawab semua umat Islam. Rujuk Amar Makruf Nahi Mungkar.. Dalam mencegah kemungkaran ini ada peringkat-peringkatnya dan ia mengikut kemampuan diri kita sendiri.