Telan 80 Pil Darah Tinggi | Remaja Putus Cinta

Kerana Putus Cinta Remaja Nekad Telan 80 Pil Darah Tinggi milik ibunya. Remaja Putus Cinta tersebut dipercayai menelan sekali gus kira-kira 80 biji pil darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan mulut berbuih oleh ibunya sendiri dan dikejarkan ke Hospital Alor Gajah sebelum dirujuk ke Hospital Melaka untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

Telan 80 Biji Pil | Remaja Putus Cinta
Gambar Hiasan
Menurut myMetro, remaja lelaki itu yang tinggal dengan ibu selepas kematian bapa sejak setahun lalu dipercayai menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis berusia 19 tahun.

Pada hari kejadian remaja lelaki terbabit berada seorang diri di rumah kerana ibunya berada di Pekan Alor Gajah atas urusan tertentu. Remaja tersebut dipercayai menelan kira-kira 80 biji pil sakit darah tinggi milik ibunya sebelum ditemui dalam keadaan tidak bermaya dan dikejarkan ke hospital. Siasatan awal mendapati, remaja itu dipercayai gagal dalam percintaan.
Superintendan Umar Ali Shaifuddin Shaharuddin
Ketua Polis Daerah Alor Gajah

Hanya kerana putus cinta dan tidak dapat menerima hakikat cinta pertamanya terputus di tengah jalan, seorang remaja nekad telan 80 pil darah tinggi milik ibunya di sebuah kampung di Alor Gajah.

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh