Nabi Sulaiman dan Seekor Landak | Koleksi Kisah

Nabi Sulaiman dan Seekor Landak | Koleksi Kisah

Kisah Nabi Sulaiman dan Seekor Landak merupakan Kisah Nabi yang dipetik dari Koleksi Buku Kisah Nabi dan Rasul. Kisah Nabi Sulaiman Mendengar kata Landak ini bermula apabila Nabi Sulaiman AS, diberi oleh Raja Jin sebuah bejana kecil yang berisi Air Ma’al Hayat. Lalu Nabi Sulaiman bertanya kepada menterinya yang bernama Asad, apa khasiat air itu, Asad pun menjawab bahawa air itu dapat membuat peminumnya kekal hidup di dunia hingga hari kiamat.
Kemudian Nabi sulaiman bertanya lagi kepada menterinya yang bernama Jin Afrit, apa khasiat air itu. Jin Afrit menjawab supaya segala penyakit dalam tubuh Nabi Sulaiman hilang. Lalu beliau bertanya lagi pada Burung Ukab, apakah dia harus meminum air itu atau tidak. Burung Ukab menjawab sebaiknya beliau meminum agar beliau tetap kelihatan awet muda.

Kemudian, beliau bertanya lagi pada Menteri Asad dengan pertanyyan yang sama. Menteri Asad menjawab, sebaiknya Nabi Sulaiman meminumnya agar parasnya bertambah baik tetapi Menteri Asad berkata agar sebaiknya Nabi Sulaiman bertanya kepada Seekor Landak, binatang yang paling bijaksana serta berakal.

Maka Nabi Sulaiman menyuruh Seekor Kuda untuk memanggil landak dilubangnya namun landak itu tidak mahu pula datang. Lalu Nabi Sulaiman AS menyuruh Seekor Anjing untuk memanggil landak dan landak itu pun datang.

Lalu Nabi Sulaiman bertanya, mengapa landak hanya mau dipanggil oleh anjing. Si landak menjawab bahawa jika kuda yang memanggil dan landak tidak mahu dating, kuda tidak akan memfitnah landak dan berkata yang sejujurnya kepada Nabi Sulaiman. Sementara jika anjing yang memanggil dan landak tidak mau datang, anjing pasti akan memfitnah landak dihadapan Nabi Sulaiman karena anjing adalah binatang yang hina. Nabi Sulaiman takjub mendengar jawapan landak dan beliau langsung bertanya, apakah dia harus meminum air itu atau tidak. Landakpun menjawab jika Nabi Sulaiman meminum air itu maka beliau akan hidup kekal hingga kiamat namun, isteri, anak, sahabat, pasukan, dan tentaranya pasti suatu hari akan melalui mati dan anda akan hidup bersendirian. Setelah mendengar semua penjelasan si landak, Nabi Sulaiman sedar dan mengerti, beliau memahami maksud yang disampaikan oleh landak itu dan memutuskan untuk tidak meminum Air Ma’al Hayat itu.

Nabi Sulaiman dan Seekor Landak | Kisah Islam merupakan ringkasan Kisah Nabi dan Rasul yang bertajuk Nabi Sulaiman Mendengar kata Landak.



Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





5 comments:

  1. Cerita yg menarik...
    Mcm cerita highlander...immortal..dia tak tua tapi bini tua....kikikiki

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul..
      kalau la peluang mcm tu ada depan kita, serba salah jugak la kan

      Delete
  2. seronok baca kisah-kisah nabi nie. macam budak tadika pun ade. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. a'ah betul..
      kdg2 tu best jgk baca buku budak2 cmni

      Delete

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh