Badik Gagak Lapar

Badik Gagak Lapar itulah gelarannya. Seorang lelaki, pada dua dekad lalu yang membunuh seorang lelaki dan mengelar seluruh badan bayi yang baru lahir dengan badiknya. Parut pada tubuh bayi perempuan tersebut membongkar segala rahsia. Seorang ustaz di pondok pengajian agama Tok Guru Haji Asmawi bergetar seluruh tubuhnya apabila peristiwa berdosa 20 tahun yang lalu berada di depan matanya.

Badik Gagak Lapar Drama Parut Asyikin

Drama Parut Asyikin mengisahkan seorang wanita jelita yang muncul secara misteri di pondok pengajian agama Tok Guru Haji Asmawi, di bawah jagaan Ustaz Muas. Kemunculan Ashikin mengubah kehidupan Muas yang selama ini setia mengajar agama di pondok itu. Selepas kematian isterinya, Kalthum, Muas berkahwin dengan Asyikin bagi mengelakkan fitnah.

Tetapi perkahwinan itu telah membongkar peristiwa 20 tahun dahulu. Parut yang ada pada tubuh Asyikin mengingatkan Haji Muas kepada peristiwa kejam dan tragis yang menyaksikan kematian bapa Asyikin ditangan Muas dan tubuh Asyikin semasa bayi dikelar kejam oleh Muas. Menginsafi kejahatan dan dosanya kepada Asyikin, Muas bertekad menjaga Asyikin hingga mendorong Muas membina rumah di tengah tasik untuk mereka berdua. Ulasan: Utusan.com

Aku yang agak ketinggalan, baru saja menyaksikan Drama Parut Asyikin ini. Walaupun Drama Parut Asyikin dah lama ditayangkan dan mungkin sudah basi untuk diulas, tapi jala ceritanya begitu menarik. Harap-harap, industri filem dan drama negara kita terus berusaha menghasilkan produk yang seperti ini. Kepada sesiapa yang masih belum menonton Drama Parut Asyikin, bolehlah menonton secara online di Drama Parut Asyikin - Youtube. Credit untuk laman Cerita Master.



Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





4 comments:

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh