Himpunan OREN Memorandum 8 Tuntutan | Perarakan itu akan berhenti dalam lingkungan 600 meter daripada Pintu3 Istana Negara dan hanya enam wakil GSF sahaja dibenarkan mendekati masuk ke istana untuk menyerahkan memorandum 8 Tuntutan
“Polis pada awalnya keberatan nak bagi berarak atas alasan keselamatan dan masalah lalu lintas. Kita cadangkan beberapa pilihan alternatif dan akhirnya dah capai kata sepakat,” katanya.
“Polis akan membantu mengawal keadaan dan lalu lintas sepanjang himpunan berlangsung,” katanya.
Himpunan Oren itu diadakan bagi memohon Yang DiPertuan Agong campurtangan membatalkan penyenaraian FGVH ke Bursa Malaysia demi menyelamatkan tanah peneroka Felda.
Selain Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, turut serta Timbalannya Mohamad Sabu, Ketua Penerangan PAS Tuan Ibrahim Tuan Man, bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin, pemimpin Pakatan Rakyat serta 50 badan bukan kerajaan (NGO) lain.
Memorandum itu mengandungi tuntutan lapan perkara:
1) Pecat Mohd Isa Samad sebagai Pengerusi Felda
2) Batalkan pinjaman bank peneroka
3) Batalkan cagaran tanah Felda Plantations
4) Selesaikan tuntutan peneroka
5) Hapuskan hutang peneroka
6) Lindungi tanah peneroka
7) Jaminan kepentingan masa depan generasi kedua dan ketiga
8) Bubar Felda Plantations dan buka Felda baru untuk generasi baru Felda
Lagi Info: Himpunan OREN
Lagi Info: Himpunan OREN | Memorandum 8 Tuntutan
☂ ♌¹³ - Honor & Respect
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
No comments:
Post a Comment
I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.
Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid
✎All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.