Tahun Barang Naik (BN) 2014

Tahun Barang Naik (BN) 2014. Jika Azam 2014 mereka menaikan Harga Barang. Azam aku pula Menaikan Harga Diri. 1Malaysia Janji Dicapati. Saya lihat anda ketawa! Ya, anggap ia hiburan yang melucukan dan Bercukurlah Malaysia masih Aman. Tahun 2014 (BN) Barang Naik, Aku juga ketawa kali pertama mendengarnya. 

Tahun Barang Naik (BN) 2014
2014 Tahun Harga Barang Naik

Fenomena Malipus 

Perancangan mereka menaikan harga barang keperluan dan cas bayaran perkhidmatan bakal mencetuskan Peningkatan Kos Sara Hidup. Agar lebih terkesan, aku namakan ia 'Fenomena Malipus'. Tahun 2014 1Malaysia Mendongak Kelangit menyaksikan kenaikan harga barangan dan cas perkhidmatan ini. Azam dan Perancangan mereka amat teliti, saksikan satu persatu dalam tempoh 15 bulan dari sekarang.

Tahun BN 2014

Azam 2014 Berjimat Cermat Demi Harga Diri

Jika Azam Tahun 2014 mereka menaikan Harga Barang. Azam tahun 2014 Aku Berjimat Cermat Demi Menaikan Harga Diri dalam mengharungi Fenomena Malipus nanti. Semoga tidak terserlah kesengkekan aku dalam kehidupan seharian. Walaupun RM7 billion diperuntukkan untuk Bantuan BR1M 2014,  ia belum cukup untuk membantu rakyat berhadapan Fenomena Malipus dari kenaikan harga yang berturut-turut ini. Berazamlah untuk Berjimat Cermat demi Kenaikan Harga Diri sendiri. Rujuk Kalendar 2014 untuk merancang perbelanjaan tahun hadapan.

Tahun Barang Naik (BN) 2014

1Malaysia Janji Dicapati

Rancangan menaikkan harga barangan seperti harga petrol/diesel, harga gula dan makanan. Peningkatan cas perkhidmatan seperti tarif elektrik, kadar bayaran Tol dan khidmat pengankutan. Malah strategi penarikan balik subsidi dari pelbagai sektor dan berbagai-bagai lagi bakal kita harungi di Tahun 2014 nanti. Tidak dapat tidak, Naik akan tetap Naik. Mereka mesti mengambil kesempatan dalam 15 bulan ini sebelum GST dilaksanakan menjelang Mac 2015.

Entri oleh Hootoh Tudia

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh