Showing posts with label Fenomena. Show all posts
Showing posts with label Fenomena. Show all posts

Kemarau El Nino Semenanjung Malaysia, Sabah dan Serawak

Kemarau El Nino dijangka melanda Semenanjung Malaysia pada penghujung tahun atau awal tahun hadapan. Manakala Sabah dan Serawak bakal menghadapi Fenomena El Nino lebih awal. Syukur! Tiada Dugaan El Nino pada Ramadhan 1435 Hijrah. 

Kemarau El Nino Semenanjung Malaysia, Sabah dan Serawak

Walaupun cuaca panas sekarang ini hanya disebabkan Musim Monsun Barat Daya, namun bahang panasnya mula memberi kesan dalam kehidupan seharian kita. Merujuk Penyakit Musim Kemarau Strok Haba, diharapkan rakan-rakan blogger semua dapat memberi lebih perhatian dalam Penjagaan Kesihatan ketika Musim Kemarau ini.

Tiada Dugaan El Nino di Bulan Ramadhan 1435 Hijrah

Walaupun pada peringkat awalnya, El Nino Malaysia dijangka berlaku pada penghujung Jun hingga Disember. Namun dengan Kekuasaan Allah yang Maha Pengasih, Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan 2014 ini dipermudahkan oleh-Nya. Syukur Alhamdulillah. Merujuk Kajian Jabatan Meteorologi Malaysia, berlaku Perubahan Ramalan El Nino Malaysia adalah disebabkan kedudukan Semenanjung yang  agak jauh dari Lautan Pasifik. Wallahu’alam bissawab

Sabah Serawak dilanda El Nino lebih Awal

Sabah dan Sarawak mungkin akan mengalami kesan El Nino lebih awal berbanding Semenanjung Malaysia kerana lebih hampir dengan Lautan Pasifik. Diikuti Indonesia dan Australia, semenanjung Malaysia mungkin paling lewat Menghadapi Fenomena El Nino ini. Bookmark untuk update Kemarau El Nino di Semenanjung Malaysia pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.

Memandangkan beberapa perubahan yang berlaku. Kekuatan El Nino 2014 yang bakal dihadapi masih belum dapat diramal dengan tepat. Kesan dari El Nino bergantung kepada Tahap Kekuatan El Nino yang dinilai mengikut 3 Tahap utama iaitu Tahap lemah, sederhana atau kuat. Sila rujuk: El Nino Malaysia untuk informasi sepenuhnya.

Musim Kemarau El Nino

El Nino merujuk kepada pemanasan permukaan laut yang berlaku selama enam bulan berturut-turut dalam setiap dua hingga tujuh tahun di bahagian timur Lautan Pasifik. Manakala Cuaca Panas yang melanda Malaysia kini adalah disebabkan .Musim Monsun Barat Daya yang  menjadi punca kepada Cuaca Panas Kering dan Kurangnya Taburan Hujan. Malah ia juga menghalang pembentukan awan  yang selama ini menyekat pancaran matahari yang terik. Sila rujuk Tanda Fenomena El Nino dan Musim Kering Monsun Barat Daya untuk bacaan tambahan.






Tahun Barang Naik (BN) 2014

Tahun Barang Naik (BN) 2014. Jika Azam 2014 mereka menaikan Harga Barang. Azam aku pula Menaikan Harga Diri. 1Malaysia Janji Dicapati. Saya lihat anda ketawa! Ya, anggap ia hiburan yang melucukan dan Bercukurlah Malaysia masih Aman. Tahun 2014 (BN) Barang Naik, Aku juga ketawa kali pertama mendengarnya. 

Tahun Barang Naik (BN) 2014
2014 Tahun Harga Barang Naik

Fenomena Malipus 

Perancangan mereka menaikan harga barang keperluan dan cas bayaran perkhidmatan bakal mencetuskan Peningkatan Kos Sara Hidup. Agar lebih terkesan, aku namakan ia 'Fenomena Malipus'. Tahun 2014 1Malaysia Mendongak Kelangit menyaksikan kenaikan harga barangan dan cas perkhidmatan ini. Azam dan Perancangan mereka amat teliti, saksikan satu persatu dalam tempoh 15 bulan dari sekarang.

Tahun BN 2014

Azam 2014 Berjimat Cermat Demi Harga Diri

Jika Azam Tahun 2014 mereka menaikan Harga Barang. Azam tahun 2014 Aku Berjimat Cermat Demi Menaikan Harga Diri dalam mengharungi Fenomena Malipus nanti. Semoga tidak terserlah kesengkekan aku dalam kehidupan seharian. Walaupun RM7 billion diperuntukkan untuk Bantuan BR1M 2014,  ia belum cukup untuk membantu rakyat berhadapan Fenomena Malipus dari kenaikan harga yang berturut-turut ini. Berazamlah untuk Berjimat Cermat demi Kenaikan Harga Diri sendiri. Rujuk Kalendar 2014 untuk merancang perbelanjaan tahun hadapan.

Tahun Barang Naik (BN) 2014

1Malaysia Janji Dicapati

Rancangan menaikkan harga barangan seperti harga petrol/diesel, harga gula dan makanan. Peningkatan cas perkhidmatan seperti tarif elektrik, kadar bayaran Tol dan khidmat pengankutan. Malah strategi penarikan balik subsidi dari pelbagai sektor dan berbagai-bagai lagi bakal kita harungi di Tahun 2014 nanti. Tidak dapat tidak, Naik akan tetap Naik. Mereka mesti mengambil kesempatan dalam 15 bulan ini sebelum GST dilaksanakan menjelang Mac 2015.

Entri oleh Hootoh Tudia




Air Darah Sungai Yangtze | Fenomena Misteri

Fenomena Misteri

Air Sungai Yangtze bertukar merah dengan tiba-tiba. Fenomena Misteri Air Darah telah menggemparkan rakyat China. Sungai Yangtze merupakan sungai terpanjang di China tiba-tiba berubah dan mengalirkan darah. Air sungai Yangtze yang tiba-tiba bertukar menjadi merah menggemparkan penduduk setempat di Chongqing, China. Pelbagai persoalan timbul, namun ia tetap menjadi misteri.

Air Darah Sungai Yangtze | Fenomena Misteri

Berikutan Fenomena Misteri Merah darah Sungai Yangtze, beberapa kilang perindustrian di hulu Sungai Yangtze berhenti beroperasi bagi memberi laluan kepada pihak tertentu menyelesaikan misteri air darah tersebut. Sungai Yangtze yang dahulu digelar "golden waterway" tidak seperti biasa. Golongan tua setempat tidak henti-henti berdoa, bagi mereka bila aliran air bagaikan darah, mungkin ia lebih sesuai digelar "Sengai Neraka". Penduduk berharap, dengan campur tangan pihak berkuasa dan kumpulan pecinta alam, Misteri Air Darah ini dapat diselesaikan dengan segera.






Konsert PSY Gangnam Style Malaysia | Stadium Bukit Jalil

Konsert PSY Gangnam Style Malaysia di Stadium Bukit Jalil. Oh tidak! Jangan histeria dulu! Mesti ramai yang dah buat keputusan spontan sebelum klik dan baca entri ni secara penuh. Takde nya PSY nak datang Malaysia pun. Bersungguh benor korang yer..


Tapi, sekiranya perkara ini betul-betul terjadi. Melihatkan fenomena Gangnam sekarang ni, cuba kita bayangkan macam mana sambutan rakyat Malaysia agaknya.muat ke tidak Stadium Bukit Jalil tu yer? Terkini banyak pula perbincangan hal-hal berkaitan Gangnam Style, melibatkan hukum, sosial, makna disebalik lirik lagu gangnam style dan hinggalah ke maksud disebalik koreografi tarian gangnam style itu sendiri. Dahsyat kan.

Melalui tarian pun boleh terciptanya satu fenomena hebat sebegini. Apakata kita cuba dengan Tarian Lilin ataupun Tarian Kuda Kepang pula. Mungkinkah tarian tradisional mampu mencipta fenomenanya sendiri dan clip videonya dipreview oleh CNN. Lilin mungkin naik harga, lalu hantu lilin pun menangis lagi.


Gangnam





Gangnam Style | Lyrics | Dance Tutorial Video

Gangnam Style Dance Tutorial Video from korean girl. Here Gangnam Style Lyrics in English Translation from Hasrulhassan blog.




Gangnam Style | Dance Tutorial  Video | Gangnam Style Lyrics | English Translation





linkreferral