Benarkah Pejuang Islam Tidak Ikut Islam

Siapa kata ISIS dan Kumpulan Pejuang Islam lainnya tidak mengikut Islam? Bukankah mereka ikut dan patuh pada Islam yang mereka fahami. Kenapa berkata mereka tidak ikut Al Quran dan Sunnah? Bukankah ramai yang mengatakan manusia tidak boleh memahami ajaran Islam dalam Quran dan Sunnah dengan pemahaman akal?

Benarkah Pejuang Islam Tidak Ikut Islam

Maka mereka ikut ayat-ayat ajaran setakat tahap fahaman mereka, tanpa menggunakan akal. Sebenarnya mereka adalah pejuang Islam sepertimana yang selalu kita fahami. Ikut tak guna akal kerana Al Quran tidak boleh difahami dengan akal manusia. Jika Kumpulan Pejuang Islam Tidak Ikut Islam? Mereka ikut Ajaran apa? Siapa berani nafikan mereka ikut ajaran Islam, Al Quran dan Sunnah.

  • Bunuh orang kafir dimana saja mereka berada - mereka ikut ayat Al Quran ni, sesiapa je yang kafir mereka bunuh, sesiapa yang mereka kata kafir pun mereka bunuh.
  • Tegakkan kekhalifahan - Ini pun mereka buat, mereka nak wujudkan sistem kekhalifahan Islam dan mereka buat dengan menjatuhkan kerajaan-kerajaan orang Islam yang ada yang mereka kata kerajaan kafir tak ikut Islam
  • Hukum orang yang tak ikut Islam - Ini mereka buat, mereka hukum sesiapa yang yang tak ikut Islam...mereka sebat, pukul, sembelih malah bunuh yang tak ikut Islam
  • Halalkan eks dengan tawanan wanita - Ini pun mereka ikut, mereka boleh seks dengan tawanan wanita malah menjual mereka sebagai hamba, sesuai mengikut Al Quran dan As Sunnah

Siapa kata mereka tak ikut Al Quran da As Sunnah? Mereka ikut dan mereka tegakkannya... Tapi kenapa pula orang Islam segan silu untk mengakui. Mereka patuh ikut tahap fahaman mereka pada ayat-ayat Al Quran dan As Sunnah. Mereka tidak menggunakan akal kerana kita juga berkata Al Quran dan Sunnah bukan boleh difahami dengan akal manusia. Bukan ke itu yang dicanang-canang selama ni? "Al Quran dan Sunnah tidak boleh difahami dengan akal", inilah kata keramat Orang Islam Malaysia selama ni.

Bila disarankan guna akal atau cuba mendalami sesuatu dalam quran menggunakan akal, masing-masing melompat kata jangan guna akal, tak boleh guna akal manusia untuk faham semua ini. Adakah Quran yang di turunkan sebagai panduan kepada manusia itu tidak boleh difahami dengan akal manusia itu sendiri? Tidak nak guna akal jadilah begini. Sungguh sedih, bila berlaku begini, kita taknak mengakuinya pula. Hipokrit.

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh