Bercucuk Tanam di Syurga

Reactions: 
 Gambar Hiasan

Daripada Abu Hurairah r.a, Rasulullah SAW bersabda, "Ada seorang lelaki penghuni syurga meminta izin Allah untuk bercucuk tanam, kemudian dikatakan kepadanya, "Bukankah sudah diizinkan kepadamu untuk melakukan apa saja yang kamu mahukan?" Lelaki itu menjawab : "Memang, tetapi kali ini saya ingin bercucuk tanam."

Kemudian lelaki itu menyemai benih. Dan orang pun melihat tanamannya hijau, subur saujana mata memandang. Bahkan dapat umpamakan seperti gunung. Lalu Allah SWT berfirman, "Petiklah tanamanmu wahai manusia, tidak ada sesuatu pun yang dapat mengenyangkanmu."

Pengajarannya :
1. Sesuatu yang diingini oleh seorang hamba di syurga berupa kenikmatan dunia, boleh diperolehi disana.
2. Seseorang itu dapat dikenali daripada kebiasaan yang dilakukannya.
3. Jiwa manusia itu mempunyai keinginan untuk sentiasa menambah kekayaan.
4. Keutamaan berpada-pada dengan apa yang ada dan janganlah bersikap dengan sifat tamak atau rakus dengan harta. 


 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature

Artikel ditulis oleh Raimi Syazwan Abdul Rashid



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh