Nekbat | Resepi Kuih Nekbat | Nekbat dan Sira | Kuih Muih Ramadhan
Bahan-bahan :
Untuk kuih
500g tepung beras (1 bungkus)
12 biji telur ayam
Untuk sira
Air secukunya
500 gm gula
5 helai daun pandan
Cara Penyediaan:
Goreng tepung beras tanpa minyak (sangai) dalam kuali atas api sederhana hingga kering. Tutup api dan biarkan ia sejuk.
Pukul telur hingga kembang dan ringan berbuih.
Taburkan tepung yang telah disangai ke dalam adunan telur sedikit demi sedikit sambil dikacau.
Panaskan acuan dan oleskan acuan dengan minyak. Tuangkan adunan ke dalam acuan dan bakar hingga kekuningan.
Untuk siranya, masukkan dua gelas air dan 10 sudu besar gula ke dalam periuk. Bila air gula sudah mendidih masukkan daun pandan dan kemudian masukkan 10 biji nekbat.
* 10 sudu gula untuk 10 biji nekbat.
☂ ♌¹³ - Honor & Respect
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
kuih kegemaran mama ika. hihihi
ReplyDeleteRamai suka kuih ni, tapi tepung pelita sy paling suka..
ReplyDeleteerr..rasanya macam tak penah mkan.ehehe..tpi nk try kalo jumpa,,
ReplyDeletekuih kegemaran saye :')
ReplyDelete