Tersebut kisah mengenai burung layang-layang (ada kisah menyebutkan burung Pipit) yang melihat Nabi Ibrahim di bakar lalu mengambil air di paruhnya lalu dicurahkan keatas unggun api tersebut. Walaupun dia tahu bahawa perbuatannya tidak akan dapat memadamkan api tersebut, namum dia berusaha ingin menegakkan kebenaran. Cerita ini secara tersendiri tidak dapat dikesan kesahihannya. wallahu'alam.
Begitu juga didalam cerita yang menceritakan bahawa burung-burung turut menangis tanda protes diatas peristiwa Nabi Ibrahim as di bakar. Terdapat seekor burung yang paling lemah dikalangannya telah terbang menuju kepada Nabi Ibrahim as. dan dihalang oleh Malaikat. Lalu burung tersebut berkata: Tidakkah engkau tahu bahawa sahabat Allah sedang dibakar. Walaupun aku tidak dapat menyelamatkannya, aku ingin menunjukkan simpatiku dengan bersama beliau didalam api.
Namun demikian, kisah Nabi Ibrahim as. dibakar ini dapat dilihat didalam kitab-kitab tafsir dengan merujuk kepada ayat 69 Surah al-Anbiya'. Ibn Kathir rh. didalam kitabnya Tafsir al-Quran al-Azhim (Jilid 3/225) menjelaskan bahawa semua binatang-binatang yang melata di muka bumi ini cuba memadamkan api yang membakar Nabi Ibrahim as. kecuali cicak, sebagaimana hadith riwayat Ibn Hatim, dari A'isyah ra. bahawa Rasulullah saw bersabda :
"Sesungguhnya Ibrahim tatkala dicampakkan kedalam api, semua binatang yang melata dimuka bumi ini cuba memadamkan api, kecuali cicak, kerana sesungguhnya dia (cicak) meniupkan api keatas Nabi Ibrahim..."
Riwayat ini menunjukkan bahawa setiap makhluk dimuka bumi ini, termasuk binatang, yang beriman dengan Allah swt dan Nabinya Ibrahim, telah cuba berikhtiar menyelamat Nabinya. Yakin diatas kebenaran yang dibawa oleh Ibrahim, dan kekalutan serta kezaliman yang dibawa oleh Namrud, mereka berusaha memadamkan api tersebut, walaupun pada hakikatnya mereka tidak berupaya memadamkannya. Usaha kearah menegakkan kebenaran ini walau sedikit pengorbanannya, mempunyai impak yang bernilai apabila kita bertemu Allah swt dihari Kiamat kelak. WA.
☂ ♌¹³ - Honor & Respect
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
Religious
- Benarkah Pejuang Islam Tidak Ikut Islam
- 50 Maut Rempuhan Bom Trak Ahmad Affendi
- Malaysia dan Amerika menentang Pertubuhan Negara Islam Irak dan Syam
- Haram Hukumnya Berkabung pada Hari Raya
- Cahaya Malam 7 Likur Menyuluh Jalan Malaikat
- Hujah Islam menentang Dalil Ateisme
- Persoalan Apakah Agama Ultraman
- Adakah Paul Walker dan Nelson Mandela Masuk Neraka
- Kisah Makanan dari Langit
- Sejarah Pokok Pine Dihias Pada Hari Krismas
- Kisah Tiga Biji Cawan | Berkhidmat Pada yang Kehausan
- Kenderaan Terpantas dan Serbaguna | Kenderaan Syurga
- Nabi Sulaiman dan Seekor Landak | Koleksi Kisah
- Kewajipan Solat | Lirik | Download | Lagu Nasyid
- Kemaafan | Kesalahan Masa Lampau | Al Imran 155
- Azhar Idrus | Fenomena Gangnam Style | Isu
- Janji Islam | Janji Ditepati
- Panduan Doa dan Ziarah Kubur | Yang Makhruh dan Dilarang
- Perayaan Aidilfitri bukan Perayaan Nairuz dan Mahrajan
- Peristiwa Nuzul Al-Quran | Kisah Turun Al-Quran
- Kisah Pokok Gharqad | Pokok Yahudi
- Membongkar Malam Lailatul Qadar | Bilakah Malam Lailatul Qadar
- Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Jin | Part III
- Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Syaitan | Part II
- Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Iblis | Part I
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
No comments:
Post a Comment
I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.
Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid
✎All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.