Teleportasi Islam | Gambar Hiasan | Google Image |
Kisah nabi Sulaiman memindahkan singgasana Ratu Balqis dari negeri Saba’ ke negeri Palestina yang berjarak 2000 km dalam sekelip mata sepatutnya telah menggesa akal kita untuk memahami bagaimana teknik pemindahan/teleportasi singgasana tersebut telah berlaku
Merujuk Surah An-Naml 027:38-41
Nabi Sulaiman berkata pula
(kepada golongan bijak pandainya):Wahai pegawai-pegawaiku, siapakah di antara kamu yang dapat membawa kepadaku singgahsananya sebelum mereka datang mengadapku dalam keadaan berserah diri memeluk Islam?Berkatalah Ifrit dari golongan jin:Aku akan membawakannya kepadamu sebelum engkau bangun dari tempat dudukmu dan sesungguhnya aku amatlah kuat gagah untuk membawanya, lagi amanah.Berkata pula seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah:Aku akan membawakannya kepadamu dalam sekelip mata!Setelah Nabi Sulaiman melihat singgahsana itu terletak di sisinya, berkatalah ia:Ini ialah dari limpah kurnia Tuhanku, untuk mengujiku adakah aku bersyukur atau aku tidak mengenangkan nikmat pemberianNya dan (sebenarnya) sesiapa yang bersyukur maka faedah syukurnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Tuhanku Maha Kaya, lagi Maha Pemurah.Nabi Sulaiman berkata pula (kepada orang-orangnya):Ubahkanlah keadaan singgahsananya itu, supaya kita melihat adakah ia dapat mencapai pengetahuan yang sebenar (untuk mengenal singgahsananya itu) atau ia termasuk dalam golongan yang tidak dapat mencapai pengetahuan yang demikian.
Ada ulama' berpendapat bahawa
"seorang yang mempunyai ilmu pengetahuan dari Kitab Allah" itu adalah menteri kanan kerajaan Sulaiman a.s. yang bernama Saidina Asif bin Barkhiya, dan dia sebenarnya membaca asma' "Ya Hayyu Ya Qayyum" ketika memindahkan istana tersebut.
Untuk pengetahuan kita semua, asma' "Al-Hayyu Al-Qayyum" itu dianggap oleh sesetengah ulama' sebagai Asma' Al-'Azim Al-Husna dan dari sudut perkiraan Angka Mufrad, ianya BERULANG 181.
Untuk pengetahuan kita semua juga, asma' AR-RAHMAN AR-RAHIM yang ada dalam Basmalah itu juga punya Angka Mufrad BERULANG 181.
Berdoalah ke hadrat Allah agar Dia tambahkan lagi kefahaman kita semua mengenai rahsia ilmu Islam.
InsyaAllah, ilmu ini akan dikurniakanNya kepada hambaNya yang selalu membaca Al-Qur'an dan mengkaji..
والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right
☂ ♌¹³ - Honor & Respect
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
No comments:
Post a Comment
I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.
Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid
✎All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.