Ramadhan Al-Mubarak 1433 H | Benarkah Syaitan Ditambat

Somebody is Leaving Because Ramadhan is Coming | Ramadhan Al-Mubarak 1433 H

Somebody is Leaving Because Ramadhan is Coming | Ramadhan Al-Mubarak 1433 H 2012 | Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah s.w.t
Insyaallah! dengan keizinanNya semoga dipertemukan kita dengan Ramadhan Al-Mubarak 1433 H yang penuh barakah sekali lagi.
Sedangkan ada di kalangan sahabat, ahli keluarga dan saudara kita yang tidak sempat menjamah kehadiran Ramadhan kali ini kerna menyambut panggilan Illahi.

Rasulullah s.a.w bersabda :
Apabila masuk bulan Ramadhan, maka dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu syaitan-syaitan
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Bila tiba Ramadhan Al-Mubarak pastinya hadith dari junjungan besar kita ini, menjadi sangat popular dan acap kali disebut-sebut..

Namun, pastinya ada yang tertanya-tanya,
  • Mengapa masih berlaku gangguan pada bulan Ramadhan?
  • Mengapa juga berlakunya pelbagai bentuk kemaksiatan?
Sedangkan syaitan telahpun ditambat.

Berdasarkan pemerhatian umum, bulan Ramadhan merupakan antara bulan yang agak sibuk dengan pelbagai kes gangguan. Adapun pada bulan Ramadhan yang ditambat hanyalah syaitan yang tidak bertuan, iaitu yang berkeliaran. Bagi yang bertuan seperti saka dan sihir, ia terlepas daripada ditambat, kerana ia bersembunyi dalam tubuh tuannya atau tubuh yang ditumpanginya atau disembunyikan oleh tuannya.

Begitu juga apabila menghampiri Ramadhan, banyak syaitan yang cuba menempatkan diri dalam tubuh manusia agar tidak ditambat. Oleh yang demikian, masalah gangguan tetap berterusan. di samping itu, perlu diingatkan bahawa, jin-jin Islam tidak ditambat, namun di kalangan mereka yang tidak berpegang teguh kepada ajaran Islam juga boleh melakukan pelbagai bentuk kerosakan.

Namun, sekurang-kurangnya dengan terbelenggu syaitan yang berkeliaran, kuranglah sedikit godaan yang perlu ditempuhi. Namun, ada satu lagi musuh yang perlu ditentang, iaitu hawa nafsu yang menjurus ke arah kemungkaran. Inilah penyebab hanyutnya umat Islam dalam lembah kemaksiatan meskipun pada bulan Ramadhan ini.

Saya mengambil kesempatan ini,
Mengucapkan selamat beribadah buat sekalian muslimin & muslimat, khususnya buat rakan-rakan maya, blogger, dan rangkaian-rangkaian sosial saya.
Semoga kita beroleh rahmat, maghfirah dan pembebasan dari api neraka berkat amal ibadah kita sepanjang Ramadhan ini.
Marilah kita bersama-sama merebut dengan gigih & bersungguh-sungguh tawaran dan ganjaran daripada Allah s.w.t yang melimpah ruah pada bulan ini.

Semoga Allah s.w.t memelihara kita daripada segala bentuk kejahatan sama ada oleh manusia mahupun syaitan.


والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab 
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh