Hidup Tanpa Bernafas | Info Mikro Oksigen | Kisah Penemuan Menakjubkan
![]() |
Info yang hangat terkini 2012 Kisah Penemuan menakjubkan |
Kini manusia mampu hidup tanpa bernafas! Bagaikan cerita dongeng, sesuatu yang karut! Penemuan Mikro Oksigen disahkan pada awal 2012. Jika benar? Ia satu keajaiban! Ia satu rahmat untuk manusia.
Sekumpulan penyelidik berjaya mencipta zarah partikel mikro yang boleh disuntik terus ke aliran darah. Partikel ini akan menghantar oksigen ke tubuh dengan cepat. Bahkan, ketika anda tidak boleh bernafas lagi.
Penemuan ini menjadi penemuan perubatan menakjubkan dalam beberapa tahun terakhir. Zarah ini boleh menyelamatkan jutaan nyawa manusia setiap tahun.
Penemuan ini dibangunkan oleh sepasukan dari Rumah Sakit Boston, Amerika Syarikat. Zarah ini boleh membuat pasukan perubatan memastikan oksigen tetap mengalir bersama darah dan terus mengekalkan sistem dalaman badan tetap bernafas dan menjadikan seseorang yang telah tidak bernafas terus hidup dalam keadaan stabil selama 15 hingga 30 minit.
Penemuan ini memberikan masa secukupnya bagi doktor dan kakitangan kecemasan, terutamanya semasa berada di dalam ambulan ketika penghantaran pesakit ke hospital. Disamping itu, mereka boleh mengambil tindakan tanpa menimbulkan risiko serangan jantung atau kerosakan otak kekal kepada pesakit.
Kaedah ini telah berjaya diuji pada binatang yang mengalami kegagalan paru-paru kritikal. Ketika doktor menyuntik cecair ini ke pembuluh darah, zarah boleh menyimpan oksigen dalam darahnya bagaikan hidup ketika normal. Proses ini memberikan tambahan minit-minit emas yang sangat berharga bagi kehidupan.
Sebelum ini, sudah ada penemuan yang hampir sama. Namun ketika proses ujikaji, ia telah gagal kerana menyebabkan embolisme gas, atau gelembung gas pada aliran darah. Penyelesaian terdahulu tidak boleh membekalkan oksigen pada sel. Menurut Jabatan Kardiologi Hospital Kanak-kanak Boston, AS, Ddr. John Kheir, mereka berjaya mengatasi masalah ini dengan menggunakan zarah yang boleh berubah bentuk, bukan menjadi gelembung.
"Kami telah merancang penyelesaian masalah ini dengan memaketkan gas menjadi zarah kecil yang boleh berubah bentuk. Mereka meningkatkan pertukaran gas pada kawasan permukaan secara dramatik. Mereka juga mampu menyusup melalui kapilari (pembuluh darah terkecil) tempat gas tidak terbentuk,"
Sumber: Gizmodo
☂ ♌¹³ - Honor & Respect
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
Information
- Model Saga Plus Varian Baharu Proton
- Akta Rokok Elektronik Kementerian Kesihatan
- Kenaikkan Kadar Tol Ogos 2015 Lebuhraya Malaysia
- Suasana Pilu Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia
- Hikayat Raja Babi Kesusteraan Melayu Silam
- 50 Maut Rempuhan Bom Trak Ahmad Affendi
- Tarikh Gaji Kakitangan Awam 2015 Jabatan Akauntan Negara
- Malaysia Iktiraf Golongan (Pondan) Transgender
- Wajah Sebenar Firaun Tutankhamun (Gambar)
- Aplikasi Citra Merdeka 57 Android
- Gencatan Senjata (Hamas-Israel) Gaza 2014
- Ubat Tradisional Beracun Majun Burung Unta
- Bagaimana Bekerja di Nuffnang Blog Advertising Community
- Imsakiah Ramadhan 1435/2014 Malaysia
- Kemarau El Nino Semenanjung Malaysia, Sabah dan Serawak
- Sepasang Tapir Pertukaran Balas Panda Gergasi China
- Mengenai Hari Guru 2014 di Keratan Akhbar
- Setelit MEASAT-3b Paling Mantap di Asia
- Kempen Penurunan Harga Barang Fasa Pertama
- Senarai Aktiviti Cuti Sekolah di Malaysia
- Bajet 2014 bukan Pertunjukkan Sarkas
- Akademi Fantasia 2013 Musim Ke-10 AF2013
- Kisah Makanan dari Langit
- Melayu Boleh
- Sejarah Pokok Pine Dihias Pada Hari Krismas
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
Apakah?? Ini benda yang menarik. Pernah gak tengok citer melibatkan gas oksigen yang dijadikan kapsul untuk masuk ke dalam laut tapi ini sesuatu yang bagus dalam bidang perubatan.
ReplyDelete