Kisah | Ulat Merah dan Nabi Daud a.s | Info

Kisah Nabi Daud a.s dan Ulat Merah.
Kisah | Ulat Merah dan Nabi Daud a.s | Info

Dalam sebuah kitab Imam Al-Ghazali menceritakan pada suatu ketika tatkala Nabi Daud a.s sedang duduk dalam suraunya sambil membaca kitab az-Zabur, dengan tiba-tiba dia terpandang seekor ulat merah pada debu.

Lalu Nabi Daud a.s. berkata pada dirinya,
“Apa yang dikehendaki Allah dengan ulat ini?”

Sebaik sahaja Nabi Daud a.s selesai berkata begitu, maka Allah pun mengizinkan ulat merah itu berkata-kata.

Lalu ulat merah itu pun mula berkata-kata kepada Nabi Daud a.s :
“Wahai Nabi Allah! Allah SWT telah mengilhamkan kepadaku untuk membaca ‘Subhanallahi walhamdulillahi wala ilaha illallahu wallahu akbar’ setiap hari sebanyak 1000 kali dan pada malamnya Allah mengilhamkan kepadaku supaya membaca ‘Allahumma solli ala Muhammadin annabiyyil ummiyyi wa ala alihi wa sohbihi wa sallim’ setiap malam sebanyak 1000 kali."

Setelah ulat merah itu berkata demikian, maka dia pun bertanya kepada Nabi Daud a.s.
“Apakah yang dapat kamu katakan kepadaku agar aku dapat faedah darimu?”

Akhirnya Nabi Daud menyedari akan kesilapannya kerana memandang remeh akan ulat tersebut, dan dia sangat takut kepada Allah SWT. maka Nabi Daud a.s. pun bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.

Begitulah sikap para Nabi a.s. apabila mereka menyedari kesilapan yang telah dilakukan maka dengan segera mereka akan bertaubat dan menyerah diri kepada Allah SWT.

Bagaimana pula manusia hari ini?
Ada yang tetap melakukan kesalahan dalam keadaan sedar. Mereka tetap melakukan, dan mampu pula menyebut perkataan DOSA. Sesungguhnya mereka belum melihat balasan azab yang dijanjikan untuk setiap dosa-dosa itu. Semoga kita mendapat rahmat dan diberikan petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah itu maha pengasih.


والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab 
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right
 
 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh