| Kelindan Lori Sakit Mental ke Hospital Tampoi | Info Terkini Amuk Kelindan Lori Naik Hantu |
Info Terkini, Kelindan lori tangki minyak yang ‘naik hantu’ dengan melarikan treler muatan bijih besi dan mengamuk menyerang pengguna jalan raya menggunakan sebatang besi di bulatan Batu Enam, Manir, 1 Julai lalu, diarahkan mendapatkan rawatan mental di Hospital Tampoi, Johor Bharu.Arahan dikeluarkan Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi, semalam, setelah Mohd Rusydi Ismail, 30, dari Felda Keratong, Bandar Tun Razak, Pahang, dihadapkan ke mahkamah atas tiga pertuduhan, namun dia mengaku tidak bersalah bagi kesemua pertuduhan berkenaan.
Bagi Pertuduhan Pertama
Mohd Rusydi didakwa pada 1 Julai lalu kira-kira jam 10.30 malam di bulatan Pekan Batu Enam, dengan sengaja telah melakukan khianat yang menyebabkan kerugian atau kehilangan sebanyak RM800.
Sabit kesalahan, dia boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
Bagi Pertuduhan Kedua,
Mohd Rusydi didakwa pada hari sama kira-kira jam 10 malam di tepi jalan Felda Belara, telah mencuri sebuah lori kargo dan telah menyebabkan ketakutan kepada Azman Ismail, 39.
Dengan itu, dia boleh dihukum penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Bagi Pertuduhan ketiga
Mohd Rusydi didakwa pada hari sama kira-kira jam 11.45 malam di Kampung Banggol Limau, Batu Enam, di sini, telah menyebabkan kecederaan parah kepada Mohamad Azmi Harun, 20, dengan melakukan suatu percubaan menunggang motosikal secara gopoh atau cuai, yang membahayakan nyawa mangsa atau keselamatan diri orang lain.
Dia boleh dihukum penjara sehingga dua tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya.
Rozianti menetapkan 3 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes tanpa menawarkan sebarang jaminan.
Sementara itu, di Mahkamah Sesyen, semalam, tertuduh didakwa pada hari sama jam 10.30 malam bertempat di Pekan Batu Enam, di sini, telah melakukan rompakan terhadap harta Suhardi Roni, 32, iaitu sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC, dengan sengaja menyebabkan cedera kepada mangsa.
Bagi kesalahan itu, dia berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, Mohd Rusydi mengaku tidak bersalah dan Hakim Datul Zainal Abidin Kamarudin menetapkan 3 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta bersetuju arahan dia dihantar menerima rawatan mental di Hospital Tampoi yang dikeluarkan sebelum ini.
Pada masa sama, Zainal Abidin tidak menawarkan jaminan terhadap tertuduh.
Sebelum ini, Sinar Harian menyiarkan berita mengenai seorang kelindan lori tangki minyak yang melarikan treler muatan bijih besi, selain mengamuk menyerang pengguna jalan raya menggunakan sebatang besi di bulatan Batu Enam, Manir, di sini.
Kejadian berlaku semasa dia dalam perjalanan dari Kelantan untuk menghantar minyak ke syarikatnya di Kuantan, bersama rakannya yang juga pemandu lori dan bertindak agresif memecahkan tingkap sebelah pemandu lori dinaikinya setibanya di Felda Belara.
Seterusnya, dia meluru ke arah sebuah treler berisi muatan bijih besi yang berada di belakang lori berkenaan, dan melarikan kenderaan itu sejauh kira-kira 30 kilometer.
Bagaimanapun, setibanya di bulatan Batu Enam, Manir, dia gagal mengawal treler itu dan merempuh sebuah kereta sebelum mengayunkan besi kepada pengguna jalan raya.
Tidak puas dengan itu, dia menyerang seorang penunggang motosikal di laluan itu lalu merampas motosikal mangsa dan melarikan diri.
Namun setibanya di Kampung Bukit Tunggal, dia bertembung dengan sebuah motosikal lain sebelum dibelasah teruk oleh penduduk serta orang awam yang mengejarnya sebelum itu.
Sumber Berita: Sinar
☂ ♌¹³ - Honor & Respect
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
Great article. Thank you to tell us more useful information. I am looking forward to reading more of your articles in the future.
ReplyDelete