Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Iblis | Part I | Berikut ialah Kisah dan Info mengenai Iblis dan perbezaan antara Iblis, Syaitan dan Jin
Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Iblis | Part I |
Part I | Pertama : Iblis laknatullah.
Iblis menurut bahasa arab bermaksud putus asa, kecewa atau berdukacita. Iblis menurut al- Quran adalah salah satu dari golongan jin yang ingkar terhadap perintah Allah SWT untuk sujud kepada Nabi Adam as.
Allah SWT berfirman maksudnya : ”Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Nabi Adam a.s) diwaktu Aku menyuruhmu?” lblis menjawab : ”Aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”
Sedangkan Iblis adalah makhluk durhaka yang jenisnya adalah daripada kalangan jin, bukan jenis manusia. Sebelum iblis dilaknat kerana engan sujud kepada Adam a.s. iblis bukanlah ketua segala malaikat (kefahaman ini perlu diperbetulkan) kerana ketua segala malaikat adalah Jibril a.s. Al-Quran Al-Kariem secara tegas menyebutkan bahwa Iblis itu adalah dari jenis jin.
Firman Allah S.W.T. yang maksudnya :
"Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam , maka sujudlah mereka kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka ia mendurhakai perintah Tuhannya. Patutkah kamu mengambil dia dan turanan-turunannya sebagai pemimpin selain daripada-Ku, sedang mereka adalah musuhmu? Amat buruklah Iblis itu sebagai pengganti bagi orang-orang yang zalim."
Jadi bolehlah disebutkan bahawa Iblis itu adalah makhluk yang sebangsa dengan jin. Dialah dahulu jin yang paling dekat dengan Allah S.W.T, lalu berubah menjadi ingkar lantaran tidak mau diperintahkan untuk bersujud kepada Nabi Adam a.s. iaitu manusia pertama.
Firman Allah S.W.T. maksudnya :
"Dan ketika Kami berfirman kepada para malaikat : 'Sujudlah kamu kepada Adam,' maka sujudlah mereka kecuali Iblis; ia enggan dan takabur dan adalah ia termasuk golongan orang-orang yang kafir".
Motivasi yang menghalangi Iblis itu untuk sujud kepada Adam tidak lain adalah rasa kesombongan dan tinggi diri. Dia merasa dirinya jauh lebih baik dari Adam.
Allah berfirman maksudnya :
"Apakah yang menghalangimu untuk bersujud di waktu Aku menyuruhmu?" Jawab Iblis "Saya lebih baik daripadanya : Engkau ciptakan aku dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".
Ciri yang paling utama dari Iblis adalah dia tidak mati-mati sampai hari kiamat. Dan penangguhan usianya itu memang telah diberikan oleh Allah S.W.T
"Iblis menjawab: 'Beri tangguhlah saya sampai waktu mereka dibangkitkan'. Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk mereka yang diberi tangguh."
"Iblis berkata: "Ya Tuhanku, beri tangguhlah aku sampai hari mereka dibangkitkan". Allah berfirman: "Sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang diberi tangguh, sampai kepada hari yang telah ditentukan waktunya ".
Jadi Iblis adalah nama seorang jin yang hidup di masa penciptaan Adam a.s (nama asalnya Azazil dan dipanggil Iblis apabila dia enggan sujud kepada Nabi Adam a.s.)
Dalam Tafsir Ibnu Katsir, dikisahkan bahwa Azazil adalah nama awal Iblis... makhluk yang awal mula menjadikan Adam dan Hawa tergelincir dari jalannya... (Kisah tergelincirnya Adam dan Hawa terdapat di dalam kitab al-Quran, Taurat dan Injil)
Iblis pernah diberi keistimewaan tinggal di syurga, kerana dia engkar maka dia di halau daripada menduduki syurga.
Firman Allah SWT maksudnya :
(Surah al-A'raaf ayat 13)“Turunlah engkau dari syurga itu (wahai Iblis), kerana engkau tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Maka keluarlah, sesungguhnya engkau termasuk orang-orang yang hina.”
Iblis memohon kepada Allah S.W.T. supaya dipanjangkan umurnya sampai hari kiamat, ternyata Allah S.W.T. menerimanya permintaannya itu kerana ada hikmahnya. Iblis mula membuat strategi bagaimana caranya menjerumuskan Adam. Dia begitu benci dan dendam kepada Adam kerana dia merasa Adamlah yang menyebabkannya dibuang dari syurga. Adam juga yang menyebabkannya hina. Kononnya disebabkan Adam dia tidak mendapat nikmat lagi dan dijauhkan dari rahmat Allah S.W.T.
Kerana geramnya melihat Adam, dia berjanji kepada Allah akan menggoda dan menyesatkan Adam bersama anak cucunya, sesuai dengan Firman Allah S.W.T. maksudnya :
“Iblis menjawab 'Kerana Engkau tealh menghukum aku tersesat, aku benar-benar akan menghalang-halangi mereka dari jalan Engkau yang lurus. Kemudian aku akan mendatangi mereka dari depan dan belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakkan mereka bersyukur (taat).”
Iblis telah berkahwin dengan jin perempuan yang menjadi pengikutnya, lalu mereka dianugrahkan keturunan. Keturunan yang berasal Iblis inilah yang disebut syaitan. Iblis mempunyai kerajaan yang besar dan mengandungi menteri-menteri, pemerentahan, dan pejabat-pejabat yang besar.
Iblis boleh wujud menyerupai manusia ketika beliau mendatangi kaum musyrikin dalam bentuk Suraqah bin Malik ketika mereka hendak pergi menuju Peperangan Badar. Mereka dapat berubah-ubah dalam bentuk yang banyak, seperti anjing hitam atau juga kucing hitam. Kerana warna hitam itu lebih memberi gelombang kekuatan kepada Iblis atau syaitan dan mempunyai kekuatan panas.
Menurut buku Asy-Syibli meriwayatkan sebuah riwayat dari Zaid bin Mujahid yang mengatakan bahawa,
"Iblis mempunyai lima anak, yang masing-masing diserahkan urusan-urusan tertentu. Kemudian dia memberi nama masing-masing anaknya : Tsabar, Dasim, Al-A'war, Maswath dan Zalnabur.".
Baca Sepenuhnya | Read More
Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin
والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right
Sumber: Cemerlang Blog
☂ ♌¹³ - Honor & Respect
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
No comments:
Post a Comment
I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.
Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid
✎All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.