Panduan Doa dan Ziarah Kubur | Yang Makhruh dan Dilarang

Panduan Doa dan Ziarah Kubur | Yang Makhruh dan Dilarang


Berikut ialah Panduan Doa dan Ziarah Kubur. Perkara-perkara dibawah merupakan antara perbuatan yang makhruh dan dilarang ketika menziarahi kubur.

  • Makruh menghiasi kubur dengan disapu kapur.

  • Dilarang meninggikan kubur lebih dari sejengkal.

  • Makruh menulis ayat Al Quran atau lainnya pada batu nisan atau binaan kubur tetapi jika sekadar menulis nama si mati lebih-lebih lagi jika ia seorang alim atau seorang yang salih supaya kuburnya mudah dikenal dan diziarahi maka itu tidak dilarang malah amatlah baiknya.

  • Dilarang duduk di atas kubur atau memijaknya semasa berjalan di tanah perkuburan, bertelaku atau bersandar kepadanya (makruh). Jika terpaksa memijak kubur kerana tidak ada jalan lain yang boleh sampai ke kubur yang dituju atau kerana menggali kubur yang baru, maka tidaklah makruh.

  • Dilarang memasang lampu di atas kubur malah tidak sah jika diwakafkan atau dinazarkan.
  • Makruh mendirikan bangunan di atasnya, di tepinya atau mendirikan pakar atau tembok di kelilingnya, jika tanah itu bukan tanah wakaf dan bukan tanah masbalah (kubur lama). Jika tanah itu tanah wakaf atau tanah masbalah maka hukum mendirikan bangunan atau pagar adalah haram kerana mengambil kawasan yang luas lebih dari sepatutnya dan membolotnya selama-lamanya sedang tanah itu untuk orang ramai. Pihak berkuasa Islam berkewajipan meruntuhkan bangunan yang seperti itu.
Semoga artikel ini dapat dijadikan Panduan ketika berdDoa dan menziarah kubur

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh