Malaysia dan Amerika menentang Pertubuhan Negara Islam Irak dan Syam

Malaysia berdiri teguh bersama Amerika dalam menentang Daulah Islamiyyah fie Iraq wa Syam #ISIS Kumpulan Jihad yang tidak diakui di Irak dan Suriah. Serangan Pertubuhan Negara Islam Irak dan Syam (ISIS) tertumpu kepada Muslim Syiah dan orang Kristian tidak membawa keadilan kepada Islam. Oleh itu, sepertimana Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB), Malaysia juga Mengecam kekerasan dan keganasan yang berlaku Irak.

Malaysia dan Amerika menentang Pertubuhan Negara Islam Irak dan Syam

"Kami akan bekerjasama dengan masyarakat besar lain kerana ISIS tidak mewakili Islam. ISIS adalah tidak sepadan. Ia tidak membawa keadilan kepada Islam" 
— Najib Tun Razak

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata Malaysia bimbang dengan konflik di Iraq dan Syria selain penglibatan aktiviti militan yang menghakis kestabilan di negara-negara berkenaan. Malaysia akan bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk memerangi Pertubuhan Negara Islam Irak dan Syam (ISIS) dan pengaruhnya.

"Pasukan Tentera Tambahan AS di Irak diturunkan untuk melatih pasukan Militer Irak dan juga bertujuan melindungi para diplomat AS. Mereka tidak akan turut serta dalam pertempuran ataupun kawalan keselamatan" 
— John Kirby (Pentagon)

Presiden Barack Obama berkata Amerika berjanji akan memberikan bantuan dana sebesar 25 juta dolar AS untuk bantuan ketenteraan kepada pemerintah Irak dan Pasukan Kurdi dalam memerangi Kumpulan Negara Islam Irak dan Suriah (ISIS). Amerika juga akan meningkatkan lebih dari 50% jumlah pasukan Tentera Amerika di Irak. Malaysia dan Amerika bekerjasama menentang Pertubuhan Negara Islam Irak dan Syam.

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





2 comments:

  1. banyak cerita tak betul tentang ISIS ni yang diputar belitkan oleh pihak media barat,malaysia ni saje je nk sangkut angin dgn US,cuba bayangkan kalau malaysia ni kuasa besar,tak dilayannya US ni,

    ReplyDelete
  2. Terkejut bila lihat ramai anak-anak jantan yang sungguh perwira sebelum ini, tiba-tiba membisu seribu bahasa bila ISIS dilabelkan sebagai pengganas oleh pihak Barat. Hal ini amat memalukan, harap ia tidak tercatat dalam buku sejarah anak-anak bangsa kita di masa hadapan

    ReplyDelete

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh