Tahun 2014 Tempoh Sukar 1Malaysia

Reactions: 
Tahun 2014 Malaysia akan dikenang sebagai 'Tempoh Sukar' buat negara apabila Kehilangan Pesawat Malaysia Airlines MH370 yang entah dimana dan Tragedi Pesawat MH17 yang ditembak jatuh entah oleh siapa. Al-Fatihah. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka yang telah membawa Malaysia ke jalan ranjau penuh dosa dan kemaksiatan ini.

Tahun 2014 Tempoh Sukar 1Malaysia

Pada waktu negara berduka dengan kedua-dua tragedi itu, Ketikamana air hujan yang turun dikatakan Langit juga turut Menangis seperti dilaporkan di mukadepan akhbar tempatan. Disebalik semua itu, menjadikan seluruh Rakyat Malaysia terus bersatu padu, berpeluk-pelukan dan berpegangan tangan anatara lelaki juga perempuan.

Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak yang baru selesai tugasan rasmi iaitu bercuti di luar negara telah meluahkan kesedihan sejatinya menerusi tulisan terbaharu di blog najibrazak.com  yang bertajuk 'Satu Perjalanan Yang Penuh Makna'. Berikut saya kongsikan beberapa petikan dari beliau

Sama seperti semua rakyat Malaysia, saya juga bersedih atas kehilangan pesawat MH370 dan MH17, dan saya turut sama berdoa untuk mangsa-mangsa dan keluarga mereka, yang akan kekal dalam ingatan saya.

Sejak kemerdekaan lagi, rakyat Malaysia telah bersatu padu dan bekerjasama ke arah impian yang dikongsi bersama iaitu untuk memperbaiki kualiti kehidupan dan membangunkan negara.

Saya percaya, kita boleh terus berjaya mencapai impian yang dikejar bersama selagi kita bersatu-padu, berpandukan nilai-nilai dan kepercayaan yang dikongsi bersama. Saya telah memberikan nama kepada perpaduan dan solidariti ini: 1Malaysia.

Tahun 2014 Tempoh Sukar 1Malaysia

Walaupun aku Lelaki Jantanman, namun berhati gadis. Setidaknya aku jujur dan tidak munafik. Maka setiap Kehilangan tetap terkesan di sanubariku. Kesedihan yang bertimpa-timpa hampir mengeringkan semua air yang aku miliki, termasuklah air mata ini. Kesayuan luahan Perdana Menteri Malaysia Najib Razak begitu memberi kesan yang mendalam hingga kedengaran raungan kesedihan di kejiranan yang sentiasa mengundi Barisan Nasional ini. Kepiluan melampau ini memaksa aku berhenti setakat ini. Tahun 2014 Tempoh Sukar 1Malaysia.

Artikel ditulis oleh Raimi Syazwan Abdul Rashid



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh