Gambar Firaun Tutankhamun Mengejutkan. Perincian Bentuk Badan dan Wajah sebenar Raja Tut didedahkan kepada Umum. Melalui Teknologi Autopsi Maya lebih daripada 2,000 imej dihasilkan dari imbasan telah digabungkan. Perincian Fizikal menunjukkan Raja Tut memiliki saiz pinggul yang kecil, bergigi jongang dan berkaki tempang. Kecacatan kaki kiri Firaun Tutankhamun memaksa memerintah Mesir pada tahun ke 14 sebelum Masihi berjalan menggunakan tongkat sepanjang hayatnya.
Raja Tut dilahirkan cacat kerana mengalami masalah genetik kesan dari hubungan sumbang mahram bapanya, Raja Akhenaten yang menjalinkan hubungan bersama kakaknya sendiri. Fakta Baharu mengenai Tutankhamun membuktikan bahawa Raja Tut meninggal dunia disebabkan oleh masalah kesihatan dan bukan kerana kemalangan ketika menyertai perlumbaan kereta kuda seperti yang dilaporkan sebelum ini.
Ahli keluarga sebelum kelahiran Raja Tut semuanya meninggal dunia pada usia yang lewat, berbanding adik-beradik beliau yang meninggal dunia awal dan ini berkaitan rapat dengan masalah genetik. Merujuk Ashrafian - Pensyarah Kolej Imperial London
Raja Tut menjadi firaun ketika berusia 10 tahun dan hanya sempat memerintah selama sembilan tahun sebelum meninggal dunia pada usia 19 tahun. Lakaran wajah Firaun Tutankhamun didedahkan kepada umum setelah lebih 3,300 tahun beliau meninggal dunia.
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
No comments:
Post a Comment
I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.
Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid
✎All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.