Showing posts with label Ekonomi. Show all posts
Showing posts with label Ekonomi. Show all posts

Senarai Harga Rokok Malaysia 4 Nov Naik 40%

Harga Rokok Malaysia 4 November 2015 naik sebanyak 40% menjadikan harga rokok RM17 bagi jenama Dunhill, Kent, Benson & Hedges dan sekumpulan dengannya. Apakah Punca  Kenaikan Harga Rokok 40% Malaysia. Harga Baru rokok selepas kenaikan 40% bermua 12.01 4 November 2015. Pasaran tembakau yang sah di sisi undang-undang merosot sebanyak 10%. Ini menyebabkan harga rokok naik sebanyak 40% berkuatkuasa 4 Nov 2015. Rokok dibawah British American Tobacco (BAT) Malaysia akan menaikkan kesemua harga rokok di bawah jenamanya sebanyak 40%. Berikut ialah Senarai Harga Rokok 4 Nov Malaysia.

Senarai Harga Rokok Malaysia 4 Nov Naik 40%

Punca  Kenaikan Harga Rokok 40% Malaysia

Kenaikan melampau eksais rokok ini susulan daripada kelemahan ekonomi dan sentimen pengguna yang menyebabkan semakin banyak rokok seludup, di mana satu daripada 3 pek rokok diimport secara haram. Sebelum ini Industri rokok Malaysia sudah pun mengalami kenaikan eksais rokok sebanyak 12% setahun yang lalu pada 1 November 2014. Seterusnyae diikuti oleh pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) pada kadar 6% mulai 1 April tahun ini.




Kenaikkan Kadar Tol Ogos 2015 Lebuhraya Malaysia

Kenaikkan Kadar Tol Ogos 2015 Lebuhraya Malaysia

Berdasarkan Perjanjian Konsesi 2015 berkemungkinan 20 Syarikat Konsesi Lebuhraya Menaikkan Kadar Tol pada Ogos 2015. Namun ia belum diumumkan secara rasmi oleh pihak Kerajaan Malaysia. Berdasarkan Sumber dari FMT, Kadar Tol naik sebanyak 50 hingga 100 peratus di Lebuh Raya utama di Malaysia. Bagaimanapun, jumlah kadar kenaikkan itu bergantung sepenuhnya kepada kemampuan kerajaan untuk memberi subsidi kepada syarikat konsesi. 

Sekiranya Kenaikkan Kadar Tol Ogos 2015 adalah benar, pastinya bebanan pengguna Jalan Raya lebih terasa memandangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) baru saja 4 bulan dilaksanakan pada1 April lalu. Berdasarkan perjanjian Konsesi sebelum ini, Berikut 20 Syarikat Konsesi dan Senarai Lebuhraya yang akan menaikkan kadar tol:

  • Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh)
  • Lebuhraya Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint)
  • Lebuhraya Baru Pantai (NPE)
  • Lebuhraya Penyurai Trafik Lingkaran Kajang (Silk)
  • Storm Water Management and Road Tunnel (Smart)
  • Lebuhraya Lembah Klang Selatan (SKVE)
  • Lebuhraya Sungai Besi (Besraya)

  • Lebuhraya Senai Desaru (SDE)
  • Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)
  • Lebuhraya Koridor Guthrie (GCE)
  • Lebuhraya Kajang-Seremban (Lekas)
  • Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (Duke)
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX)
  • Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)

  • Lebuhraya Pintas Selat Klang Utara (NNKSB)
  • Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1)
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak (KLK)
  • Lebuhraya Cheras-Kajang (Grandsaga)
  • Lebuhraya Kuala Lumpur-Selangor (Latar)
  • Lebuhraya Kemuning-Shah Alam (LKSA)

Tol Lebuhraya Bakal Naik Ogos 2015

Sebelum ini, Kerajaan Persekutuan telah meluluskan RM458 juta peruntukkan bagi pembayaran 20 syarikat konsesi sebagai pampasan untuk tidak menaikkan kadar tol. Mengikut perjanjian, syarikat konsesi dibenarkan untuk menaikkan kadar pada 2015 mengikut Perjanjian Konsesi. Kadar kenaikan tol yang dibenarkan adalah pada sekitar 0.50 sen hingga RM2. Kenaikkan Kadar Tol Ogos 2015 Lebuhraya Malaysia.




Tarikh Gaji Kakitangan Awam 2015 Jabatan Akauntan Negara

Pekeliling Gaji 2015 Kakitangan Awam / Kerajaan. Tahun Baru 2015 bakal menjelma. Untuk menyemak Tarikh-tarikh cuti Tahun 2015 sila rujuk Year 2015 Malaysia Public Holiday Calendar. Dah namanya Kerja Makan Gaji. Kalau bab Gaji, sudah tentu ceritanya memang laju. Tarikh Gaji Kakitangan Awam 2015. Berikut dikongsikan Info Gaji Kakitangan Kerajaan Tahun 2015. Download Jadual Pembayaran Gaji Pekerja Sektor Awam 2015 merujuk Jabatan Akauntan Negara Malaysia #ANM sepertimana berikut

Tarikh Gaji Kakitangan Awam 2015 Jabatan Akauntan Negara

Tarikh Gaji Penjawat Awam 2015 Malaysia

Maklumat terperinci dan link Muat Turun Jadual Kakitangan Awam 2015 selengkapnya sila ke Tarikh Gaji 2015 Kakitangan Awam Malaysia. Lampiran Jadual Pembayaran Gaji Pekerja Sektor Awam, tidak termasuk tarikh pembayaran khas. Tarikh adalah mengikut bulan Tahun 2015. Kakitangan sektor awam dibayar gaji sebulan sekali untuk semua negeri di Malaysia.




Tragedi Tingkatkan Ekonomi Malaysia

Di sebalik Dua Tragedi Pesawat MAS, saban harinya Akhbar di Malaysia berlumba-lumba memaklumkan Ekonomi negara meningkat secara mendadak (Goverment Authorities). MH370 Masih Hilang Lesap dan MH17 tidak sengaja ditembak oleh entah siapa. Dua Tragedi Besar menimpa Malaysia dalam tempoh 4 Bulan. Apakah kesannya kepada Ekonomi Malaysia.

Tragedi Tingkatkan Ekonomi Malaysia

Hanya di Malaysia

Masih belum ada Negara di dunia ini yang Jumlah Dagangan dan Ekonominya meningkat ketika ditimpa Tragedi. Kita perlu Memuji dan Bangga menjadi rakyat Malaysia apabila Jumlah dagangan Negara terus meningkat ketika MH370 Masih Hilang Lesap dan MH17 tidak sengaja ditembak oleh entah siapa.

Apabila diaplikasikan melalui Teknik menjawab Soalan Sains Bahagian B Sekolah Rendah. Meningkat adalah Trend Ekonomi Malaysia. Maka dapat disimpulkan dengan 

Jika meningkat Nahas Udara, Maka semakin meningkat jumlah dagangan Malaysia

Hampir tidak percaya pada mulanya. Merujuk Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia, Jumlah dagangan Malaysia meningkat berbanding tahun-tahun yang tidak berlaku sebarang Tragedi. Apakah agaknya Formula Ekonomi yang digunakan oleh pemimpin negara. Sumpah! Ia sungguh luar biasa sekali.

Jumlah Dagangan Malaysia pada Jun 2014 meningkat 8.5 peratus kepada RM118.5 bilion. Malah lebihan dagangan RM3.97 bilion telah dicatat dalam tempoh itu. 

Dipetik dari Utusan Malaysia. Sila rujuk Peningkatan Jumlah dagangan Malaysia Jika ada yang ragu-ragu mengenainya.

Tragedi Meningkatkan Ekonomi Malaysia

Ini adalah fakta. Tidak mungkin kenyataan ini satu penipuan kepada rakyat Malaysia. Ia dilaporkan di akhbar tempatan (utusan berita sahih) yang terlebih dahulu merujuk dari kenyataan para pemimpin negara yang jujur, malah mereka juga Beragama Islam. Sahabat Blogger dari Hootoh Blog mengalirkan air mata Jantanman kerana sungguh Bangga menjadi rakyat Malaysia. Sungguh dramatik sekali.

Malaysia Hebat Tidak Terkata

Sememangnya Pentadbiran Malaysia Hebat Tidak Terkata. Ekonomi Negara tidak pernah sekalipun menghadapi masalah setakat ini. Sentiasa saja Meningkat naik dan terus naik selama-lamanya. Walaupun Tragedi Menggegarkan Dunia menimpa negara, langsung tidak menjejaskan, malah Malaysia menjadi semakin maju pula. (Berpeluh) Tidak sia-sia Aku tegap berdiri di belakang Najib dan Rosmah. Sudah tentu Bonus menanti rakyat di akhir 2014 nanti.




Hebat Sungguh Program Transformasi Ekonomi Malaysia

Hebat Sungguh Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dilaksanakan Kerajaan yang telah berjaya menarik lebih ramai pelabur asing dari negara maju di seluruh dunia untuk membuka pelaburan di Malaysia (Ayat Senafas). Semakin senanglah Kehidupan Rakyat Malaysia nanti. Alhamdulillah Syukur

Hebat Sungguh Program Transformasi Ekonomi Malaysia

Hampir kesemua Pelabur Memuji Malaysia sebagai sebuah negara yang paling stabil dan mampu Menangani Tekanan dan Krisis dengan amat baik sekali. 

Model Ekonomi Baru (MEB) merupakan satu pelan yang hendak dicapai menerusi Program Transformasi Ekonomi (PTE). Matlamat MEB adalah untuk menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi dengan ciri keterangkuman dan kebolehmampanan menjelang 2020. Sila ke Apa itu MEB dan DEB oleh Kerajaan Malaysia untuk menjadi Sehebat Malaysia.

Integriti, Keikhlasan dan Ketelusan Program Transformasi Ekonomi

Usaha kerajaan dalam transformasi ekonomi, memperlihatkan Ketelusan, Keikhlasan dan Integriti Malaysia kepada pelabur asing. Selain kedudukan strategik Malaysia di rantau Asia Tenggara. Keyakinan Pelabur Asing terhadap sistem ekonomi di Malaysia amat tinggi. Ekonomi negara yang amat baik menarik minat pelabur menanam modal di Malaysia.

Ekosistem Ekonomi Kondusif di Malaysia

Kerajaan telah wujudkan satu ekosistem yang sesuai dan kondusif untuk para pelabur bukan sahaja dalam negara tetapi dari luar negara yang semakin meningkat. Prestasi yang Positif Program Transformasi Ekonomi telah terbukti dalam angka pertumbuhan ekonomi suku pertama 6.2 peratus. Pelaburan swasta meningkat dua digit dan pelaburan asing juga semakin meningkat.




linkreferral