Besi Kursani | Ilmu Hakikat Besi Kursani | Mantera Kebal Besi

Reactions: 
Besi Kersani | Ilmu Hakikat Besi Kursani | Kisah dan Info Mistik
Besi Kursani | Ilmu Hakikat Besi Kursani | Mantera Kebal Besi
Besi Kursani | Ilmu Hakikat Besi Kursani | Mantera Kebal Besi


Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa Mengisi belikat punggungku.
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak Bagaikan laksmana Melayu
~ Mantera Semerah Padi | M Nasir

Sekadar kisah kisah dahulu yang kuat aruhan mistiknya.
Yang pasti, Al Quran telah menceritakan kisah kejadian Adam yg sebenar-benarnya.
Kisah kersani sekadar bacaan infomasi mystic untuk pengetahuan sahaja
~ Raimi Syazwan

Kisah besi kersani di dalam tubuh manusia menurut kajian ilmu batin di Minangkabau adalah sebagai berikut:
Pada awalnya manusia (Adam) dibuat dari unsur api, angin (udara), air dan tanah. Unsur api menjadi darah, unsur angin menjadi urat, unsur air menjadi tulang dan tanah menjadi daging. Kemudian unsur tersebut dicampur dan dibentuk sebuah patung dan diberi ruh, maka hiduplah patung tersebut dan memiliki nyawa. Lalu untuk membuat Adam kokoh dan kuat, diambillah sedikit tiang arasy yang bernama basi karasani yang ditancapkan dari ubun-ubun sampai ke tulang ekor. Basi kursani ini menyatu bersama tulang punggung pada manusia. Ketika basi karasani ini ditancapkan kepada manusia, Adam berkeringat dan keringat inilah yang berubah menjadi sekalian jenis besi di muka bumi. Jadi dapat dikatakan bahwa besi yang ada di bumi takluk kepada besi karasani. Besi yang ada di muka bumi bisa menjadi lunak, jika kekuatan basi karasani itu dibangkitkan oleh pengamalnya.   
Baca artikel lain:

Adam dan Hawa | Kisah Penciptaan | Part I
Adam dan Hawa | Kisah Penciptaan | Part II
   
Untuk Masyarakat Melayu, Ilmu Hakikat Besi disebut Besi Kursani, yang merupakan saripati dari unsur besi yang terkadung dalam tanah pertama penciptaan Adam dan masih melekat pada generasi keturunannya. Kerananya, manusia yang memahami rahasia hakikat besi dalam tubuh, Insya Allah akan diselamatkan Sang Maha Kuat untuk dimakan oleh sekalian yang bernama besi dan sekalian yang bernama Bisa-racun.

Ilmu Besi Kursani ini, sudah teramat jarang yang menguasainya, dikeranakan guru-guru terdahulu sangat memilih-milih untuk menurunkannya.

Ilmu Besi Kursani ini biasanya diperuntukkan untuk keselamatan dimana saja dan bila saja waktu dalam perjalanan darat, laut, udara maupun hanya dirumah saja, untuk kesihatan, secara alamiah dan ilahiah dijauhkan dari pereputan tulang serta penyakit kronik dalam waktu yang lama, untuk mengaktifkan daya kebal tubuh, untuk membungkam musuh, untuk pemagaran benda berharga dari kejahatan atau kecurian, untuk meningkatkan daya pukulan, untuk mengesan bahaya dan racun dalam tempat dan makanan, dan untuk menembus kekebalan orang lain yang sombong prilakunya.

Untuk pengisian ilmu Besi Kursani ini selayaknya dilakukan oleh guru secara langsung.
Ada beberapa versi mantera besi kursani dikalangan keilmuan melayu menurut tingkat muasalnya.
Berikut ini adalah doa besi kursani :
Hai Besi Putih Besi Kursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Durhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Berkat doa Lailaha Illallah Muhammad rasulullah

Serta sebuah lagi mantera melayu tentang besi kursani iaitu:
Bissmillahirrahmanirrahim
Terdirilah besi kursani
Didalam batang tubuhku,
Dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Yahun kanda dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Fillah amri saina nan bangkit
Dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Sandalmanzud Rasulullahi salallahu alaihi wassalam
Qullahu ‘adzim. Alfatihah.


Versi Minangkabau, diamalkan oleh pandekar atau pengguna ilmu batin:
Terdiri Basi Karasani dalam batang tubuah aku
aku mengatahui laa hawla walla quwwata illa billahil 'aliyyil adzhim
Bangkik sagalo tali nan ditampuah angin,
aso kepado ambun jati.....''

Versi Malaysia yang diamalkan oleh Mat Kilau, pahlawan daerah Pahang
Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu ........

Versi Nusa Tenggara Timur
Nabi kursani palapisini
batang kalungku...
nabi adam ri tubuhku
nabi muhhammad ri bulungku
ALLAH taala ri nyawaku
berkat kun fayakun ......

Nota: Di ingatkan sekali lagi, artikel ini hanya sekadar pengetahun dan bahan bacaan biasa sahaja. 


والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab 
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right
 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature

Related Post:

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]



Post Author Raimi Syazwan Abdul Rashid
PERINGATAN: ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui blog ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian pemilik blog ini. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

28 comments:

  1. Tak terfikir pun nak cari tentang kursani walau selalu menyanyikan lagu M. Nasir, semerah padi. Tapi berbaloi gak baca benda ni, sebab saya baru sedar apakah makna kersani tersbeut Raimi. Haha..

    ReplyDelete
  2. Yang pernah diketahui dan didengari...

    Terdirilah Besi Khursani Di Dalam Batang Tubuhku Dek Aku Mengetahui La Hau La Wala Quwwata Illahil Aliyyil Azim.

    Illal Amri Syai'un Berbangkit Sandar Maujud Rasulullah Qauluhum Ajmain Syai'in Lillahilahum Alfatihah..

    Rabbil A'la Rabbil A'sir Ya Hun Kanda Asal Ku Teguh Ilal Liput Aku Di Dalam Hu Allah....

    Selepas bacaan di atas ianya diikuti dengan ayat penutup ataupun dipanggil kunci...

    Hanya yang benar benar Tamat mempelajarinya sahaja yang tahu KUNCI nya!Dengarnya Gang Kucing Merah Sealiran bunyinya!Alhamdulillah gunakan untuk kebaikan dan membantu bangsa melayu,InsyaAllah!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga ilmu besi kursani tidak luput,dan dikuasai sepenuhnya oleh bangsa2 melayu..Allah Hu Haq

      Delete
    2. Amalan kajian hak.. Sesiapa pernah mrmpelajari ilmu ini dr arwah abg gapur atau Lebai Yaakub semenyih pranang.. Sila hubungi sy 0177980692.. Fahmy muar.. Menjejak kasih bekas murid2 nya

      Delete
    3. Amalan kajian hak.. Sesiapa pernah mrmpelajari ilmu ini dr arwah abg gapur atau Lebai Yaakub semenyih pranang.. Sila hubungi sy 0177980692.. Fahmy muar.. Menjejak kasih bekas murid2 nya

      Delete
    4. This comment has been removed by the author.

      Delete
    5. Saudara lee
      .bhubungi sy jika berminat

      Delete
  3. Tanda-tanda ilmu besi khursani ini sebati dengan pengamalnya ialah:

    Mimpi bergaduh!seramai manapun musuh yang dihadapi pengamalnya akan menang.

    Seluruh bulu roma akan naik apabila setiap kali bersin.

    Barang diingat mengamalkan ayat ini akan sia-sia umpama menghafal lirik lagu sekiranya tidak memahami bari baris ayat tersebut.Contonya bagi ayat "Terdirilah besi khursani di dalam batang tubuh aku.....",si pengamal perlu tahu dimanakah yang dimaksudkan terdirinya besi khursani tersebut pada anggota tubuh badab si pengamal....

    ReplyDelete
  4. Hai Besi Putih Besi Khursani
    Besi Pelilit di pinggangku
    Kuat aku seperti Saidina Ali
    Gagah aku seperti Saidina Hamzah
    Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu ........
    ~ Mat Kilau


    ReplyDelete
  5. Hai Besi Putih Besi Khursani
    Besi Pelilit di pinggangku
    Kuat aku seperti Saidina Ali
    Gagah aku seperti Saidina Hamzah
    Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu ........

    Keratan di atas bukanlah KUNCI penutup pengamal ayat besi khursani!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan, bagaimanakah cara kita nak mengamalkan ilmu besi kursani ini. Saya anggota Polis. Minta tunjuk ajar dari tuan dari permulaan hingga akhirnya. Semoga tuan simpati keatas saya yang cetek ilmu ini.

      Delete
    2. Di mana saya boleh belajar ilmu ini
      Saya ingin mengetahui lebih mendalam lagi
      Ini no saya 0195561128

      Delete
    3. Dimana saya boleh belajar ilmu ini
      Saya ingin belajar lebih mendalam lagi
      Ini no saya 0192744128

      Delete
  6. Kunci nye ape. .bole jgak sy bt amal..untk kluarga.bangsa.agama n negara.

    ReplyDelete
  7. ada no tel untuk di hubungi x...
    fb b0yb0ya boy tel 014 264 2979

    ReplyDelete
  8. ada no tel x... 014 264 2979 boy
    fb boyboya boy
    makasihh

    ReplyDelete
  9. Ilmu ini guna besi kursani emas atau yg silver?

    ReplyDelete
  10. sya pngamal kjian haq..alhamdulillah dngan brkt ilmu yg diajar dn keizinan yg maha kuasa...sya brdiri tguh...

    ReplyDelete
  11. Ade sape2 boleh ajar saya tak..saya dah lama nak ilmu nie..

    ReplyDelete
  12. terdirilah besi kursani didalam diri batang tubuhku, tegak lah selurusnya dik aku hendak mengetahuinya..
    La Hau La Wala Quwwata Illahil Aliyyil Azim.. lenyap lah aku didalam kalimah La illa ha illah.. jika sesiapa na belajar, jmpe la ngn budakx2 kucing..Insha Allah dgn inzin Allah anda dpt pelajarinye

    ReplyDelete

  13.   

    Hei besi, besi kursani,
    Besi menilik tujuh anggota aku,
    Hei besi datang besi aku nanti,
    Timah datang timah aku nanti,
    Kayu datang kayu aku nanti,
    Hei seri kebal,
    Dengan berkat kata,
    Lailahaillallah Muhammadurrasulullah,
    Kulit aku, jadikan batu yang pejal,
    Tulang aku, jadikan besi yang tebal.
    -bole k ayt ni d amalkan tanpa brguru

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh di amalkan dengan syarat ada penunjuk ajar.. Bahaya jika beramal tanpa guru

      Delete
  14. Terdirilah besi kursani dalam diri batang tubuhku,
    Dek aku nak mengetahui lahaulawala quwatailla billahil a'liyilazim,
    Lenyapkanlah aku dlm kalimah lailla haillallah..bla bla bla bla..hu allah!

    ReplyDelete
  15. As,salam..saya pernah masuk geng budak kucing merah ada kuku mcm tu la..masa pergi ambil ayat besi kursani kena jumpa seorg haji x ingat nama nye dah lama..dia yg kunci kan ilmu ni di belakang badan saya..memang berkesan jika amalkan baca ayat besi kursani ni..bila kawan saya tumbuk di belakang badan xterasa sakit dan cuma badan kita berganjak..xtau la ilmu ni boleh amal atau pun x..dah lama x amalkan takut jadi lain..lagi satu kawan saya kata x boleh makan hati ayam sebab akan derhaka..minta yg pakar berhujah pasal ilmu ni..

    ReplyDelete
  16. Assalammualaikum....w.b.t

    sy ank murid arwah paksu din..
    sy harap kalian lebih baik jgn amalkn sendirian tanpa mengetahui maksud dan cara nk mengamalknnya sehingga brjmpa dgn guru utk belajar..belajarlah sehingga pemutus oleh guru.in sha Allah kita beramal dgn yakin bahawa Allah yg berbuat semua..marilah kita ramai2 sedekahkn al fatihah pd guru sy..semoga allah merahmati pmergiannya..Amin..Al fatihah...

    ReplyDelete

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral abcseoxyz