Showing posts with label Mystic. Show all posts
Showing posts with label Mystic. Show all posts

Kisah Pengalaman Seram Lebuhraya Karak

Kisah Pengalaman Seram Lebuhraya Karak


Kisah Pengalaman Seram Lebuhraya Karak Malaysia. Cerita Hantu Lebuhraya Karak dan Fenomena Seram tetap menjadi Misteri Lebuhraya Karak. Terlalu banyak koleksi kisah aneh lebuhraya yang penah kita dengar, hingga ada diataranya di jadikan Filem dan Drama seram di kaca televisyen Malaysia. 


Kata-kata Seram seperti Lebuhraya Karak Berhantu, Kawasan Keras di Lebuhraya, Kejadian Kemalangan Aneh seperti yang diceritakan Blog Dop Paka Sikit Arang. Namun, persoalan  misteri yang bermain di fikiran saya ialah Di antara banyak-banyak lebuhraya di Malaysia, Kenapa Lebuhraya Karak Sangat Popular dalam cerita-cerita seram ini? Adakah Fenomena Paranormal Lebuhraya Karak sememangnya kejadian sebenar.

Baca selanjutnya di SERAM! Kisah Berhantu Lebuhraya Karak dan Fenomena Misterinya. Mungkin ada yang belum penah anda dengari.




Misteri Lagu Gloomy Sunday | Lagu Puaka

Gloomy Sunday yang misteri dan dianggap berpuaka merupakan lagu yang dicipta oleh seorang penggubah lagu bernama Reszo Seress yang berketurunan Hungary. Misteri lagu Gloomy Sunday masih terpendam hingga hari ini. Resza Seress yang bercita-cita menjadi penggubah lagu terkenal pada asalnya adalah lelaki yang terpinggir dan hampir semua hasil seninya dianggap sampah oleh penerbit muzik ketika itu.

Misteri Lagu Gloomy Sunday | Lagu Puaka Mystic

Namun pada suatu Ahad, hari bersejarah yang merubah segalanya. Pada hari tersebut berlakunya pertengkaran hebat antara Seress dan tunangnya berhubung kerjayanya mengundang perpisahan di antara mereka disulami dendam dan benci di antara satu sama lain. Selepas pertengkaran tersebut Seress duduk di hadapan piano di rumahnya sambil merenung langit menerusi tingkap. Cuaca yang mendung ketika itu mula bertukar suasana apabila hujan mulai turun. Ahad yang suram (Gloomy Sunday), Seress berkata sendiri sambil memetik piano dan jarinya mula memainkan melodi seolah-olah mencerminkan kekecewaan yang dirasakan sewaktu berpisah dengan tunangnya. “ Ya! Ahad yang suram (Gloomy Sunday), Itu akan menjadi tajuk lagu baru aku! ” kata Suress sendirian. Dengan gembira, dia mencapai pensel lalu menulis nota muzik dan selesai menggubah lagu itu dalam masa 30 minit.

Mempertaruhkan lagu Gloomy Sunday, Seress telah menghantar lagu itu kepada seorang penerbit muzik namun ditolak kerana melodi Gloomy Sunday terlalu menyedihkan dan mereka tidak dapat menerimanya. Reszo Seress agak kecewa, selang beberapa hari beliau sekali lagi menghantar Gloomy Sunday kepada penerbit lain dan kali ini ia diterima. Penerbit berkenaan memberitahu Seress bahawa lagunya akan diedarkan ke seluruh dunia dan ini cukup menggembirakan Seress. Namun beberapa bulan selepas Gloomy Sunday disiarkan berlaku Misteri dan kejadian aneh yang semuanya dikaitkan dengan lagu berkenaan.


Misteri lagu Gloomy Sunday | Lagu Puaka.

Misteri Pertama
Di Berlin, seorang lelaki meminta lagu Gloomy Sunday dimainkan dan kemudian dia kembali ke rumah lalu menembak kepalanya selepas mengadu amat tertekan dengan melodi lagu itu yang sentiasa bermain di dalam fikirannya.

Misteri Kedua
Seminggu kemudian di bandar sama seorang pembantu kedai wanita ditemui tergantung di rumahnya. Polis yang menyiasat kes itu menemui salinan lagu Gloomy Sunday di dalam bilik tidur gadis itu.

Misteri Ketiga
Seorang setiausaha muda di New York telah membunuh diri. Pada nota yang ditemui dia meminta agar lagu Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya.

Misteri Keempat
Beberapa minggu kemudian seorang lagi penduduk New York berusia 82 tahun membunuh diri dengan melompat dari tingkat tujuh pangsapurinya selepas memainkan lagu Gloomy Sunday dengan piano. Tidak lama kemudian seorang remaja di Rome yang mendengar lagu itu membunuh diri dengan melompat dari jambatan.

Misteri Kelima
Sebuah akhbar melaporkan kes seorang wanita di utara London yang memainkan lagu berkenaan sebanyak 78 kali tanpa henti di rumahnya sehingga menakutkan dan menaikkan kemarahan jirannya. Mereka mengetuk rumah wanita berkenaan tetapi tiada sebarang jawapan. Mereka akhirnya memecah masuk ke dalam rumah itu dan mendapati wanita berkenaan sudah meninggal dunia.

Misteri Keenam
Kematian demi kematian aneh yang dikaitkan dengan Gloomy Sunday memaksa pegawai atasan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melarang lagu itu dimainkan. Keanehan itu turut dirasakan penggubahnya, Seress. Dia kemudiannya telah menulis surat kepada bekas tunangnya agar mereka berbaik semula. Namun beberapa hari kemudian dia menerima berita mengejutkan apabila polis memberitahu tunangnya membunuh diri dengan meminum racun. Di sisi mayatnya salinan lagu Gloomy Sunday ditemui.

Pada akhir 1930-an, apabila dunia memerangi Adolf Hitler lagu berkenaan telah dilupakan. Salinan lagu ini masih boleh didapati tetapi tidak ramai berani mendengarnya selepas mengetahui sumpahannya. Namun Misteri tidak berhenti di situ sahaja apabila beberapa tahun kemudian ianya berlaku sekali lagi.

Misteri Ketujuh
Januari 1968, selepas 35 tahun berlalu kini giliran Reszo Seress menjadi mangsa. Dia gagal membunuh diri dengun terjun dari bangunan. Tidak lama kemudian dia ditemui mati gantung diri dengan menggunakan wayar di hospital.

Misteri Kelapan
Tahun 1997, Billy Mackenzie penyanyi yang merakam lagu Gloomy Sunday pada tahun 1982 juga mati membunuh diri di rumah ayahnya.

~ Misteri lagu Gloomy Sunday | Lagu Puaka




Kisah Harut dan Marut | Info Pengenalan

Kisah Harut dan Marut
Kisah Harut dan Marut | Info Pengenalan

Kisah Harut dan Marut dan Info pengenalan mengenai Harut dan Marut

Harut dan Marut adalah antara malaikat yang diciptakan oleh Allah tetapi tidak tersenarai dalam 10 malaikat yang wajib diketahui.

"Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui."
(Surah Al-Baqarah, ayat 102)

Raja Babylon ketika itu, ialah Raja Namrud dan beliau amat meminati sihir yang diajar oleh malaikat-malaikat tersebut. Ajaran-ajaran sihir ini telah diturunkan sehinggalah ke hari ini dalam pelbagai bentuk seperti jampi dan mentara.

Selain itu terdapat juga kisah mengenai Harut dan Marut (tidak terdapat di dalam Al Quran) yang dikatakan turun ke bumi sebagai manusia. Mereka yakin bahawa manusia tidak mempunyai banyak cubaan, maka Allah memberi mereka nafsu yang dimiliki oleh manusia. Sebaik sahaja mereka jatuh ke bumi mereka telah dijemput oleh seorang wanita kerumahnya. Mereka telah diberi pilihan, iaitu berzina, membunuh, atau minum arak. Mereka memilih arak kerana menyangka arak merupakan dosa yang paling ringan. Akibat meminum arak mereka menjadi mabuk dan telah berzina dengan wanita tersebut dan kemudian membunuhnya. Selepas itu Allah memberi mereka dua pilihan iaitu diseksa di dunia atau di alam akhirat. Memandangkan hidup di dunia hanya sementara berbanding akhirat, mereka mengambil hukuman di dunia. Mereka dikatakan digantung secara terbalik disebuah gua di Babil.

Info: wikipedia


والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab 
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right

 ☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Besi Kursani | Ilmu Hakikat Besi Kursani | Mantera Kebal Besi

Besi Kersani | Ilmu Hakikat Besi Kursani | Kisah dan Info Mistik
Besi Kursani | Ilmu Hakikat Besi Kursani | Mantera Kebal Besi
Besi Kursani | Ilmu Hakikat Besi Kursani | Mantera Kebal Besi


Hei! kersani mengalir lah dikau
Menjadi raksa Mengisi belikat punggungku.
Agar aku bisa berdiri
Tegap dan segak Bagaikan laksmana Melayu
~ Mantera Semerah Padi | M Nasir

Sekadar kisah kisah dahulu yang kuat aruhan mistiknya.
Yang pasti, Al Quran telah menceritakan kisah kejadian Adam yg sebenar-benarnya.
Kisah kersani sekadar bacaan infomasi mystic untuk pengetahuan sahaja
~ Raimi Syazwan

Kisah besi kersani di dalam tubuh manusia menurut kajian ilmu batin di Minangkabau adalah sebagai berikut:
Pada awalnya manusia (Adam) dibuat dari unsur api, angin (udara), air dan tanah. Unsur api menjadi darah, unsur angin menjadi urat, unsur air menjadi tulang dan tanah menjadi daging. Kemudian unsur tersebut dicampur dan dibentuk sebuah patung dan diberi ruh, maka hiduplah patung tersebut dan memiliki nyawa. Lalu untuk membuat Adam kokoh dan kuat, diambillah sedikit tiang arasy yang bernama basi karasani yang ditancapkan dari ubun-ubun sampai ke tulang ekor. Basi kursani ini menyatu bersama tulang punggung pada manusia. Ketika basi karasani ini ditancapkan kepada manusia, Adam berkeringat dan keringat inilah yang berubah menjadi sekalian jenis besi di muka bumi. Jadi dapat dikatakan bahwa besi yang ada di bumi takluk kepada besi karasani. Besi yang ada di muka bumi bisa menjadi lunak, jika kekuatan basi karasani itu dibangkitkan oleh pengamalnya.   
Baca artikel lain:

Adam dan Hawa | Kisah Penciptaan | Part I
Adam dan Hawa | Kisah Penciptaan | Part II
   
Untuk Masyarakat Melayu, Ilmu Hakikat Besi disebut Besi Kursani, yang merupakan saripati dari unsur besi yang terkadung dalam tanah pertama penciptaan Adam dan masih melekat pada generasi keturunannya. Kerananya, manusia yang memahami rahasia hakikat besi dalam tubuh, Insya Allah akan diselamatkan Sang Maha Kuat untuk dimakan oleh sekalian yang bernama besi dan sekalian yang bernama Bisa-racun.

Ilmu Besi Kursani ini, sudah teramat jarang yang menguasainya, dikeranakan guru-guru terdahulu sangat memilih-milih untuk menurunkannya.

Ilmu Besi Kursani ini biasanya diperuntukkan untuk keselamatan dimana saja dan bila saja waktu dalam perjalanan darat, laut, udara maupun hanya dirumah saja, untuk kesihatan, secara alamiah dan ilahiah dijauhkan dari pereputan tulang serta penyakit kronik dalam waktu yang lama, untuk mengaktifkan daya kebal tubuh, untuk membungkam musuh, untuk pemagaran benda berharga dari kejahatan atau kecurian, untuk meningkatkan daya pukulan, untuk mengesan bahaya dan racun dalam tempat dan makanan, dan untuk menembus kekebalan orang lain yang sombong prilakunya.

Untuk pengisian ilmu Besi Kursani ini selayaknya dilakukan oleh guru secara langsung.
Ada beberapa versi mantera besi kursani dikalangan keilmuan melayu menurut tingkat muasalnya.
Berikut ini adalah doa besi kursani :
Hai Besi Putih Besi Kursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu
Jangan engkau makan hati yang putih
Engkau makan darah dan daging
Jikalau engkau makan hati yang putih
Durhaka engkau kepada Allah,
Hai Kaddam Kuddim
Keluarlah engkau daripada tempat yang jahat
Ke tujuh petala langit dan ke tujuh petala bumi
Keluarlah engkau daripada tempatnya
Berkat doa Lailaha Illallah Muhammad rasulullah

Serta sebuah lagi mantera melayu tentang besi kursani iaitu:
Bissmillahirrahmanirrahim
Terdirilah besi kursani
Didalam batang tubuhku,
Dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Yahun kanda dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Fillah amri saina nan bangkit
Dek aku mengetahui
Laahaula wa laa quataillabillahi ‘aliyul ‘adzim,
Sandalmanzud Rasulullahi salallahu alaihi wassalam
Qullahu ‘adzim. Alfatihah.


Versi Minangkabau, diamalkan oleh pandekar atau pengguna ilmu batin:
Terdiri Basi Karasani dalam batang tubuah aku
aku mengatahui laa hawla walla quwwata illa billahil 'aliyyil adzhim
Bangkik sagalo tali nan ditampuah angin,
aso kepado ambun jati.....''

Versi Malaysia yang diamalkan oleh Mat Kilau, pahlawan daerah Pahang
Hai Besi Putih Besi Khursani
Besi Pelilit di pinggangku
Kuat aku seperti Saidina Ali
Gagah aku seperti Saidina Hamzah
Alhamdu, Alhamdu, Alhamdu ........

Versi Nusa Tenggara Timur
Nabi kursani palapisini
batang kalungku...
nabi adam ri tubuhku
nabi muhhammad ri bulungku
ALLAH taala ri nyawaku
berkat kun fayakun ......

Nota: Di ingatkan sekali lagi, artikel ini hanya sekadar pengetahun dan bahan bacaan biasa sahaja. 


والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab 
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right
 ☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Mimpi yang sering dialami Wanita | Rahsia | Tafsir | Erti | Mimpi Wanita

Mimpi yang sering dialami Wanita | Rahsia | Tafsir | Erti | Mimpi Wanita

Mimpi yang sering dialami oleh wanita atau perempuan pada umumunya. Ketahuilah rahsia, tafsir dan erti mimpi yang sering dialami oleh wanita.

Wanita ternyata cenderung mempunyai mimpi yang lebih 'liar' daripada lelaki.
Faktanya, berbanding lelaki, wanita juga lebih sering mengalami mimpi buruk.
Hal ini menurut penelitian dari pasukan University of the West of England, Inggeris.

Merujuk statistik The Sun, dari 19 peratus lelaki yang mengalami mimipi buruk, ada 30 peratus wanita yang juga bermimpi buruk.
Diperkirakan hal ini terjadi kerana naik turun hormon pada wanita.
Hal ini mencetuskan perubahan suhu tubuh dan membuat wanita lebih sering bermimpi buruk dan aneh.

Diketahui ada lima mimpi, yang sering dialami wanita.
Ketahui apa saja mimpi-mimpi tersebut dan ertinya.

1. Terbang, melonjak atau memekik
Erti dari mimpi ini adalah, anda sedang melalui tempoh positif perubahan personaliti. Fikirkanlah secara matang, apa yang terbaik bagi anda. Maksimumkan kemahiran pada hal tersebut dan lakukan pembaikan untuk menutupi kekurangan.

2. Menghabiskan masa bersama dengan selebriti, teman-teman atau rakan kerja yang seksi
Mimpi ini klasik dan menggambarkan keinginan memenuhi secara simbolik. Fikiran anda saat tidur, terbawa ke tempat menyenangkan, yang tak berani anda datangi di kehidupan nyata. Nikmati saja mimpi ini, kerana tak ada yang dianiaya. Jika memang anda ingin mengejarnya, lakukan saja. Tapi pastikan tak ada yang tersakiti.

3. Mencari wang atau datang ke sebuah pesta
Hal ini boleh menjadi memenuhi keinginan atau melambangkan sesuatu yang terjadi pada anda. Tidak selalu harus berkaitan dengan wang. Cari tahu apa yang membuat anda 'mapan' secara emosi. Baik dalam hal karier mahupun hubungan. Fokuslah pada hal ini kerana akan membuat anda lebih percaya diri menghadapi rintangan yang ada.

4. Menjadi anak baik di sekolah
Ada seseorang yang ingin anda buat bangga dan senang, boleh atasan, rakan sekerja atau pasangan. Kembali ke usia sekolah melambangkan waktu ketika kita harus menyenangkan orang seperti guru. Ketahui alasan mengapa anda mempunyai keinginan untuk menyenangkan orang lain. Adakah anda cuba untuk mendapatkan citra baik di depan mereka? Atau, mungkin, anda berusaha terlalu keras dan jadi obsesi?

5. Memiliki rambut menawan, tubuh seksi dan penampilan yang lebih menarik
Ini juga mimpi klasik, iaitu mempunyai penampilan sempurna. Atau mungkin, secara sedar anda merasa sangat percaya diri dengan kualiti yang dimiliki. Fokuslah meningkatkan hal-hal positif dari keperibadian dan bukan aspek fizikal. Lalu, ia akan menular pada orang-orang dikasih.

 ☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Kisah Seram | Makhluk itu Bergigi Taring




AMARAN: Bukan untuk bacaan kanak-kanak di bawah umur. Juga bukan untuk mereka yang lemah semangat dan  tinggi kandungan kolestrol dalam darah. Saya tidak bertanggungjawab atas sebarang kemalangan jiwa atau metal.

Halim tak sedap hati. Sudah hampir 2 jam rakan-rakan serumahnya keluar membeli burger Ramlee di tepi jalan besar di hujung kampung. Namun kelibat mereka masih belum kelihatan.

Perut Halim sudah berkeroncong mendendangkan lagu Justin Bieber, Jalil Hameed dan Maher Zain. Diorang ni pergi beli burger ke buat burger? Rungut Halim di dalam hati. Halim yang memakai kain pelikat dan pagoda putih tak senang duduk. Sekejap dia berdiri, sekejap dia duduk. Kadang-kadang di ke pangkin rumah untuk menjenguk kalau-kalau rakan-rakannya itu sudah pulang. Jam sudah pun menunjukkan pukul 10.30 malam.

Aku pun satu, kenapalah tak ikut diorang tadi..?

Halim bukan apa, dia penakut sebenarnya. Rumah sewa mereka terletak di hujung kampung, agak jauh daripada rumah-rumah yang lain. Selain lampu rumah Halim, tiada lampu lain yang dipasang di kawasan yang berdekatan menjadikan sekitar kawasan rumah Halim itu agak gelap.

Tidak jauh daripada rumah itu mengalir sebatang sungai yang bunyi airnya amat jelas kedengaran di waktu-waktu malam sebegini. Bunyi unggas dan serangga hutan turut memeriahkan suasana malam di kampung itu. Halim menonton televisyen untuk menghilangkan kerisauan dan kebosanannya. Sedang dia khusyuk menonton siaran ulangan Siti Kelembai, tiba-tiba bekalan elektrik terputus. Gelap.

Sudah.

Halim duduk diam terkedu. Dia menjangkakan gangguan elektrik itu sebentar sahaja kerana kejadian sebegitu rupa sering terjadi di kampungnya. Namun setelah lama menunggu, tiada apa yang berlaku. Pelik. Yang lebih pelik, gelapnya luar daripada biasa. Halim tidak berupaya melihat apa-apa, walaupun sudah 4-5 minit berlalu.

Halim juga perasan yang persekitarannya juga tiba-tiba sahaja sunyi. Langsung tidak kedengaran bunyi sungai yang mengalir atau unggas yang bekercipan. Halim rasa kalau ada sehelai daun yang jatuh pasti dapat didengarinya dalam keadaan yang sungguh sunyi itu.

Halim bangun dari tempat duduknya. Dia berjalan dengan berhati-hati menuju ke arah kotak fius elektrik di luar rumah. Halim berasa agak gelisah sebenarnya. Namun dia lebih rela untuk keluar rumah dalam keadaan yang gelap gelita daripada duduk diam tidak berbuat apa menunggu bekalan elektrik berfungsi semula. Dia membuka pintu rumahnya perlahan-lahan. Dia perlu berhati-hati kerana jika tidak, dia mungkin tersadung sesuatu menyebabkannya terjatuh tangga.

Dia meraba-raba, mencari kotak fius di tepi dinding rumah. Matanya mula terbiasa dengan keadaan yang gelap itu. Samar-samar dia mula dapat melihat sekeliling. Dia akhirnya berjaya mencari kotak fius itu. Dia mencuba-cuba menarik tombol di dalam kotak itu, namun tiada perubahan. Dia melihat sekeliling; langsung tiada sebarang sumber cahaya. Ini bukan rumah aku je yang kena ni..

Tiba-tiba Halim mendengar sesuatu. Sayup-sayup dia dapat mendengar bunyi air sungai tidak jauh daripada rumahnya itu. Tetapi ini bukan bukan bunyi air mengalir; tetapi bunyi seolah-olah ada sesuatu yang sedang melintasi sungai itu.

Gulp.

Halim mula berasa tidak sedap hati. Entah kenapa bulu roma di belakang lehernya tiba-tiba menegak. Dia mengambil keputusan untuk masuk semula ke dalam rumah. Ketika dia berpusing untuk masuk semula ke dalam rumah, matanya menangkap sesuatu tidak jauh daripada tempat dia berada. Dia ternampak bayangan seekor binatang berkaki empat sedang berlari laju. Bukan harimau. Bukan juga rusa. Binatang apa berwarna putih berkilat..? Sumpah dia nampak ada suatu makhluk yang berlari.

Halim cepat-cepat masuk ke dalam rumahnya dan menghempas pintu, menutup dan menguncinya rapat-rapat. Jantungnya berdegup lebih 150 degupan seminit. Peluh dingin mula membasahi dahi dan ketiaknya. Halim perlahan-lahan berundur ke belakang, sambil telinganya cuba menangkap apa-apa bunyi yang mungkin ada. Tiba-tiba Halim tersadung sesuatu. Dia lantas jatuh terlentang.

Halim kebingungan. Dan ketakutan. Seingatnya, tiada apa di laluannya ketika dia keluar memeriksa kotak fius tadi. Halim sengaja membiarkan dirinya terbaring lama, separuh sebabnya kerana dia memang kesakitan. Separuh lagi kerana dia tidak berani untuk berhadapan dengan realiti. Dia teringat ketika dia tersadung  sesuatu tadi, betisnya dapat merasakan sesuatu itu seperti berbulu.

Halim perlahan-lahan bangun. Dia memberanikan juga dirinya untuk melihat ke belakang. Dia seperti tidak percaya apa yang dilihatnya.

"Wan..!! Ya Allah..! Bila kau balik...?? Kenapa aku tak perasan kau balik..? Li ngan Mat mana..??"

Entah kenapa Halim begitu teruja melihat rakan serumahnya, Safwan berada di depan matanya. Mungkin di keadaan sebegini dia amat memerlukan teman. Tapi Safwan kelihatan amat pucat dan tidak bermaya. Rambutnya kusut masai. Walaupun gelap, Halim masih dapat melihat pakaian Safwan compang camping dan sedikit kotor, seolah-olah Safwan baru keluar dari hutan.

"Wan..? Wan? Wan! Kau ni kenapa..? Ko ok tak ni..??"

Safwan tidak menjawab. Halim menggoncang-goncangkan tubuh rakannya itu, tetapi Safwan masih tidak memberikan sebarang respon. Halim sedikit kaget kerana tubuh badan Safwan sangat sejuk. Seperti mayat.

Halim melepaskan badan rakannya itu. Dia merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Dia mula menjauhkan dirinya daripada rakan serumahnya itu. Ini bukan Safwan. Bukan.

Sekadar nak menyerikan suasana. Hihihi..
Tiba-tiba henpon Halim berbunyi. Syukurlah! Dia segera mendapatkan henponnya itu, yang diletakkan di atas meja makan di ruang tamu. Nada dering 'Insha-Allah' nyanyian Maher Zain masih berbunyi rancak ketika Halim memegang henponnya itu. Halim rasa seperti nak terkencing apabila melihatkan nama yang terpapar di skrin henpon Sony Ericsson W980nya itu.

Safwan.

Halim terketar-ketar, menekan butang hijau dan mendekatkan henpon ke telinganya. Dia dapat mendengar dengan jelas suara Safwan memanggil-manggil namanya di talian. Henponnya itu terlepas daripada pegangannya. Ini mustahil.

Halim memberanikan diri untuk memandang 'kawannya' yang masih terduduk di atas lantai itu. Tiba-tiba Safwan, atau makhluk yang menyerupai Safwan, yang semenjak tadi hanya tertunduk, mengangkat kepalanya perlahan-perlahan. Dia menoleh dan memandang tepat ke arah Halim. Kemudian dia tersenyum. Senyuman yang bisa membuatkan mana-mana nenek yang sakit jantung dan darah tinggi menempah lubang kubur ketika itu juga.

Dan makhluk itu bergigi taring. Cukup panjang dan tajam. Pasti tiada masalah untuk memakan ayam goreng KFC. Halim menelan air liurnya. Ini Drakula.

Entah mengapa Halim seperti terpaku di tempatnya. Dia takut. Sangat takut. Tetapi kakinya kejang, kebas. Dia langsung tidak dapat menggerakkan kakinya. Drakula itu mula bangun perlahan-lahan. Dia langsung berjalan ke arah Halim. Halim terketar ketakutan. Ya Allah, selamatkan hambaMu ini ya Allah! Aku banyak lagi dosa padaMu, jangan matikan aku lagi!

Halim mahu menjerit, atau membaca doa-doa yang diingatinya, atau melaungkan azan. Tetapi lidahnya kelu tidak dapat berbicara. Halkumnya seperti beku, tidak lagi dapat berfungsi. Halim benar-benar dalam ketakutan yang amat. Drakula itu semakin dekat. Senyumannya juga semakin menakutkan.

"Haaaaaliiiimmmmm..."

Si Drakula mendengus perlahan.

"Haaaaaliiiiimmmmm..."

Si Drakula semakin dekat. Tinggal dua tiga kaki sebelum Drakula itu sampai kepada Halim. Halim tak perasan pun seluar dalamnya sudah basah. Dia betul-betul ketakutan.

Akhirnya si Drakula berada betul-betul di depan Halim. Dia mula mengangkat kedua tangannya perlahan-lahan. Halim menangis ketakutan. Sumpah seumur hidup dia tak pernah rasa takut sebegitu. Halim tidak mampu berbuat apa-apa. Dia pasrah. Dia menyerahkan segala-galanya kepada Allah. Ketika itu dia mula terbayangkan mak dan ayahnya di kampung. Hutang-hutangnya yang masih belum dilangsaikan. Juga anak dara Pak Abu yang sering diusiknya.

Kedua tangan si Drakula diletakkan di atas bahu Halim. Drakula itu kemudian perlahan-lahan menunduk ke depan, dengan kepalanya diletakkan di tepi leher Halim, bersedia untuk menghisap darah Halim. Halim memejamkan matanya sekuat hati. Tak sangka aku mati digigit Drakula. Halim sudah bersedia untuk menerima sebarang kemungkinan, apabila si Drakula berbisik perlahan...

"Selamat Hari Lahir kedua puluh lima Halim..."

Wahahahahaha.. Tiba-tiba si Drakula ketawa sekuat hati terguling-guling. Drakula itu memegang perutnya menahan gelak, tidak tertahan lagi. Tiba-tiba bekalan elektrik terpasang semula. Rumah Halim cerah semula. Televisyen yang sedang ditontonnya tadi bersiaran semula.

"Seppprrraaaaisss...!!"

Li dan Mat, dua lagi rakan serumahnya menerjah masuk ke dalam rumah sambil memegang kek Secret Recipe yang mereka beli di bandar petang tadi. Chocolate Indulgence. Dua batang lilin besar dan lima batang lilin kecil terpacak di atas kek. Wajah mereka berdua cukup berseri-seri. Tersenyum lebar hingga ke telinga. Anak dara Pak Abu, si Melah  dan beberapa lagi kenalan turut serta.

Mereka menyanyikan lagu 'Allah Selamatkan Kamu' beramai-ramai sambil menepuk tangan dengan rancak dan gembira sekali.

Malam itu Kampung Selero Minang kecoh dengan bunyi bising anak-anak muda terjerit-jerit seperti orang gila. Penduduk kampung yang keluar melihat, sangat yakin yang mereka ternampak seorang anak muda berkain pelikat berbaju pagoda mengejar beberapa orang  yang ketawa mengilai dengan parang panjang Siam.

Tamat.

Penulis|Sumber: Inche Gabbana


 ☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Histeria | Fakta-fakta Tentang Histeria

Histeria | Fakta-fakta Tentang Histeria

Fakta-fakta Tentang Histeria
  • Apabila seseorang itu mengalami histeria, gangguan itu dengan pantasnya akan merebak dan berjangkit kepada rakan atau kelompok manusia yang ada berhampirannya. Ia mampu merebak kerana jin yang mencetuskan histeria itu banyak malah kelompok manusia yang dirasuk juga turut memiliki tahap psikologi sama iaitu turut memendam tekanan dan kebimbangan.
  • Histeria biasanya disebabkan makhluk halus yang tidak bertuan. Kebiasaannya makhluk itu merasuk mangsa bagi membalas perbuatan mangsa yang mengganggu atau merosakkan kediaman mereka seperti di padang atau hutan. Namun begitu, ada juga kes histeria yang berpunca daripada makhlus halus yang bertuan. Maka ini termasuklah dalah kategori sihir.
  • Jin atau makhluk halus ini merasuk dan mengganggu minda mangsa sehingga menyebabkan mangsa tidak sedar apa yang berlaku dan hilang kawalan diri.
  • Jenis tekanan yang boleh mencetuskan histeria adalah bimbang keterlaluan (contohnya pelajar yang ingin mengambil peperiksaan); ketegangan terlampau yang tidak diluahkan (mangsa memendam tekanan dan perasaan marah tanpa diluahkan, contohnya mangsa buli atau teraniaya); menghadapi tekanan dalam keluarga yang berpecah belah dan berkonflik sehingga hidup tidak tenang; tekanan tempat kerja; tekanan dalam rumah tangga.
  • Mereka yang memiliki kekuatan rohani (batiniah) jarang histeria selain kuat beribadat, sabar, tidak berputus asa.

 ☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Histeria | Rasuk | Perbezaan | Faktor-faktor Berlakunya

Histeria | Rasuk | Perbezaan | Faktor-faktor Berlakunya

Perbezaan Di Antara Histeria Dan Kerasukan
Seringkali kita tidak dapat membezakan di antara histeria dan rasukan.
Istilah histeria merujuk kepada gangguan yang berlaku terhadap ramai pesakit.
Sekiranya gangguan yang berlaku terhadap individu, maka ia diistilahkan sebagai rasuk.
Ertinya, histeria dan rasukan makhluk halus sememangnya ada unsur persamaan.

Faktor-faktor Berlakunya Histeria Dan Kerasukan 


  • Gangguan oleh manusia terhadap kediaman jin secara tidak sengaja sehingga menimbulkan kemarahan jin tersebut.
  • Individu yang bercakap besar dan takbur serta tidak menjaga adab khususnya di tempat yang agak ‘keras’.
  • Kecuaian manusia yang mungkin menyakiti jin secara tidak sengaja.
  • Manusia berpeleseran pada ketika syaitan berkeliaran.
  • Emosi yang tidak terkawal: Stress, terlalu marah, terlalu takut, terlalu sedih, cemburu, terlalu gembira, terlalu sakit, nafsu syahwat yang tinggi.
  • Gangguan sihir.
  • Gangguan saka.
  • Kecelaruan emosi tahap kritikal akibat tekanan jiwa yang berpanjangan yang mungkin berpunca daripada masalah rumahtangga, masalah kerja, masalah alam sekeliling.
  • Jiwa yang lemah (tiada kekuatan ruh).
  • Melakukan amalan yang bercanggah dengan syarak seperti memuja roh atau menghadirkan roh.
  • Jin jatuh cinta pada manusia.

 ☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Histeria | Simptom-simptom Histeria

Histeria | Simptom-simptom Histeria

Simptom-simptom Histeria
  1. Menjerit-jerit
  2. Meracau dan merapu
  3. Kadang kala sesak nafas dan sebak dada
  4. Pernafasan menjadi terlalu cepat dan timbul rasa takut
  5. Kebimbangan yang teramat sangat
  6. Wajah kelihatan ketakutan seolah-olah melihat sesuatu yang mengerikan
  7. Mempunyai kekuatan yang luar biasa
  8. Ingin lari
  9. Hilang ingatan dan pertimbangan akal
  10. Mengamuk 
  11. Ketawa berdekah-dekah
  12. Lumpuh atau berjalan dalam keadaan mamai

Read more: Histeria | Rasuk | Rahim yang Merayau | al-Dharra | Somatoform Disorder | Definisi dan Pengertian


 ☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Histeria | Rasuk | Rahim yang Merayau | al-Dharra | Somatoform Disorder | Definisi dan Pengertian

 Histeria | Definisi dan Pengertian  Histeria | Pengenalan

Histeria | Psikosomatik | Nonorganik | Psikogenik
Histeria merupakan penyakit psikitari yang dikenali sebagai “somatoform disorder”. Ia merupakan suatu atau keadaan minda seperti ketakutan atau emosi yang tidak terkawal. Ketakutan tersebut selalunya disebabkan oleh beberapa kejadian yang dilalui oleh seseorang yang melibatkan konflik yang teruk. Mereka yang mengalami histeria sering kehilangan kawalan akibat ketakutan yang teramat sangat.

Masalah histeria adalah suatu fenomena yang acapkali berlaku dalam masyarakat kita khususnya di sekolah-sekolah, institusi-institusi pengajian, asrama dan kilang. Justeru, artikel ini akan menyingkap fenomena histeria dan kerasukan yang berhubung dengan permasalahan ghaib yang melibatkan makhluk halus yang sering menyerang manusia.

Membincangkan mengenai histeria sememangnya menimbulkan misteri yang amat membingungkan di kalangan masyarakat terutama tatkala memikirkan sama ada ia sekadar gangguan psikologi biasa atau membabitkan pengaruh unsur mistik dan makhluk ghaib.

Mudahnya, orang Melayu merujuk histeria sebagai rasukan. Histeria merujuk kepada suatu keadaan di mana seseorang individu atau kumpulan bertindak secara tidak normal seperti menjerit-jerit, meracau, merapu, hilang ingatan dan pertimbangan akal, bercakap dalam bahasa yang tidak difahami.

Dari sudut bahasa Arab, histeria disebut sebagai al-Dharra, yang sering dikaitkan dengan gangguan makhluk halus. Perkataan histeria sebenarnya berasal daripada istilah Greek yang bermaksud rahim yang merayau-rayau. Dari sudut perubatan moden, histeria dianggap sebagai penyakit psikitari yang dikenali sebagai “somatoform disorder”.

Histeria boleh berpunca daripada gangguan psikologi dan emosi yang akibat tekanan hidup, stress, kebimbangan yang amat sangat, ketakutan yang keterlaluan, ketegangan dalam hidup berumahtangga dan tiada pula ruang untuk menyalurkannya dengan sesuai. Akibatnya gangguan ini akan terus berlaku dan menekan psikologi.

Apabila tekanan ini melampaui tahap keupayaan mentalnya, maka di sini jin dan syaitan mengambil peluang untuk menyerang akalnya. Hasil gabungan antara tekanan hidup yang berpanjangan, stress serta faktor-faktor lain mengakibatkan kecelaruan emosi dan serangan jin dan syaitan, maka terjadilah apa yang dipanggil sebagai histeria.

Oleh itu, jelaslah histeria bukan semata-mata melibatkan gangguan psikologi, tetapi berkait rapat dengan gangguan dan serangan jin dan syaitan terhadap manusia.

 ☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Erti Warna Dalam Mimpi | Tafsir Mimpi dan Warna | Maksud Warna Mimpi

Tafsir Mimpi dan Warna ada Maksud Warna Mimpi Tersebut. Erti Warna Dalam Mimpi merujuk kepada warna dominan dalam mimpi. Misalnya kamu lihat seseorang memakai pakaian warna putih. Maka warna itu yang dimaksudkan warna dominan dalam mimpi. Seperti fungsinya dalam kehidupan, warna dalam mimpi juga mempunyai erti dan tafsir mimpi tersendiri.
Erti Warna Dalam Mimpi | Tafsir Mimpi dan Warna | Maksud Warna Mimpi

Erti Warna Dalam Mimpi | Tafsir Mimpi dan Warna | Maksud Warna Mimpi


Apa itu Mimpi | Kisah Mimpi

Mimpi adalah pengalaman bawah sadar yang melibatkan penglihatan, pendengaran, pikiran, perasaan, atau indra lainnya dalam tidur, terutama saat tidur yang disertai gerakan mata yang cepat (rapid eye movement/REM sleep).
Kejadian dalam mimpi biasanya mustahil terjadi dalam dunia nyata, dan di luar kuasa pemimpi. Pengecualiannya adalah dalam mimpi yang disebut lucid dreaming. Dalam mimpi demikian, pemimpi menyadari bahwa dia sedang bermimpi saat mimpi tersebut masih berlangsung, dan kadang-kadang mampu mengubah lingkungan dalam mimpinya serta mengendalikan beberapa aspek dalam mimpi tersebut.
Pemimpi juga dapat merasakan emosi ketika bermimpi, misalnya emosi takut dalam mimpi buruk. Ilmu yang mempelajari mimpi disebut oneirologi.
Erti Warna Dalam Mimpi | Tafsir Mimpi dan Warna | Maksud Warna Mimpi

Tafsir Mimpi dan Warna ada Maksud Warna Mimpi Tersebut. Erti Warna Dalam Mimpi merujuk kepada warna yang dominan dalam mimpi. Misalnya kamu lihat seseorang memakai pakaian warna putih. Maka warna itu yang dimaksudkan warna dominan dalam mimpi. Seperti fungsinya dalam kehidupan, warna dalam mimpi juga mempunyai erti dan tafsir mimpi tersendiri.

Mimpi warna merah

Emosi dan hasrat yang membara diwakili oleh warna merah. Merah yang sedikit lebih terang melambangkan cinta, sedangkan merah pekat boleh bererti rasa benci atau kemarahan. Jika warna merah yang hadir di mimpi ini bererti jiwa kita sedang bersemangat. Mungkin kerana takjub atau kerana penderitaan. Namun jika anda bermimpi mengenakan pakaian merah ini bererti hasrat seksual yang kuat. Merah dapat bererti keuntungan, kesenangan, kebahagiaan, tenaga, vitaliti tapi juga boleh bererti kebencian, amarah, dan kekuatan.


Mimpi warna biru

Warna biru selalu berkait dengan intelektual dan ketenangan jiwa. Biru memberikan kesan lembut, bijaksana dan pemurah. Warna biru dalam mimpi bererti relaksasi, kepercayaan, dan kerinduan. Tapi dapat pula bererti kembali kepada diri sendiri.

1. Biru mungkin kadang-kadang melambangkan universal atau ketidaksadaran kolektif (sebagai berbeza dari individu tidak sedar). Mungkin mimpi meminta anda untuk mendasarkan kehidupan anda pada intuisi yang berasal dari sumber yang mendalam dalam jiwa anda.

2. Sebagai alternatif, biru mungkin mewakili kekuatan fikiran sedar, terutama jika itu adalah biru langit.

3. Biru tua dapat dihubungkan dengan depresi - 'blues'.

4. Pakaian biru mungkin melambangkan maskulin. Tony Crisp (dalam Dream Dictionary) mengamati bahawa perempuan kadang-kadang mimpi mengancam orang berpakaian biru - biru gelap atau biru tua. Seperti mimpi harus memotivasi para pemimpi untuk berhubung dengan animus (sisi maskulin jiwa sendiri). dan masuk ke dalam sebuah dialog dengan itu, dengan maksud untuk membentuk hubungan yang lebih positif baik dengan maskulin dalam dirinya sendiri dan juga dengan laki-laki sejati di dunia luar. Mungkin memeriksa hubungannya dengan ayahnya yang akan menjadi kunci untuk memahami sikap yang negatif terhadap laki-laki dan maskulin.

5. Laut biru mungkin melambangkan bawah sedar atau feminin (anima, ibu, atau Bunda Agung, diri yang bijaksana).

6. Pada peringkat kesedaran mistik lanjutan, biru mungkin mewakili tenaga primal dari mana kehidupan universal-kekuatan datang. (Dalam mitologi yang primevil laut itu sendiri bukanlah hal: itu adalah tanpa bentuk atau bentuk tetapi mengandungi potensi untuk segala bentuk dan bentuk - sebuah keterangan yang sesuai dengan Allah).


Mimpi warna hijau

Hijau selalu dekat dengan tanaman, alam, dan pertumbuhan. Memimpikan warna hijau melambangkan kenyataan hasrat yang melimpah, cita-cita dalam hidup anda. Namun warna ini boleh bererti pula anda harus lebih memperhatikan alam sekitar. Secara psikologi hijau mempresentasikan harapan, keramahan, percaya diri, dan alam. Hijau melambangkan keserasian hubungan anda dengan persekitaran alam dan orang di sekitar. Cuba ingat-ingat, mungkin anda berada di tengah-tengah sebuah pergolakan. Itu bererti anda dianjurkan untuk segera memperbaiki hubungan anda.


Mimpi warna kuning

Warna kuning dalam mimpi bermakna minat anda pada hal-hal baru. Kuning selalu berkait dengan tenaga, kesenangan, kegembiraan, tapi dapat pula menjadi warna yang melambangkan motivasi yang ekstrem dan rasa cemburu. Melambangkan sinar matahari yang menandakan optimisme dan keceriaan. Pesannya adalah agar lebih bersemangat untuk meraih impian anda.


Mimpi warna orange

Orange adalah warna yang melambangkan idealisme dan semangat. Sedangkan oren tua menunjukkan prasangka dan sinisme. Sebagai warna perpaduan antara merah dan kuning, oren berkait dengan kesenangan, kehangatan, dan tenaga.

1. Mungkin melambangkan agresivitas.
2. Kerana itu adalah warna matahari, hal itu mungkin melambangkan kehidupan, atau kesedaran.
3. Jika anda mengalami kemurungan, oren mungkin melambangkan fajar sikap baru optimisme dan cinta-diri yang tepat.


Mimpi warna putih

Putih sudah pasti melambangkan kesucian. Jika anda memimpikan kuda putih berarti akan datang kesedihan atau nasib buruk seperti kematian. Warna putih dalam mimpi menunjukkan adanya suatu masalah yang harus diselesaikan.Warna putih melambangkaan perasaan yang penuh harapan. Boleh jadi petanda anda akan memulakan hidup baru (setelah melalui tempoh peralihan). Boleh pula bermakna bahawa anda telah lepas dari beban atau masalah dan kini siap memulakan yang baru.


Mimpi warna hitam

Hitam dikenali sebagai warna kegelapan. Tapi warna ini juga bererti maskulin dan ketidaksadaran. Lebih dalam lagi hitam berkait dengan mistik, konservatif, tua, dan kesedihan.

1. Sebuah lubang hitam atau kedalaman yang gelap - misalnya, ruangan bawah tanah yang gelap atau telaga atau kedalam kelautan - dapat mewakili alam bawah sedar. Kegelapan ini mungkin menakutkan, asalkan tetap sedar asing dan asing. Namun, hitam juga boleh hangat dan menyenangkan - itulah mengapa pesakit insomnia yang kadang-kadang dianjurkan untuk menutup mata mereka dan membayangkan diri mereka bulat dibungkus baldu hitam. Jika anda percaya anda mulai tak sedar (yang mempercayai meams Alam, Alam manusia anda), masing-masing sebelumnya menakutkan atau menjijikkan bahagian dari alam bawah sedar anda akan menunjukkan dirinya dalam terang yang baru, sebagai sesuatu yang anda perlukan untuk kepuasan peribadi. Menempatkan kesedaran anda ke dalam alam bawah sedar - sedar akan hal itu - bererti menempatkan lebih banyak dan lebih banyak cahaya ke dalam kegelapan. Jika sebuah bintang atau cahaya terang lain muncul dalam kegelapan, ini dapat dilihat sebagai "cahaya di hujung terowong ', iaitu, sebagai simbol dari' penerangan '- kebijaksanaan atau wawasan baru - yang mungkin dicapai oleh tinggal beberapa saat di bawah sedar dan menjadikan lebih baik kenalan.

2. Black (khususnya bagi orang kulit putih) mungkin melambangkan kejahatan. Jika demikian, ingatlah bahawa, sebagai peraturan am, apa yang muncul dalam mimpi anda selalu ada bahagian dari dirimu, dan bahawa yang disebut 'kejahatan' hanya jika (dan kerananya ditekan) bahagian anda benar-benar jahat, kerana pengabaian, mereka menjadi memberontak, atau jika anda membiarkan mereka mengambil kawalan diri sedar anda. Ini 'jahat' hal-hal yang berubah menjadi hal-hal yang baik - kreatif, dan membawa kehidupan yang lebih penuh, kebahagiaan dan keutuhan - ketika sedar dan tidak sedar berinteraksi dan membina hubungan kerja yang harmoni.

3. Seseorang berpakaian hitam dapat mewakili bayangan anda.

4. Orang berkulit hitam (jika anda berkulit putih) boleh mewakili baik bayangan atau kedekatan dengan alam.

5. Haiwan hitam mungkin tidak sedar ditekan mewakili beberapa sisi hati atau emosi. Jika binatang buas, ini mungkin bererti bahawa sesuatu yang telah ditekan sekarang mendesak menekan anda untuk memberikan perhatian sedar anda dan biarkan ia mempunyai beberapa ekspresi dalam kehidupan terjaga.

6. Kegelapan (seperti dalam malam hitam, dll) mungkin hanya bererti berkurang keterlihatan, dalam hal ini arti dari mimpi mungkin ada hubungannya dengan kehilangan orientasi dalam hidup anda. Adakah anda merasa anda tidak tahu jalan mana yang harus pergi, atau bahawa anda tidak mempunyai tenaga atau akan pergi ke segala arah? Jika demikian, membuat perjanjian dengan bawah sedar anda yang menyatakan bahawa, ini akan memberitahu anda di mana anda mempunyai potensi - dan keperluan - Togo, anda akan bertindak balas sesuai dalam kehidupan anda. Kemudian memperhatikan mimpi-mimpi yang mengikutinya. (Jika anda pergi beberapa malam berikutnya tanpa bermimpi - atau, lebih tepat lagi, tanpa mengingat impian anda - mungkin ini bererti anda berundur dari perjanjian dan mendirikan sebuah pertahanan terhadap apa yang kamu takut tidak sedar anda mungkin perlu memberitahu anda).

7. Black mungkin melambangkan putus asa atau depresi berat. Jika demikian, ikuti nasihat yang diberikan dalam (6) di atas.

8. Di banyak bahagian dunia hitam dikaitkan dengan kematian. Hal ini dimungkinkan, oleh kerana itu, bahawa ini menandakan apa yang warna dalam mimpi. Bear diingat, bahawa kematian dalam mimpi boleh merujuk kepada sesuatu yang dalaman: yang 'mati' - atau menyerah - dari sesuatu di dalam diri anda (misalnya, beberapa ketakutan tidak rasional, atau sikap negatif atau emosi).


Mimpi warna coklat

Nuansa warna coklat menimbulkan kesan hangat, tenang, penyayang, dan feminin. Memakai baju coklat dalam mimpi mempunyai makna kalau anda memilih menjalani gaya hidup yang alami.

1. Brown adalah warna duniawi dan mungkin, kerana itu, melambangkan naluri atau sensual.
2. Brown juga merupakan warna musim gugur dan dengan demikian dapat menandakan (perasaan) menurun; roh rendah atau depresi.


Mimpi warna ungu

Ungu adalah lambang kekuasaan, kebangsawanan, dan supremasi undang-undang. Warna ini boleh menandakan anda perlu bersikap lebih bersahaja atau sebaliknya perlu percaya diri. Dapat melambangkan misteri dan kerana itu mewakili, dalam istilah psikologi, intuisi atau kesedaran yang mendalam dari beberapa jenis yang belum dijelajahi dimensi diri.


Mimpi warna abu-abu

1. Warna boleh mewakili usia tua, kematian (lihat makna kematian), kemurungan.
2. Sebagai orang tengah antara hitam dan putih, dan sebagai warna kabut, abu-abu mungkin melambangkan sebuah keadaan fikiran yang tidak jelas di mana perbezaan yang kabur, atau di mana anda mengalami kesulitan untuk melihat di mana anda akan atau telah kehilangan arah.


Mimpi warna perak

Warna perak berkait dengan ketenangan, sejuk, dan kesopanan. Perak dapat melambangkan sesuatu yang berharga berkenaan dengan pembangunan peribadi anda. Perak mempunyai persatuan dengan bulan, dan mungkin kerana itu melambangkan feminin, intuisi atau bawah sedar.


Mimpi warna emas

Warna emas melambangkan kesejahteraan, kuasa, kemasyhuran, kemewahan, dan elegan.

1. Secara simbolik, warna emas mempunyai sambungan dengan matahari dan dapat mewakili kehidupan baru, kemas diri, beberapa perkembangan baru dalam jiwa anda.

2. Emas, sebagai sesuatu yang berharga, mungkin melambangkan baik diri sejati anda, berbeza dari ego sedar anda, atau beberapa faculity dalam jiwa anda yang, jika diterima dan diaktifkan, boleh membawa anda lebih dekat kepada diri anda yang sesungguhnya.

3. Gold buah (seperti bulu domba emas) ciri-ciri dalam mitologi sebagai pahlawan hadiah untuk mengatasi rakasa atau kejahatan lain. Ini melambangkan ganjaran menghadapi hingga isi bawah sedar, menjinakkan orang-orang yang - melalui mengabaikan - telah menjadi liar atau agresif, dan intergrating mereka ke kehidupan sedar anda.


Read More:
Mimpi yang sering dialami Wanita | Rahsia | Tafsir | Erti | Mimpi Wanita
 


☂ ♌¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




linkreferral