Seorang
sahabat Nabi SAW bernama Anas b. Malik r.a. telah meriwayatkan satu
hadis Nabi Muhammad SAW yang menceritakan mengenai pertanyaan-pertanyaan
iblis kepada Allah SWT. tentang banyak perkara:
1.
Iblis bertanya kepada Allah SWT : " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan
kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir
kepadaMu.Tunjukkanlah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah SWT yang
bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air (tandas). "
2.
Iblis berkata : "Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak adam
itu tempat mereka berkumpul (masjid,surau) , dimanakah tempat bagiku
berkumpul?." Firman Allah s.w.t yg bermaksud: "Wahai iblis! tempatmu
berkumpul ialah di pasar-pasar, tampat-tempat hiburan ( pusat membeli
belah, kelab malam, pesta-pesta, majlis maksiat) dan sebagainya."
3.
Iblis berkata lagi :"Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka anak
Adam itu kitab untuk mereka membacanya. Tunjukkanlah padaku apakah bahan
bacaanku?" Firman Allah SWT yang bermaksud:" Wahai Iblis, bahan
bacaanmu ialah syair (sajak/lagu-lagu/ puisi yang melalaikan manusia
dari mengingati Tuhan).
4.
Iblis berkata :"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan mereka
cerita-cerita (kata-kata benar), apakah cerita-cerita bagiku?". Firman
Allah SWT yang bermaksud: " cerita-cerita bagimu adalah kata-kata dusta (
bohong atau yang berkaitan dengannya)"
5.
Iblis bertanya lagi : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan azan
kepada anak Adam untuk mengajak atau mengumpulkan orang datang
bersembahyang berjemaah, apakah azanku untuk mengumpul orang?". Firman
Allah SWT yang bermaksud: "Wahai iblis, azan untuk mu ialah seruling."
6.
Tanya iblis lagi :"Ya Tuhanku! Engkau telah mengutus para utusanmu
(para nabi dan rasul) kepada anak Adam, siapakah yang menjadi utusan
bagiku?". Firman Allah SWT yang bermaksud:" Wahai iblis para utusanmu
ialah terdiri dari dukun (peramal nasib), ataupun yang lebih kurang sama
dengannya."
7.
Kata iblis :"Ya Tuhanku! Engkau telah berikan kitab bertulis (ayat-ayat
Al Quran) kepada anak Adam. Apakah tulisan bagiku? ." Firman Allah SWT
yang bermaksud:"Wahai iblis, tulisanmu adalah tulisan gincu yang palsu
dibadan, (seperti gincu, tatu, tahilalat yang diada-adakan dan yang
lebih kurang sama dengannya)
8.
Kata iblis :"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikankepada anak Adam itu
perangkap-perangkap . Apakah perangkap bagiku?." Allah SWT berfirman
yang bermaksud :"Wahai iblis, perangkap untukmu ialah wanita-wanita. "
9.
Kata iblis :"Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan makanan kepada
anak-anak Adam (yang disebutkan namaMu), apakah makanan untukku?."Firman
Allah SWT yang bermaksud: "Wahai iblis, makanan untukmu ialah sesuatu
yang tidak disebut nama Allah."
☂ ♌¹³ - Honor & Respect
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
Religious
- Benarkah Pejuang Islam Tidak Ikut Islam
- 50 Maut Rempuhan Bom Trak Ahmad Affendi
- Malaysia dan Amerika menentang Pertubuhan Negara Islam Irak dan Syam
- Haram Hukumnya Berkabung pada Hari Raya
- Cahaya Malam 7 Likur Menyuluh Jalan Malaikat
- Hujah Islam menentang Dalil Ateisme
- Persoalan Apakah Agama Ultraman
- Adakah Paul Walker dan Nelson Mandela Masuk Neraka
- Kisah Makanan dari Langit
- Sejarah Pokok Pine Dihias Pada Hari Krismas
- Kisah Tiga Biji Cawan | Berkhidmat Pada yang Kehausan
- Kenderaan Terpantas dan Serbaguna | Kenderaan Syurga
- Nabi Sulaiman dan Seekor Landak | Koleksi Kisah
- Kewajipan Solat | Lirik | Download | Lagu Nasyid
- Kemaafan | Kesalahan Masa Lampau | Al Imran 155
- Azhar Idrus | Fenomena Gangnam Style | Isu
- Janji Islam | Janji Ditepati
- Panduan Doa dan Ziarah Kubur | Yang Makhruh dan Dilarang
- Perayaan Aidilfitri bukan Perayaan Nairuz dan Mahrajan
- Peristiwa Nuzul Al-Quran | Kisah Turun Al-Quran
- Kisah Pokok Gharqad | Pokok Yahudi
- Membongkar Malam Lailatul Qadar | Bilakah Malam Lailatul Qadar
- Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Jin | Part III
- Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Syaitan | Part II
- Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Iblis | Part I
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
No comments:
Post a Comment
I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.
Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid
✎All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.