Hikmat Keramat Baju Pengantin


Hikmat Keramat Baju Pengantin, nama hikmat yang begitu unik ini, bersesuaian dengan hakikat sebenar kehidupan. Situasi tersebut samalah seperti seorang penjahit atau pereka baju pengantin. Baju pengantin dibuat dengan teliti dan mengambil masa yang agak lama itu selalunya tidak untuk dipakai oleh si pembuatnya, tetapi untuk dipakai atau diserahkan kepada orang lain. Penjahit dan pereka baju pengantin hanya memerhatikan sahaja karya/hasil usaha mereka dinikmati oleh pasangan raja sehari dari kejauhan sahaja. Tidak kah penjahit atau pereka baju pengantin itu berasa hampa? Pastinya TIDAK! Ada rahsia disebalik penyerahan baju pengantin itu..

Dipetik dan merujuk Komik Juara-Juara Kembar hasil karya Ho Zhi Wen.
Hikmat Keramat Baju Pengantin merupakan hikmat terulung dalam dunia pendekar. Hikmat ini mempunyai 10 peringkat. Setiap peringkat perlu mengambil masa 5 tahun untuk menguasainya. Peringkat ke 9 sahaja mampu dikuasai oleh manusia setakat ini. Setakat ini, pendekar yang cuba menguasai peringkat ke 10 hikmat ini, semuanya terlebih beban dan bertemu maut dangan sengsaranya.

Tiba pada suatu generasi, ada seorang pendekar cerdik pandai yang turut mempelajari Hikmat Keramat Baju Pengantin dan cuba mencari penyelesaian dalam mengelakkan kuasa makan diri di peringkat yang kesepuluh. Pendekar cerdik pandai tersebut memindahkan semua kekuatan 9 peringkat Hikmat Keramat Baju Pengantin yang dimilikinya kepada anak muridnya. Selepas itu, dia mempelajari semula Hikmat Keramat Baju Pengantin bermula daripada kosong dan akhirnya dia berjaya memahirkan diri ke peringkat tertinggi hikmat tersebut, iaitu peringkat kesepuluh.

Si pendekar cerdik pandai tersebut mendapati bahawa setelah memindahkan kesemua 9 peringkat kekuatan Hikmat Keramat Baju Pengantin miliknya kepada anak muridnya, urat-urat di badannya menjadi lebih lapang dan tidak terbeban lagi. Oleh sebab itu, ketika mempelajari Hikmat Keramat Baju Pengantin buat kali kedua, tubuh badannya dapat menampung kuasa peringkat kesepuluh yang sebelum ini menyebabkan kuasa makan diri kepada generasi terdahulu. Dapatlah diketahui oleh pendekar cerdik pandai tersebut bahawa demi menguasai peringkat terakhir Hikmat Keramat Baju Pengantin, seseorang itu perlu memindahkan seluruh kekuatan 9 peringkat hikmat pada dirinya kepada orang lain terlebih dahulu sebelum mempelajarinya semula hingga berjaya ke peringkat kesepuluh.

Untuk penguasaan peringkat ke 10 Hikmat Keramat Baju Pengantin.
Perlu seseorang itu menyerahkan hasil pertapaan hampir 50 tahun kepada orang lain, dan memulakan kembali latihan dan pertapaan dari peringkat 1. Rasa-rasanya ada sesiapa yang sanggup ka? Kalau ada! korang memang pendekar ..

¹³ - Honor & Respect

raimisyazwan signature


Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





2 comments:

  1. dulu kecik2 layan gak komik ni.sekarang ada lagi ke

    ReplyDelete
  2. Post ni cuma mengimbau cerita2 dulu aje..
    Skrang dah xde lg.. komik2 lama yg aku follow dulu, semua dah dmakan anai2..

    ReplyDelete

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh