Showing posts with label Memory. Show all posts
Showing posts with label Memory. Show all posts

Sepasang Tapir Pertukaran Balas Panda Gergasi China

Malaysia bercadang meminjamkan Sepasang Tapir kepada negara China sebagai Pertukaran Balas Sepasang Panda Gergasi yang dipinjamkan kepada negara ini. Malaysia sudah memaklumkan Pertukaran Balas Haiwan Tapir tersebut namun China masih berdiam diri. Jika China bersetuju, Sepasang Tapir akan dihantar ke China dalam tahun ini juga. Satu Memori Hubungan erat Malaysia-China menjadi kenangan selama-lamanya.

Sepasang Tapir Pertukaran Balas Panda Gergasi China
Sepasang Tapir Semoga China Setuju

Sepasang Tapir sebagai pertukaran Panda Gergasi dari China

Umpama Amalan Bertukar Juadah Berbuka Puasa di bulan Ramadhan. Mungkin amalan bertukar-tukar haiwan juga perlu diamalkan oleh seluruh rakyat Malaysia. Tapir pun comel macam Panda juga. Bersamalah kita Berdoa agar China sudi menerima sepasang Tapir dari Malaysia. [Kosmo]

Manakala mengenai Kemasukan Percuma menyaksikan Panda Gergasi Fu Wa dan Feng Yi di Zoo Negara untuk seluruh rakyat negara ini masih dalam pertimbangan. Pulak dah! Rujuk Melihat Panda secara Percuma! Terima Kasih Malaysia. Sepasang Tapir Pertukaran Balas Panda Gergasi China.




MH370 dalam Ingatan dan Doa

Malaysia Airlines Flight MH370 ended in southern Indian Ocean. Inna lillahi wa Inna Ilaihi Raji’un (Surely we belong to Allah and to Him shall we return). I'am sorry about the loss. All of 227 passengers and 12 crew Malaysia Airlines Flight MH370 was such a great person, they will live on in my memories forever. May Almighty Allah dwell him in Jannatul Firdaus (the most beautiful paradise). Amin ya Rabbul Alameen. #PrayForMH370

MH370 dalam Ingatan dan Doa

Tragedi MH370 diratapi 1Malaysia

Ucapan Takziah dan Doa untuk mangsa MH370. May Allah enhance your recompense and be generous in your calamity and forgive the deceased and induce you with patience and multiply for us and for you recompense through patience. If my hug was strong enough to take away your pain, I would start now and never stop. May every sunrise hold more promise, every moonrise hold more peace. With my deepest sympathy, please accept my condolences.




S.O.S Topup Hotlink | Kredit Penyelamat

Pernahkah anda perlu membuat satu panggilan pada situasi penting. Anda pula hanya pengguna perkhidmatan prabayar sahaja. Malangnya ketika itu pula anda kehabisan kredit. Sesungguhnya saat itu, Kredit Penyelamat sangat diperlukan. Perkara ini pernah berlaku kepada rakan serumah aku. Sememangnya aku sendiri buntu, aku tak dapat membantu rakan aku, kebetulannya aku talian aku telah tamat tempoh. Ini kisah benar, walaupun kecemasan yang dihadapi rakan aku itu cumalah kekasihnya merajuk, tapi situasi itu agak genting kerana mereka hampir bertunang.

S.O.S Topup Hotlink | Kredit Penyelamat

Apa yang menarik disini ialah, rakan serumah aku ialah pengguna Hotlink, dan telah menggunakan S.O.S Topup Hotlink. Hanya dail *767# apabila kehabisan kredit prabayar meminjam kredit prabayar RM3. Sebelum ni aku langsung tak tau mengenai S.O.S Topup dari Hotlink ni. Alhamdulillah, beberapa hari lepas, rakan aku selamat bertunang. Tahniah untuk beliau. Maklumat lanjut, rujuk SOS Topup Hotlik.






Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah meninggal dunia. Al Fatihah, semoga rohnya berada bersama golongan yang beriman. Berita sedih ini diterima pada malam tadi bahawa Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, telah meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor kira-kira pukul 8.30 malam tadi. Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini. Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi ini di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Meninggal Dunia Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki. Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.

Sumber Bernama | Image: Syukury





7 Laungan MERDEKA ke 55 | Pemasyhuran Kemerdekaan 1957

MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA MERDEKA. Selamat Menyambut hari Kemerdekaan Malaysia ke 55. Salam Merdeka, semoga dengan rahmat yang Esa, keamanan dan kesejahteraan ini dapat juga dinikmati oleh generasi generasi kita di masa hadapan. Insyaallah.



Semangat dan rasa syukur dengan Nikmat Merdeka terbukti, disaat wajah-wajah megah menggemakan 7 Laungan Merdeka. Badan-badan tegap berdiri, tanda hormat dan cinta pada Malaysia. Ketika itu lah Jalur Gemilang berkibar! Lagu Negaraku bergema.


Mengenang Pengorbanan pejuang kemerdekaan negara yang terkorban ketika menentang hak mereka dari dijajah. Hanya doa disampaikan agar roh mereka mendapat rahmat dari yang Maha Esa. Mereka terkorban mempertahankan saudara seagama dari dibunuh dan ditindas. Semoga roh-roh mereka mendapat rahmat disisi Allah. Al Fatihah!





 Dokumen Pemasyhuran Kemerdekaan 1957

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Mengasihani, segala puji bagi Allah yang Maha Berkuasa dan selawat dan salam ke atas sekalian Rasul-Nya.

Bahawasanya kerana telah tibalah masanya bagi umat Persekutuan Tanah Melayu ini mencapai taraf suatu bangsa yang merdeka lagi berdaulat sama setimpal kedudukannya dengan segala bangsa seluruh dunia.

Dan bahawasanya kerana dengan perjanjian yang disebut namanya Perjanjian Tanah Melayu tahun 1957 yang diperbuat antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, maka, telah dipersetujui bahawa Negeri-negeri Melayu, iaitu Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, dan Perak serta negeri yang dahulunya dinamakan Negeri Selat, iaitu Melaka dan Pulau Pinang, mulai 31 hari bulan Ogos tahun 1957, hendaklah menjadi sebuah Persekutuan baharu bagi negeri-negeri yang bernama Persekutuan Tanah Melayu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak dalam perjanjian tersebut, iaitu Melaka dan Pulau Pinang hendaklah daripada tarikh tersebut itu tamat daripada menjadi sebahagian daripada jajahan takluk Baginda Queen, dan Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen tidak lagi berhak menjalankan apa-apa kedaulatan baginda ke atas kedua-dua buah negeri yang tersebut itu.

Dan bahawasanya kerana telah bersetuju pula antara kedua-dua pihak yang tersebut, iaitu Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1948, dan segala peranjian yang lain yang ada sekarang antara Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen dengan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja ataupun salah seorang daripada baginda itu sebelum tarikh yang tersebut hendaklah dibatalkan mulai daripada tarikh itu, dan semua kuat kuasa dan hak Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen ataupun Parlimen Negeri United Kingdom dalam Negeri-Negeri Selat ataupun Persekutuan Tanah Melayu seluruhannya adalah tamat dengan sendirinya.

Dan bahawasanya kerana Duli Yang Maha Mulia Baginda Queen, Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu, Parlimen Negeri United Kingdom dan Majlis-Majlis Undangan Persekutuan dan Negeri-Negeri Melayu telah meluluskannya, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957 itu berjalan kuat kuasanya.

Dan bahawasanya kerana suatu perlembagaan bagi kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah ditentukan menjadi suatu kanun yang muktamad baginya.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang tersebut itu, maka, ada disediakan syarat untuk menjaga keselamatan hak-hak dan keutamaan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja serta hak-hak asasi dan kebebasan sekalian rakyat dan untuk memajukan Persekutuan Tanah Melayu dengan aman dan damai serta teratur sebagai sebuah kerajaan yang mempunyai Raja yang Berperlembagaan yang berdasarkan demokrasi cara Parlimen.

Dan bahawasanya kerana Perlembagaan Persekutuan yang diadakan oleh Majlis Undangan Persekutuan yang tersebut itu telah diluluskan oleh suatu undang-undang yang diadakah oleh Majlis Undangan Persekutuan serta dengan undang-undang yang diadakan oleh negeri-negeri Melayu dan dengan ketetapan-ketetapan dalam Majlis Undangan Negeri Melaka dan Pulau Pinang, dengan demikian Perlembagaan itu telah berjalan kuat kuasanya pada 31 hari bulan Ogos tahun 1957.

Maka, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, saya Tunku Abdul Rahman Putra ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Perdana Menteri bagi Persekutuan Tanah Melayu, dengan persetujuan dan perkenan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja negeri-Negeri Melayu dengan ini memasyhurkan dan mengisytiharkan bagi pihak umat Persekutuan Tanah Melayu bahawa mulai Tiga Puluh Satu hari bulan Ogos Tahun Seribu Sembilan Ratus Lima Puluh Tujuh, maka Persekutuan Tanah Melayu yang mengandungi Negeri Johor, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor, Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu, Perak, Melaka dan Pulau Pinang dengan limpah rahmat Allah subhanahu wa ta'ala akan kekal menjadi sebuah negara yang merdeka dan berdaulat serta berdasarkan kebebasan dan keadilan dan sentiasa menjaga dan mengutamakan kesejahteraan dan kesentosaan rakyatnya dan mengekalkan keamanan antara segala bangsa.





Angkasawan Bulan Pertama | Neil Armstrong | Meninggal Dunia

Neil Armstrong, Angkasawan Amerika Syarikat (AS) merupakan manusia pertama menjejak kaki di bulan meninggal dunia pada usia 82 tahun. Tersimpan kemas dalam lipatan sejarah dunia ketika beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mendapat liputan dan  tontonan ratusan juta penduduk dunia ketika itu.

Angkasawan Bulan Pertama | Neil Armstrong | Meninggal Dunia
Neil Armstrong | Sumber mStar Online


Berikut merupakan maklumat berkaitan Neil Armstrong yang dipetik dari mStar Online

Dilahirkan di Wapakoneta, Ohio pada 5 Ogos 1930, Armstrong mempunyai minat mendalam terhadap kapal terbang dan bekerja di sebuah lapangan terbang ketika remaja.

Beliau mengambil kursus penerbangan pada usia 15 tahun dan mendapat lesen juruterbang pada hari lahirnya yang ke-16.

Sebagai juruterbang AS, beliau melakukan 78 misi penerbangan pada Perang Korea.

Beliau mempelajari bidang Kejuruteraan Penerbangan di Universiti Purdue, Indiana dan menyambung pengajian dalam Sarjana Kejuruteraan Aeroangkasa di Universiti Southern California.

Selepas berkhidmat sebagai juruterbang tentera laut pada 1949 hingga 1952, Armstrong menyertai agensi Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Kebangsaan (NASA) pada 1955.

Beliau bertugas sebagai jurutera, juruterbang ujian, angkasawan dan pentadbir untuk NASA dalam tempoh 17 tahun.

Selepas bersara daripada NASA pada 1971, Armstrong menjadi tenaga pengajar dalam bidang kejuruteraan aeroangkasa di Universiti of Cincinnati hampir 10 tahun.

Beliau turut dilantik sebagai lembaga pengarah di beberapa syarikat termasuk Lear Jet, United Airlines dan Marathon Oil.
Angkasawan Bulan Pertama | Neil Armstrong | Meninggal Dunia pada usia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.






Hidangan yang Menaikkan Mood Raya | Perut Friendly

Sinar rahmat 1 Syawal. Salam Aidilfitri tangan dihulur memohon sejuta kemaafan. Selamat menyambut Hari Lebaran untuk semua. Setelah sebulan berpuasa, kini tiba Hari Mulia, Hari Raya. Selain baju raya, hidangan di pagi raya juga memainkan peranan yang sangat penting. Apakah jenis-jenis hidangan yang dapat menaikkan mood raya anda. Lain padang, lain belalang. Mungkin pandangan setiap orang berbeza. Pada saya, berikut merupakan Hidangan yang Menaikkan Mood Raya

Hidangan yang Menaikkan Mood Raya | Perut Friendly

  • Lemang
  • Ketupat Nasi
  • Ketupat Palas
  • Rendang
  • Satey

Memandangkan sebulan kita berpuasa, diharap kita semua amalkan kesederhanaan ketika menjamu selera. Pilihlah hidangan yang ringan terlebih dahulu. Selamat menjamu selera untuk semua. Pastikan hidangan anda Perut Friendly





Sejuta Kemaafan | Selamat Hari Raya Aidilfitri | Salam Kemenagan

Ilalliqa' ya Ramadhan wa Ahlan Wasahlan ya Syawal wa Marhaban Bikum. Salam Kemenangan dan  di mohon bersama sejuta kemaafan, Selamat Hari Raya Aidilfitri 2012 M 1433H.  Greeting and Happy Eid Fitr.

Allahu Akbar! Allahu Akbar! Allahu Akbar! La Ilahaillahu Allahu Akbar! Allahu Akbar wa Lillahilhamd..


Hampir berlalu Ramadhan yang mulia, semakin hampirnya Syawal untuk kita menyambut Hari Raya Aidil Fitri Hari Kemenangan Umat Islam. Saya Raimi Syazwan penulis ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog dan Pseudosupra Page, dengan doa rahmat dari-Nya untuk semua yang mengenali diri ini, saya memohon sedalam-dalam kemaafan atas semua kesalahan dan kesilapan  yang telah saya lakukan. Semoga ikatan silatulrahim sentiasa erat dengan cahaya rahmat dan petunjuk dari Allah. Insyaallah.

Kerana aku hanya insan. Bersama Rahmat Ramadhan yang hampir berlalu. Bersama Keberkatan Syawal yang bakal menjelma. Aku mengharapkan kemaafan dari saudara-saudara Islam ku semua. Aku tunduk merayu keampunan dari Allah yang maha pengasih.

Ya Allah! Sucikan diriku dan saudara-saudaraku dari kelemahan dan dosa-dosa kami, berikan kami petunjuk dan Nur Hidaya-Mu.






Melahirkan Anak | Keistimewaan Ibu Saya

Melahirkan Anak merupakan sikap dan keistimewaan ibu saya. Itulah pandangan dari seorang murid perempuan tahun 3 Sekolah Kebangsaan Sungai Tong, Setiu, Terengganu. Murid tersebut merasakan melahirkan anak adalah satu anugerah dan satu keistimewaan seorang ibu.

Melahirkan Anak | Keistimewaan Ibu Saya

Walaupun ibu rakan sekelasnya yang lain juga ada keistimewaan melahirkan anak. Murid tahun 3 tersebut bertegas bahawa keistimewaan ibunya melahirkan anak adalah lebih bagus dari ibu-ibu yang lain.

Bila ditanya kenapa ibunya melahirkan anak lebih bagus dari ibu-ibu yang lain, dengan ringkas murid itu berkata "kerana ibun melahirkan saya, seorang anak yang baik"






Heading Murahan Kosmo | Hina Lee Chong Wei | Terlepas Habuan RM 4 Juta

KOSMO hina Lee Chong Wei. Lee Chong Wei Terlepas Habuan RM 4 Juta. Inilah Heading Murahan akhbar KOSMO yang memalukan dan memberi aib kepada Datuk Lee Chong Wei. Inilah mentaliti media di Malaysia. Suka mensensasikan berita dan selalu melihat dari sudut yang sempit dan negatif.

Heading Murahan Kosmo | Hina Lee Chong Wei | Terlepas Habuan RM 4 Juta

Di waktu seluruh rakyat negara melihat wira negara Datuk Lee Chong Wei bermain daripada hati dan seolah-olah berhubung dengan hati kita semua (tak kira bangsa dan agama) secara LIVE, sehingga kita berasa TERKESAN dan menghargai usahanya itu demi untuk NEGARA YANG TERCINTA, senang-senang KOSMO membuat heading yang seolah-olah perjuangan Datuk Lee Chong Wei adalah perjuangan individu, materialistik hanya kerana wang ringgit. Kami katakan " SHAME ON YOU KOSMO" ( KAMU PATUT MALU KOSMO!). Siapa yg sebenarnya menggunakan "heading murahan ini kerana nak melariskan akhbar?". Siapa yang materialistik? Siapa yang tak ada semangat 'menyatukan semua rakyat" dengan SUKAN?

Padanlah muka depan media sebegini hanya layak untuk membungkus nasi lemak dan bukannya diangkat sebagai ARKIB sebagai rujukan di perpustakaan.

KOSMO: KAMI MOHON AKHBAR ANDA MEMINTA MAAF SECARA RASMI DI MUKA DEPAN KERANA BUKAN SAHAJA MELUKAKAN WIRA NEGARA TETAPI MELUKAKAN HATI KAMI RAKYAT MALAYSIA. NYATA KOSMO AKHBAR YG LANGSUNG TIDAK PEKA DAN SENSITIF TERHADAP SENTIMEN RAKYAT.

SUMBER: RedSupporters-FC




Air Mata Datuk Lee Chong Wei | Tewas Kepada Lin Dan | Pingat Perak Olimpik 2012

Air Mata Datuk Lee Chong Wei bukti kecewa apabila Lee Chong Wei Tewas kepada Lin Dan di Sukan Olimpik 2012. Ini bermakna malaysia terpaksa berpuas hati untuk pingat perak di Olimpik 2012 setelah wira harapan negara malaysia Lee Chong Wei gagal membawa pingat emas. Walau bagaimanapun, Lee Chong Wei telah bermain dengan persembahan yang menakjubkan. Dia mencurahkan apa saja yang ada pada dirinya untuk menewaskan Lin Dan di gelangang badminton olimpik namun keputusan tetap berpihak kepada pemain dari china itu.

Air Mata Datuk Lee Chong Wei | Tewas Kepada Lin Dan | Pingat Perak Olimpik 2012
Air Mata Lee Chong Wei

Tahniah Lin Dan.
21-15 (Dato' Lee Chong Wei)
10-21 (Lin Dan)
19-21 (Lin Dan)

Lee Chong Wei Minta Maaf Melalui Twitter.


Dato' Lee Chong Wei:  I'm sorry
Dato' Lee Chong Wei: Thank you everyone I'm sorry i could not get gold

Lee Chong Wei Minta Maaf Melalui Twitter.


Walaubagaimanapun, kesungguhan dan usaha Datuk Lee Chong Wei patut dipuji kerana dia mempamerkan permainan di tahap tertinggi beliau. Pastinya Datuk Lee Chong Wei kecewa dengan kekalahan tersebut kerana beliau berpendapat perlawanan tersebut adalah perlawanan terakhirnya sebelum bersara. - Lee Chong Wei Pingat Perak Olimpik 2012






Tahniah Lee Chong Wei | Emas Pertama Malaysia Sukan Olimpik 2012 London

Emas Pertama Malaysia Sukan Olimpik 2012 London. Tahniah Lee Chong Wei cipta sejarah sebagai pemain pertama Malaysia memenangi pingat emas Sukan Olimpik. Malaysia raih Emas Sulung di Olimpik setelah Chong Wei tewaskan Lin Dan di Final badminton perseorangan lelaki Sukan Olimpik 2012 London.

Lee Chong Wei Emas Olimpik 2012

Kata-kata diatas mungkin belum memberi apa-apa maksud pada hari ini. Tetapi ia pasti menjadi kenyataan esok, setelah Chong Wei tewaskan Lin Dan. Malysia Boleh Janji Ditepati.




Sejarah Mercun di Malaysia | Tragedi Hiroshima Sungai Buluh | Pengharaman Mercun di Malaysia | Operasi Api Buluh | Akta OSHA 1994 | Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991



Sejarah Mercun di Malaysia | Tragedi Hiroshima Sungai Buluh | Pengharaman Mercun di Malaysia | Operasi Api Buluh | Akta OSHA 1994 | Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991 | Pada tahun 1994 kerajaan Malaysia telah mengharamkan Mercun dibawah akta OSHA 1994 iaitu Occupational Safety and Health 1994. Akta OSHA 1994 ni ditubuhkan beberapa tahun selepas berlakunya satu tragedi yang menggemparkan Malaysia. Akta pengharaman ini dikuatkan lagi dengan pindaan Akta Bahan Letupan pindaan tahun 1991

Tragedi yang tragis yang berlaku pada 1991 dan tersimpan kemas dalam lipatan sejarah Malaysia ialah letupan kilang mercun Bright Sparkler di Sungai Buloh pada 1991 yang mengorbankan 26 orang dan mencederakan kira-kira 103 orang yang lain. Kira-kira 200 tan belerang yang digunakan untuk membuat mercun dan bunga api telah meletup di kilang tersebut.

Malaysia, pada tahun ketika itu terdapat sebuah kilang mercun besar iaitu terletak kat Sg Buloh yg dikenali dgn nama Kilang Mercun Bright Sparklers. Namun pada 7 Mei 1991 satu letupan terkuat dlm sejarah Malaysia telah mengubah segalanya. Kekuatan letupan dan kesan kemusnahan yang dihasilkan menyebabkan tragedi itu turut digelar ‘Hiroshima Sungai Buluh’ berikutan ledakan menggegarkan itu diibaratkan seakan-akan peristiwa bom atom dijatuhkan pesawat Amerika ke wilayah Jepun itu pada Perang Dunia kedua. Kesan letupan 200 tan belerang amat dashyat sehinggakan percikan bunga api dan serpihan bertebaran jauh malah kesan gegaran dirasai sehingga tujuh kilometer dari lokasi tragedi.

Cerita tragis itu bermula kira-kira jam 3.45 petang apabila tanpa diduga, secara tiba-tiba saja satu letupan besar terhasil dari satu kawasan di dalam kilang itu. Bukan sekali, letupan kedua seterusnya menyusul kira-kira 10 minit kemudian.


Sengsara itu masih belum berakhir apabila letupan ketiga dan yang paling kuat, berlaku jam 4 petang dan dirasai lebih empat kilometer. Lebih 20 letupan kemudian terus berlaku sehingga kepulan asap yang dipercayai paling dahsyat dalam sejarah negara boleh dilihat dari jarak lapan kilometer. Berpuluh pekerja yang kebanyakannya baru memulakan sesi tugas petang pada 45 minit sebelum itu kelihatan menyerbu pintu keluar kilang bagi menyelamatkan diri daripada dibakar rentung atau terus hancur akibat letupan berkenaan.

Kekuatan letupan itu memang menakutkan, ia menggegarkan kawasan sekeliling menyebabkan banyak rumah runtuh atau terbakar. Bukan sekadar rumah saja, beberapa kilang termasuk kilang makanan haiwan, kilang papan dan kilang bahan pewarna makanan yang berada berdekatan turut terbakar. Berpuluh kenderaan termasuk kereta dan motosikal musnah. Letupan itu turut menggemparkan penduduk sekitar termasuk anggota tentera di Kem Tentera Sungai Buluh yang hanya terletak kira-kira 300 meter dari kilang berkenaan.

Dua daripada stor simpanan itu meletup dengan meninggalkan kesan seperti kawah sedalam kira-kira enam meter. Bomba dan pasukan penyelamat lain terus memantau keadaan di tapak kilang itu sehinggalah ke malam. Api menyala semula di beberapa bahagian bangunan itu kira-kira jam 2.30 pagi dan anggota bomba terpaksa menyembur air bagi memadamkannya.


Bagaimanapun, sehingga jam 5 pagi, tiada lagi letupan berlaku. SEHARI selepas letupan, gerakan mencari yang dilakukan bomba menemui 21 mayat yang terbunuh dalam tragedi letupan dan kebakaran kilang mercun di Sungai Buluh itu. Satu daripada mayat itu iaitu seorang ahli kimia dari Hong Kong yang bekerja di kilang itu, rentung.

Pemeriksaan awal juga mendapati 83 orang cedera dan dirawat di beberapa hospital sekitar Kuala Lumpur. Polis, juga menerima aduan mengenai kehilangan enam penduduk tempatan. Selain itu, 37 rumah dan kilang serta tujuh motosikal musnah dalam kejadian ngeri itu.

Hari ketiga gerakan mencari mangsa dijalankan, pasukan penyelamat menghadapi ancaman baru berikutan hujan lebat selama sejam kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan berlakunya tindak balas kimia di lokasi letupan sehingga menghasilkan gas beracun.

Keadaan itu menyebabkan kira-kira 200 anggota penyelamat diarahkan beredar dari kawasan itu kerana khuatir gas itu memberi kesan kesihatan terhadap mereka di samping mengelak sebarang kejadian tidak diingini.

Bagaimanapun, penyebaran gas beracun itu semakin buruk sehingga menyebabkan lebih 50 anggota pasukan penyelamat dilaporkan mengalami kesukaran bernafas, bengkak dan gatal di muka, tangan dan badan kerana terkena gas beracun itu. Kemudian operasi diteruskan dengan penyelamat terpaksa mengenakan topeng gas dan pakaian khas. Pasukan penyelamat juga menggunakan dua jentolak bagi membersihkan tapak kilang.

Pada 16 Mei, pihak berkuasa melancarkan ‘Operasi Api Buluh’ untuk membersih dan memindahkan sisa bahan kimia dari kilang berkenaan. Dalam operasi itulah, petugas menjumpai beberapa lagi mayat dalam mengerikan iaitu hangus terbakar sehingga menjadi rangka dan tengkorak di kawasan letupan dan jumlah mangsa terkorban dalam tragedi itu meningkat kepada 26 orang.

Walaupun sudah beberapa hari berlalu, gas toksid masih tidak menghilang malah semakin merebak kepada beberapa penduduk berhampiran. Tujuh anggota penyelamat turut pengsan selepas tersedut gas itu. Keadaan semakin bahaya apabila walaupun sudah masuk hari ke-11, masih terdapat bara api yang muncul di tapak letupan itu tetapi ia berjaya dikawal pihak berkuasa yang segera memadamkannya.

Sumber: Budakbotak

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




♌¹³ Pseudosupra dan Aku | Kisah Cinta | Info Rumah Tangga

blogger pageview

Kisah Cinta aku dan ♌¹³ Pseudosupra  dan info rumah tangga kami.
Aku dan ♌¹³ Pseudosupra.blogspot.com berkahwin pada 2010 dan selepas seminggu berumah tangga, kami bercerai talak satu. Alasan, tiba-tiba hilang rasa cinta.
Rujuk kembali pada April 2012. Menjadi keluarga bahagia, aku mulai belajar banyak selok-belok rumah tangga.
Hubungan kami semakin rapat. Jiran-jiran pun dah ramai. Kami saling kenal-mengenali dan bertegur sapa antara satu sama lain.
Bila aku jalan-jalan ke rumah rakan yang lain, aku kagum dengan rumah tangga mereka yang hebat-hebat semuanya.
Senarai pelawat (pageviews) mereka buat aku hampir pengsan. Aku pun mula la nak jadi macam diaorang. Dari situlah aku mula merancang dan buat target untuk rumahtangga kami. Aku target 1000 pageview sehari.
Dan akhir-akhir ni, aku mula ada rasa angin la pulak, jangankan 1000 pageview/day..
800 pageview pun tak mampu.. Aduyai, ni la namanya dugaan rumah tangga.

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Indecisive - Empty Decorations | Lagu Tema Sitcom Kopitiam (1997)

Deana Yusoff | Indecisive | Kopitiam

IndecisiveEmpty Decorations | Kopitiam (1997) Theme Song



Secara tiba-tiba dan tidak disangka-sangka, beberapa jam tadi, aku terdengar beberapa rangkap lagu Empty Decorations yang dinyanyikan oleh Indecisive. Ia menjadikan aku sedikit termenung tadi. Memang betul, lagu dan irama mampu membekukan memori.
Lagu Empty Decorations adalah antara lagu yang selalu berlegar di minda dan menjadi halwa telinga aku satu masa dulu. Tahun 1997, rasanys aku di tingkatan 4. Empty Decorations iaitu lagu tema untuk English sitcom Kopitiam, sememangnya boleh tahan popularnya. Ia agak "Radio friendly". Aku suka lirik dan melody lagunya.. Ermm.. (sambung termenung)

Indecisive
Indecisive ditubuhkan pada 1997 oleh Deana Yusoff, Chelsia Ng and Douglas Lim demi menghasilkan lagu 'Empty Decorations' sebagai lagu tema untuk siri sitkom Kopitiam ( Singapore-Malaysian English sitcom Kopitiam )

Kopitiam storyline
After her father's death, Marie inherits his old coffee-shop. She renovates it and calls it "Kopitiam". Her friends, Steven, a hairdresser, and Joe, an aspiring actor help her out. An annoying Singaporean lawyer, Susan, also joins the ride.


Lyrics | Empty Decorations

I wake in the dark
With showers of life
Moments of emptiness around
Floating away
No other hope
Reality brings me

Into the ground
What can I do
What can I say
I need a place to hide away
Just for a while, just for a smile
Just for a life I used to know

The perfect song were filled with
Words of love and not with anger
What if they go
What if they leave me far behind

'Cause I don't wanna be alone.. (uh oh)
Living life for on my own (uh oh)
I don't want to live my life in isolation
Filled with empty decorations
'Cause I want to be with people that I know

Who would do the things I do (uh oh)
Making all my dreams come true (uh oh)
I don't recognize the shadows at my door
Though I've seen them all before
Because the only thing I really want..
Is to be with you....

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Hikmat Keramat Baju Pengantin


Hikmat Keramat Baju Pengantin, nama hikmat yang begitu unik ini, bersesuaian dengan hakikat sebenar kehidupan. Situasi tersebut samalah seperti seorang penjahit atau pereka baju pengantin. Baju pengantin dibuat dengan teliti dan mengambil masa yang agak lama itu selalunya tidak untuk dipakai oleh si pembuatnya, tetapi untuk dipakai atau diserahkan kepada orang lain. Penjahit dan pereka baju pengantin hanya memerhatikan sahaja karya/hasil usaha mereka dinikmati oleh pasangan raja sehari dari kejauhan sahaja. Tidak kah penjahit atau pereka baju pengantin itu berasa hampa? Pastinya TIDAK! Ada rahsia disebalik penyerahan baju pengantin itu..

Dipetik dan merujuk Komik Juara-Juara Kembar hasil karya Ho Zhi Wen.
Hikmat Keramat Baju Pengantin merupakan hikmat terulung dalam dunia pendekar. Hikmat ini mempunyai 10 peringkat. Setiap peringkat perlu mengambil masa 5 tahun untuk menguasainya. Peringkat ke 9 sahaja mampu dikuasai oleh manusia setakat ini. Setakat ini, pendekar yang cuba menguasai peringkat ke 10 hikmat ini, semuanya terlebih beban dan bertemu maut dangan sengsaranya.

Tiba pada suatu generasi, ada seorang pendekar cerdik pandai yang turut mempelajari Hikmat Keramat Baju Pengantin dan cuba mencari penyelesaian dalam mengelakkan kuasa makan diri di peringkat yang kesepuluh. Pendekar cerdik pandai tersebut memindahkan semua kekuatan 9 peringkat Hikmat Keramat Baju Pengantin yang dimilikinya kepada anak muridnya. Selepas itu, dia mempelajari semula Hikmat Keramat Baju Pengantin bermula daripada kosong dan akhirnya dia berjaya memahirkan diri ke peringkat tertinggi hikmat tersebut, iaitu peringkat kesepuluh.

Si pendekar cerdik pandai tersebut mendapati bahawa setelah memindahkan kesemua 9 peringkat kekuatan Hikmat Keramat Baju Pengantin miliknya kepada anak muridnya, urat-urat di badannya menjadi lebih lapang dan tidak terbeban lagi. Oleh sebab itu, ketika mempelajari Hikmat Keramat Baju Pengantin buat kali kedua, tubuh badannya dapat menampung kuasa peringkat kesepuluh yang sebelum ini menyebabkan kuasa makan diri kepada generasi terdahulu. Dapatlah diketahui oleh pendekar cerdik pandai tersebut bahawa demi menguasai peringkat terakhir Hikmat Keramat Baju Pengantin, seseorang itu perlu memindahkan seluruh kekuatan 9 peringkat hikmat pada dirinya kepada orang lain terlebih dahulu sebelum mempelajarinya semula hingga berjaya ke peringkat kesepuluh.

Untuk penguasaan peringkat ke 10 Hikmat Keramat Baju Pengantin.
Perlu seseorang itu menyerahkan hasil pertapaan hampir 50 tahun kepada orang lain, dan memulakan kembali latihan dan pertapaan dari peringkat 1. Rasa-rasanya ada sesiapa yang sanggup ka? Kalau ada! korang memang pendekar ..

¹³ - Honor & Respect

raimisyazwan signature





Doraemon | Childhood Superhero Nobita

Doraemon and Friend


Nice job Nobita




Song Title: Doraemon
Band: Intoxicated
Boys & Girls 1 + 1 = 3


Full Album at: http://pseudosupra.blogspot.com/2012/03/boys-girls-1-1-3.html

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Pn Filzah Binti Ibrahim | Kursus Teknik Bercerita dalam Pengajaran BM

Pn Filzah Ibrahim


Filzah Binti Ibrahim

Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka
Bahagian Peng. Kesusasteraan Kanak-kanak & Remaja

Baru-baru ini saya diberikan peluang untuk menyertai satu Bengkel Teknik Bercerita Sekolah Rendah Zon Timur yang diadakan di Maktab Perguruan Kuala Terengganu selama 3 hari.  Kursus Teknik Bercerita dalam Pengajaran BM MBIMBM merupakan satu kursus kolaborasi IPG dan DBP. Bengkel 3 hari ini telah disampaikan oleh Pn Filzah Binti Ibrahim, Pegawai Perancang Bahasa di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jutaan terima kasih kepada Pn Filzah ataupun lebih mesra dipanggil "mama"

Antara buku yang diterjemahkan oleh Pn Filzah:
1. List Book From UMS
2. List book From KPM

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature




Anwar tidak bersalah atas tuduhan fitnah II

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini membebaskan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas beliau didapati tidak bersalah atas tuduhan meliwat Saiful Bukhari Azlan.

Keputusan itu disambut gembira kira-kira 10,000 peserta Himpunan 901yang membanjiri perkarangan mahkamah seawal jam 5 pagi.

Hakim Mohamad Zabidin Mohd Diah dalam penghakimannya memutuskan Anwar tidak bersalah dan mengarahkan supaya beliau dibebas dan dilepaskan.

Bagaimanapun, beliau tidak membaca penghakiman penuh kecuali kesimpulannya iaitu kedua-dua bukti iaitu DNA dan oral-lisan tak boleh sabit kesalahan.

“Selepas meneliti bukti, saya tidak boleh pasti 100 peratus bahawa bukti telah diusik.

“Justeru, mahkamah keberatan menerima bukti sedemikian dari SP1 Saiful.”

Isteri Anwar, Dr Wan Azizah Wan Ismail kelihatan menanggis sambil memeluk suaminya dalam kegirangan.


http://www.keadilandaily.com/?p=25303



Police set up a barricade in front of the court house earlier this morning.


10:50am The crowd at the food court next to the KL Court complex.



Pekida members awaiting their leader earlier today.


imagebam.com Anwar Ibrahim Tweeter screen grab! Click on image

¹³ - Honor & Respect

raimisyazwan signature





Facebook : August 30, 2010




-¹³ - Honor & Respect

raimisyazwan signature





linkreferral