Gadis 19 Tahun | Masih Pakai Lampin | Kisah Siti Salwani Abdullah |
Gadis 19 tahun namun masih pakai lampin. Begitu kisah Siti Salwani Abdullah, dari Kampung Simpol, Tok Uban, Kelantan.
Melihat susuk tubuhnya, Siti Salwani Abdullah bagaikan kanak-kanak berusia tiga tahun manakala tingkah laku pula seperti bayi apabila tidak dapat bertutur atau berdiri serta masih memakai lampin pakai buang.
Dengan ketinggian cuma 83 sentimeter dan berat 14 kilogram, anak keempat daripada tujuh beradik itu terpaksa melupakan segala-galanya, termasuk alam persekolahan dan remaja.
Dia kini terperap di rumah bersama bapanya, Abdullah Salleh, 67, tiga adik, Mohd Khir, 18, Mohd Lutfi, 16 dan Saadon, 14, dan datuk, Salleh Awang Kechik, 90, selepas ibu mereka, Ramlah Ismail, meninggal dunia pada 2007 akibat barah hati.
Dua kakaknya, Nurul Asyikin, 27, dan Nurul Akmar, 24, bekerja di Kuala Lumpur, manakala seorang lagi kakak, Siti Adawiyah, 22, masih menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di Shah Alam.
Info: Metro
☂ ♌¹³ - Honor & Respect
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
stay strong, semua yg berlaku ade hikmah. :)
ReplyDeleteMcmanana masa depan dia nnti, Tuhan aje yang tahu kan..
ReplyDeleteSelagi org tua masih hidup, ada jgk yg blh menjaganya. Nnti bila dah xde, apalah nasib dia agaknya..