Teknik Asas Perang | Senjata dan Perisai | Menyerang dan Bertahan | Info Perang

Kisah dan Info Teknik Asas Perang
Google Image | War Strategies
Teknik Asas Perang | Senjata dan Perisai | Menyerang dan Bertahan | Info Perang
Perang memerlukan teknik asas, senjata dan perisai. Kepelbagaian ini disusun menjadi strategi. Menyerang dan Bertahan adalah jalinan yang berterusan. Ia bagaikan darah yang mengalir dan akan berterusan hingga ke titis akhir.

Hakikat manusia menurut Allah adalah makhluk yang dimuliakan, diamanahkan tugas, bebas memilih dan dipertanggungjawabkan banyak perkara.
Namun, Allah maha Adil. Sebagai makhluk, Allah juga memuliakan manusia mempunyai sifat fitrah, pelupa, lemah, bodoh dan fakir.

Senjata dan Perisai
Walaubagaimanapun, diberikan kemuliaan kerana mempunyai ruh dan akal mempunyai pelbagai keistimewaan serta ditundukkan alam ini baginya. Ingatlah wahai manusia. Kurniaan Roh dan Akal tidak terbatas fungsinya. Sesungguhnya Allah maha mengetahui. Roh dan Akal juga adalah senjata dan perisai untuk manusia. Menyerang dan Bertahan.

Menyerang dan Bertahan
Dua teknik asas dalam perjuangan. Perjuangan dalah kehidupan. Roh dan Akal sebagai senjata dan perisai, ia ada pada kita sejak lahir lagi. Gunakan ia sebaik mungkin, berlatihlah jika ada kelapangan.
Jangan pula kita lupa dan leka, perang kehidupan adalah sepanjang masa. Malah sebelum kita dilahirkan, musuh telah bersedia adanya.

Iblis berkata:
"Wahai Tuhanku! Jika demikian, berilah tempoh kepadaku hingga ke hari mereka dibangitkan (hari kiamat)."
(Hijr:36)

Allah berfirman:
"Dengan permohonanmu itu, maka sesungguhnya engkau dari golongan yang diberi tempoh."
(Hijr:37)

"Hingga ke hari (masa) yang termaklum".
(Hijr:38)

Iblis berkata
"Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya,"
(Hijr:39)

Strategi musuh hebat sekali. Mereka merancang sudah lama. Kepelbagaian Teknik Perang yang mereka guna merentasi segalanya. Andai hendak diceritakan, bagaikan tiada pengakhirnya. Kerana manusia, anda ada mata dan anda sendiri mampu melihatnya. Peperangan kita telah bermula! Ia sejak dahulu, kini dan hingga akhirnya nanti.

Antara strategi musuh yang sangat menari perhatian saya operasi "Tunggu dan Serang". Operasi ini dianggotai oleh musuh-musuh yang berpangkat Besar sahaja. Operasi ini mendadak secara total. 

"Mereka tunggu memerhati sebelum menyerang "

Apa agaknya yang mereka tunggu?
Mereka menunggu " Titik Lemah Manusia "

Insyaallah, Entri akan seterusnya mengenai Titik Lemah Manusia, akan saya terangkan nanti.


والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab 
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right
 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





2 comments:

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh