Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Syaitan | Part II

Reactions: 

Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Syaitan | Part II | Berikut ialah info mengenai Syaitan dan perbezaan antara Iblis, Syaitan dan Jin


 Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Syaitan | Part II
 Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Syaitan | Part II

Part II | Kedua : Syaitan laknatullah.

Syaitan adalah zuriat keturunan Iblis hasil perkahwinan beliau dengan jin perempuan yang menjadi pengikutnya.

Iblis mempunyai 5 anak utama yang memegang lima kementerian iaitu :
1. Tsabar (Kementerian Musibah).
2. Dasim (Kementerian Cerai Berai Rumah Tangga).
3. Al-A'war (Kementerian Perzinaan).
4. Maswath (Kementerian Pembohongan).
5. Zalnabur (Kementerian Pergaduhan dan Pembunuhan).

Semua zuriat keturunan Iblis melalui lima orang anak-anaknya adalah kafir yang dipanggil syaitan. Jumlah mereka adalah ramai dan membiak setiap hari hingga jumlahnya berbillion. Sesiapa diantara mereka dan menyesatkan manusia dan membuat maksiat akan diberikan mahkota tanda penghargaan Iblis kepada jasa-jasa cucu cicitnya menjalankan tugas dengan jayanya.

Menurut Muhammad Isa Dawud dalam bukunya bertajuk "Dialog dengan Jin Islam" kerajaan Iblis yang besar adalah terletak di Segitiga Bermuda. Kerajaan Amerika telah membuat kajian terhadap kawasan laut di Segitiga Bermuda melalui satelit canggih yang mereka temui adalah satu dataran yang sangat luas dan terdapat bunyi suara hiruk-pikuk dan tak dikenali, yang tidak ada kaitan langsung dengan suara-suara di dasar laut yang biasa diketahui.

Pernah berlaku seorang juruterbang muslim melalui di laut Segitiga Bermuda dan semua alat-alat letronik di pesawat yang dibawa rosak dan tidak berfungsi dan ditarik seperti magnet kebawah, juruterbang itu teringat Allah S.W.T. dan beliau azan sekuat-kuatnya dengan tiba-tiba alat-alat letroniknya berfungsi semula dan beliau terselamat dari terhempas di Segitiga Bermuda. Ini menandakan bahawa misteri Segitiga Bermuda sebenarnya adalah ibu pejabat kerajaan Iblis melakukan operasinya keseluruh dunia.

Huraiannya adalah seperti berikut :

1. Tsabar

Dia adalah jenis syaitan yang selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau tertimpa musibah, baik kematian anak atau kerabat dan lain-lain. Kemudia dia melancarkan bisikan dan menyatakan permusuhan kepada Allah S.W.T. Di ucapkannya, melalui mulut orang yang tertimpa musibah itu. Keluk kesah, caci maki , tidak reda dengan qada dan qadar terhadap ketentuan Allah SWT atas dirinya. Untuk menghindarkan ini bacalah doa ini .

"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Tsabar yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."

2. Dasim.

Dia adalah jenis syaitan yang yang selalu berusaha untuk memutuskan silaturahim, mencerai beraikan ikatan perkahwinan,  mengobarkan rasa benci satu sama lain dikalangan suami isteri, sehingga terjadi penceraian. Dia adalah anak kesayangan Iblis di wilayah kerajaannya yang sangat besar. Dia juga suka menggoda seseorang supaya suka membuat fitnah, mendedahkan aib orang lain hingga orang itu menjadi marah. Mungkin pengguna internet yang suka membuat fitnah, maki hamun dan sumpah seranah kerana digoda oleh syaitan dasim ini. Untuk menghadapinya hendaklah baca doa ini :

"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Dasim yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."

3. Al-A'war.

Dia adalah jenis syaitan yang pakar dalam mengalakkan perzinaan. Anak-anaknya menghiaskan indah bahagian bawah tubuh kaum wanita ketika keluar rumah. Wanita yang keluar rumah dengan berhias diri dan tidak menutup aurat sangat disukai oleh Iblis, Al-A'war dan anak-anaknya kerana mereka bekerja untuk meruntuhkan akhlak, moral dan mengalakkan perzinaan. Untuk mengelakkan daripada godaan al-a'war ini baca doa ini:

"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, A'war yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."

4. Maswath.

Dia adalah syaitan jenis yang pakar dalam membuat pembohongan-pembohongan besar atau kecil. Bahkan kejahatan yang Maswath dan anak-anaknya lakukan sampai pada tingkat dia memperlihatkan diri dalam bentuk manusia dan duduk dalam satu pertemuan yang diselenggarakan oleh manusia, lalu menyebarkan kebohongan yang pada gilirannya disebarkan pula oleh manusia. Syaitan Maswath ini suka mendatangi bomoh-bomoh dan menceritakan kebohongan dan membuat tuduhan bahawa si folan yang sihir si folan. Ada dikalangan umat islam yang percaya pembohongan yang dilakukan oleh bomoh yang terpengaruh dengan Maswath. Mohonlah perlindungan Allah SWT daripada godaan Maswath dengan membaca doa ini :

"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Maswath yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."

5. Zalnabur.

Dia adalah syaitan yang berkeliaran dipasar-pasar di seluruh dunia. Mereka menggoda manusia supaya melakukan penipuan semasa jual beli dan mereka juga yang membangkitkan pertengkaran, caci maki, perselisihan dan bunuh membunuh antara sesama manusia. Nabi SAW mengajar kita supaya membaca doa ketika masuk pasar.

Mohonlah perlindungan Allah SWT daripada godaan syaitan Zalnabur ini.
"Aku berlindung kepada Allah dari gangguan syaitan, Zalnabur yang terkutuk, serta pengikut-pengikut dan anak-anaknya."

Firman Allah S.W.T. maksudnya :
“Dan demikian Kami jadikan bagi tiap – tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan dari jenis manusia dan dari jenis jin. Sebagian lagi membisikkan kepada sebagian lagi perkataan – perkataan yang indah – indah untuk menipu manusia. Jikalau Tuhanmu menghendaki, nescaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan,” 
(Surah al-An’am ayat 112)

Oleh itu jelaslah kepada kita bahawa syaitan adalah anak keturunan Iblis dan juga jin kafir yang menjadi pengikut Iblis bersama-sama menggoda manusia dan menimbulkan kesesatan dan kebencian.

Baca Sepenuhnya | Read More
Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin

والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab 
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right

Sumber: Cemerlang

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature

Artikel ditulis oleh Raimi Syazwan Abdul Rashid



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh