Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Jin | Part III

Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Jin | Part III | Berikut ialah info mengenai Syaitan dan perbezaan antara Iblis, Syaitan dan Jin


Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Jin | Part III
Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin | Kisah Jin | Part III

Part III | Ketiga : Jin

Di dalam Al-Quran Al-Kariem, Allah S.W.T menyebut beberapa kali kata ‘jin’. Bahkan ada satu surah yang secara khusus membahas tentang jin dan dinamakan dengan surat al-Jin.

Bila disimpulkan secara sekilas, maka ada hal-hal yang boleh difahami dari Al-Quran Al-Kariem tentang siapakah gerangan jin itu.

1. Jin diciptakan oleh Allah S.W.T dari api.

Allah S.W.T menyebutkan bahwa jin itu diciptakan dari api yang sangat panas, juga disebutkan terbuat dari nyala api.

"Dan Kami telah menciptakan jin sebelum dari api yang sangat panas.
(Surah al-Hijr ayat 27)

Firman Allah S.W.T. yang bermaksud :
"Dan Dia menciptakan jin dari nyala api."
(Surah ar-Rahman ayat 15 )

Dalam sebuah hadis dari Abu Tha'labah yang bermaksud :
"Jin itu ada tiga jenis iaitu : Jenis yang mempunyai sayap dan terbang di udara, jenis ular dan jengking dan jenis yang menetap dan berpindah-pindah."

Jin adalah makhluk yang sangat ramai sekali penduduknya, boleh dikatakan lebih ramai daripada manusia kerana umur jin panjang-panjang hingga mencecah ratusan dan ribuan tahun . Jarang ada suatu tempat di bumi ini yang tidak diduduki oleh jin, baik di daratan, lautan mahupun udara.

Dunia mereka seperti dunia kita : Ada negara, kerajaan, berbagai bangsa dan kabilah, penguasa dan rakyat jelata. Agama mereka pun tidak berbeza dengan agama manusia. Diantara mereka, alhamdulillah, ada yang muslim dan memperoleh hidayah dari Allah S.W.T. Yang lain, beragama Kristian, Yahudi, Hindu, Buddha, penyembah berhala dan penganut ajaran komunis.

Makhluk jin lebih mengutamakan untuk tinggal di tempat-tempat yang sunyi dan sepi dari manusia seperti di padang pasir. Ada yang tinggal di tempat-tempat kotor (jin kafir) seperti di tempat pembuangan sampah kerana mereka memakan makanan lebihan manusia. Ada juga mereka yang tinggal bersama manusia iaitu bumbung , siling dan di dalam rumah.

Abu Bakar bin Ubaid meriwayatkan:
"Pada setiap rumah kaum muslimin ada jin Islam yang tinggal di atapnya, setiap kali makanan diletakkan, maka mereka turun dan makan bersama penghuni rumah. "

Jin juga menjadikan tandas dan tempat pembuangan sampah sebagai tempat tinggalnya (iaitu jin kafir, kerana jin Islam suka tempat-tempat yang bersih).

Rasullullah S.A.W. telah bersabda maksudnya :
"Sesungguhnya pada tiap-tiap tempat pembuangan kotoran ada didatangi jin (jin kafir), kerana itu bila salah seorang kamu datang ke tandas maka hendaklah ia mengucapkan doa: " Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadamu dari jin lelaki dan perempuan "
(Hadis Riwayat Abu Dawud)

Jin juga sangat suka tinggal di lubang-lubang. Oleh kerana itu dalam sebuah hadis dijelaskan yang maksudnya:
"Janganlah kamu kencing dilubang."
(Hadis Riwayat An-Nas'i)

2. Jin ada yang muslim dan ada yang kafir.

Jin ada yang Islam dan ada yang kafir. Jin Islam pula ada yang taat dan soleh dan ada juga jin Islam yang suka buat maksiat sama juga seperti manusia, ada orang Islam yang soleh dan ada yang suka buat maksiat.

Jin kafir kebanyakkannya menjadi budak suruhan Iblis dan syaitan. Ahli sihir dan bomoh-bomoh kebanyakkannya menggunakan khidmat jin kafir atau syaitan untuk menjalankan kerja-kerja mereka untuk menyihir manusia atau membuat kerosakkan dimuka bumi dengan memecah-belahkan perpaduan umat Islam. Dengan melakukan pemujaan dan sajian-sajian tertentu.

Allah SWT menciptakan jin dan manusia adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT maksudnya :
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembah-Ku.” 
(Surah Adz-Dzariyat ayat 56)

Diriwayatkan dari Abi Said Al-Khudri, telah bersabda Rasulullah S.A.W maksudnya :
“Sesungguhnya di Madinah ada golongan jin yang telah menganut agama Islam. Barangsiapa yang melihat sesuatu dari golongan Awamir maka hendaklah ia mengarahkan ia keluar (sebanyak 3x). Jika jin itu enggan keluar bolehlah dibunuh selepas itu kerana ia adalah syaitan.”

Firman Allah S.W.T. maksudnya :
"Dan sesungguhnya di antara kami ada orang-orang yang soleh dan di antara kami ada yang tidak demikian halnya. Adalah kami menempuh jalan yang berbeza-beza." 
(Surah al-Jin ayat 11 )

Contoh jin muslim adalah jin yang menjadi tentara Nabi Sulaiman a.s.

Firman Allah S.W.T. maksudnya :
"Dan Kami (tundukkan) angin bagi Sulaiman, yang perjalanannya di waktu pagi sama dengan perjalanan sebulan dan perjalanannya di waktu siang sama dengan perjalanan sebulan dan Kami alirkan cairan tembaga baginya. Dan sebahagian dari jin ada yang bekerja di hadapannya dengan izin Tuhannya. Dan siapa yang menyimpang di antara mereka dari perintah Kami, Kami rasakan kepadanya azab neraka yang apinya menyala-nyala." 
(Surah Saba’ : 12 )

"Mereka (para jin itu) membuat untuk Sulaiman apa yang dikehendakinya dari gedung-gedung yang tinggi dan patung-patung dan piring-piring yang seperti kolam dan periuk yang tetap . Bekerjalah hai keluarga Daud untuk bersyukur. Dan sedikit sekali dari hamba-hambaKu yang bersyukur". 
(Surah Saba’ ayat 13)

Firman Allah S.W.T. maksudnya :
“Dan ingatlah ketika Kami hadapkan sekumpulan jin kepadamu yang mendengarkan Al-Quran. Maka ketika mereka menghadiri pembacaannya lalu mereka berkata: `Diamlah kamu (untuk mendengarkannya)’. Ketika pembacaan telah selesai, mereka kembali kepada kaumnya (untuk) memberi peringatan. Mereka berkata: `Wahai kaum kami, sesungguhnya kami telah mendengarkan kitab (Al-Quran) yang telah diturunkan setelah Musa, yang membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya lagi memimpin kepada kebenaran dan jalan yang lurus. Wahai kaum kami, terimalah (seruan) orang yang menyeru kepada Allah dan berimanlah kepada-Nya, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosa kamu dan melepaskan kamu dari azab yang pedih. Dan orang yang tidak menerima (seruan) orang yang menyeru kepada Allah, maka dia tidak akan lepas dari azab Allah di muka bumi dan tidak ada baginya pelindung selain Allah. Mereka itu dalam kesesatan yang nyata’.” 
(Surah Al-Ahqaf ayat 29-32)

Jin memiliki roh dan jasad. Hanya saja mereka dapat berubah-ubah bentuk dan menyerupai sosok tertentu, serta mereka boleh masuk dari tempat manapun. Nabi Sallallahu 'Alaihi Wa sallam memerintahkan kepada kita agar menutup pintu-pintu rumah bila menjelang magrib dan baginda mengatakan:
‘Sesungguhnya syaitan tidak dapat membuka yang tertutup’.

Baginda memerintahkan agar kita menutup bekas-bekas air minuman dan menyebut nama Allah Subhanahu wa Ta'ala atasnya. Demikian pula bila seseorang masuk ke rumahnya dengan memberi salam dan kemudian membaca bismillah, maka syaitan mengatakan:
‘Tidak ada kesempatan menginap’. Jika seseorang makan dan mengucapkan bismillah, maka syaitan berkata: ‘Tidak ada kesempatan menginap dan bersantap malam’.”

Jin boleh wujud menyerupai seperti manusia dan binatang. Dapat berupa ular dan kalajengking, juga dalam wujud unta, lembu, kambing, kuda, keledai dan juga burung.

Kaum jin memiliki tempat tinggal yang berbeda-beda. Jin yang soleh bertempat tinggal di masjid dan tempat-tempat yang baik. Sedangkan jin yang jahat dan merusak, mereka tinggal di bilik mandi dan tempat-tempat yang kotor. Tulang dan kotoran hewan adalah makanan jin.

Di dalam sebuah hadis, Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wa sallam berkata kepada Abu Hurairah radhiallahu 'anhu:

“Carikan beberapa buah batu untuk kugunakan bersuci dan janganlah engkau carikan tulang dan kotoran hewan.” Abu Hurairah radhiallahu 'anhu berkata: “Aku pun membawakan untuknya beberapa buah batu dan kusimpan di sampingnya. Lalu aku menjauh hingga baginda menyelesaikan hajatnya.”

Aku bertanya:
“Ada apa dengan tulang dan kotoran hewan?”

Baginda menjawab:
“Keduanya termasuk makanan jin. Aku pernah didatangi rombongan utusan jin dari Nashibin, dan mereka adalah sebaik-baik jin. Mereka meminta bekal kepadaku. Maka aku berdoa kepada Allah untuk mereka agar tidaklah mereka melewati tulang dan kotoran melainkan mereka mendapatkan makanan.” 
(Hadis Riwayat Bukhari)

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya :
“Sesungguhnya jin Ifrit telah mengacau aku semalam supaya aku memutuskan solatku, dan sesungguhnya Allah membolehkan aku menguasainya. Maka aku berniat untuk mengikatnya di tiang mesjid sehingga orang ramai boleh melihatnya, kemudian aku teringat kata-kata saudaraku Sulaiman : 'Ya Tuhanku, ampunilah daku, berikanlah kepadaku kekuasaan yang tidak terdapat pada orang lain selain aku…maka Allah menolak jin itu dengan penuh kehinaan”

Dalam kitab Musnad Imam Ahmad meriwayatkan hadis Abu Musa, Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya:
“Rosaknya umatku sebab tusukan taun. Para sahabat bertanya: 'Wahai Rasulllah kalau tusukan kami telah mengerti, kemudian taun itu?' Rasulllah menjawab: 'Taun adalah tusukan saudara-saudaramu dari golongan jin”

(Ibnu As-Sir – jin mempunyai banyak gangguan : bisikan, tiupan, hembusan dan tusukan)

3. Rupa dan fizikal jin.

Pada asasnya rupa bentuk Jin tidaklah banyak berbeza daripada rupa bentuk manusia, iaitu mereka mempunyai jantina, mempunyai hidung mata, tangan, kaki, telinga dan sebagainya, sepertimana yang di miliki oleh manusia. Pada dasarnya 80 hingga ke 90 peratus jin menyerupai manusia. Cuma yang berbezanya fizikal jin adalah lebih kecil dan halus daripada manusia. Bentuk tubuh mereka itu ada yang pendek, ada yang terlalu tinggi dan ada bermacam-macam warna, iaitu putih, merah biru, hitam dan sebagainya. Jin yang kekal dalam keadaan kafir dan jin Islam yang fasik itu mempunyai rupa yang huduh dan menakutkan. Manakala jin Islam yang soleh pula mempunyai rupa paras yang elok.

Menurut sesetengah pendapat tinggi jin yang sebenarnya adalah kira-kira tiga hasta sahaja. Pengetahuan mereka lebih luas dan umurnya tersangat panjang dan ada yang beribu tahun umurnya. Kecepatan jin bergerak adalah melebihi gerak cahaya dalam satu saat. Memandangkan jin adalah terdiri daripada makluk yang seni dan tersembunyi, tidak zahir seperti manusia dan tidak sepenuhnya ghaib seperti malaikat, maka ruang yang kecil pun boleh di duduki oleh ramai jin dan ianya juga boleh memasuki dan menghuni tubuh badan manusia.

Alam kediaman jin ialah di lautan, daratan, di udara dan di Alam Mithal iaitu suatu alam di antara alam manusia dan alam malaikat. Jika di berikan oleh Allah kepada kita melihat jin, sudah tentulah kita akan melihat jarum yang dijatuhkan dari atas tidak akan jatuh ke bumi , tetapi hanya jatuh di atas belakang jin, disebabkan terlalu banyaknya jumlah mereka.

4. Qarin.

Qarin adalah sejenis jin yang berdamping dengan manusia. Qarin di sini adalah makhluk halus (dikalangan jin) yang mengiringi kelahiran seseorang bayi. Qarin suka menghasut manusia kearah kejahatan, melainkan qarin Nabi S.A.W. yang telah ditundukkan oleh baginda.

Sabda Nabi S.A.W. maksudnya : "Tidak ada sesiapa diantara kamu melainkan baginya ditugaskan Qarin dari kalangan Jin, Mereka berkata : 'Walaupun kamu Ya Rasulullah?', Baginda menjawab : 'Walaupun Aku, akan tetapi Allah menolongku dan aku selamat darinya (atau - mengIslamkannya), maka dia hanya akan memerintahku melakukan perkara yang baik" (Hadis Riwayat Muslim)

Jika seorang muslim itu bertakwa jin pendampingnya (qarin) akan terdorong untuk masuk Islam dan menjadi jin yang bertakwa.

Menurut Muhammad Isa Dawud dalam bukunya Dialog dengan Jin Islam, Qarin Rasulullah S.A.W. bernama Habib al-Huda berumur panjang dan masih hidup dan menjadi guru mengajar hadis dan tafsir kepada jin-jin Islam , beliau tinggal di Baqi' Arab Saudi.

Baca Sepenuhnya | Read More
Perbezaan Antara Iblis, Syaitan Dan Jin

والله أعلمُ بالـصـواب
Wallahu’alam bissawab 
dan Allah lebih mengetahui yang sebenar-benarnya
and Allah knows the right

Sumber: Cemerlang

 ¹³ - Honor & Respect
raimisyazwan signature

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





4 comments:

  1. jalan-jalan and follow sini... nice blog... lot of information... interesting...

    Post Terbaru Blog Saya... Mesti Baca!!!

    ReplyDelete
  2. Assamualakum boleh saya ketahui dari sumber secara teperinci kisah asal usul perbezaan iblis ,syaitan dan jin.
    kisah yang menarik .
    marzocc

    ReplyDelete
  3. assalammualaikum WBT...bleh sya tahu...sebelum ini ada yg mngatakn bhwa jin bertubuh bsar..ttpi dlm blok di ats jin hnya mmpnyai ktinggian sbnyk 3 hasta shaja...

    ReplyDelete

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh