Panduan Backlink Organik | Blogger Blogspot | SEO Black Book

Panduan Backlink Organik | Blogger Blogspot | SEO Black Book




Berikut adalah Panduan Backlink Organik dan Cara Berkesan mencipta backlink organik dengan cepat. Selain daripada menulis kandungan berkualiti dan mempromosikan melalui sjaringan media sosial, Anda perlu mempunyai beberapa backlink organik berkualiti ke blog anda. Namun, Selepas sedikit perubahan carian algoritma Google baru-baru ini, banyak blog dihukum kerana beberapa sebab tertentu. Untuk kekal selamat dan mendahului pesaing anda, anda perlu bertindak dan membina backlink organik.

Apakah Backlinks Organik ( Organic Backlink )
Terdapat beribu-ribu cara untuk membina link ke blog anda Setiap blogger mempunyai cara yang tersendiri untuk mendapatkan "Backlinks Organik". Dalam erti kata yang mudah, pautan backlink organik terbina secara semula jadi , yang biasanya berlaku apabila anda memberi tumpuan kepada penulisan entri yang asli, kualiti tinggi dan kandungan yang unik.


Bagaimana untuk mendapatkan Backlinks Organik.
Berikut adalah Panduan mendapatkan Backlinks Organik ke blog anda.

Mencipta Kontroversi
Mencipta Kontroversi melalui penulisan yang melibatkan isu-isu semasa yang sensitif. Sekiranya anda berada dipihak minoriti yng menentang pandangan orang kebanyakkan, ia pasti akan menjadi lebih kontroversi. Anda perlu bersedia dan kemaskini enti dengan kerap dan perlu berhubung dengan maklum balas dari pembaca. Kata-kata yang sinis juaga merupakan kuasa yang besar dan percayalah, dengan satu blog post anda boleh menarik perhatian seluruh media. Bermain secara selamat jika tidak, anda mungkin menghadapi beberapa isu undang-undang.

Membuat Kajiselidik atau Esperimentasi
Bereksperimen mengenai perkara yang baru sangat baik untuk ilmu pengetahuan, namun ia bergantung kepada minat setiap individu. Bukan semua orang boleh melakukan kajian kerana ia memerlukan banyak masa dan kesabaran. Jadi, jika anda target sesuatu , kemudian cuba menguji perkara tersebut samaada menarik atau tidak dengan menerbitkan entri panduan dan tutorial di blog anda. Ia merupakan satu contoh bagaimana menghasilkan kandungan yang unik dan meningkatnya backlink organik dalam artikel anda, kadang-kadang ia bertahan selama bertahun-tahun.

Menganjur Pertandingan dengan Hadiah percuma
Menganjurkan pertandingan atau sagmen untuk pembaca dan pengikut setia blog anda merupakan satu tindakkan yang bijak bagi seorang blogger. Dengan cara ini, backlink tidak datang dengan segera, tetapi backlink akan berkembang dari seorang rakan ke seorang rakan dari semasa ke semasa, dan bila tiba masanya anda pasti mendapat beberapa backlink yang berkualiti. Ini bergantung kepada kualiti dan bentuk pertandingan dan sagmen yang anda anjurkan. Cuba anjurkan sesuatu yang kreatif dan mengikut keadaan semasa.

Mewujudkan satu Komuniti (hubungan erat)
Mewujudkan satu komuniti dan kumpulan yang mempunyai niche blog yang sama atau berkait antara satu-sama lain. Kumpulan pastinya akan menghubungkan link dari setiap ahli kumpulan mereka ketika menulis sesuatu entri. Apabila mereka menulis satu artikel atau menyenaraikan beberapa sumber, pautan kepada artikel dalam blog lain akan dimasukkan. Jelas, hubungan antara blogger samaada secara kumpulan atau individu pasti mewujudkan backlink organik ke blog anda.

Video Blog
Banyak blogger mempunyai bakat mencipta video blog, tetapi ia tidak berguna sekiranya hanya dipendam. Pendedahan yang konsisten dan rujukkan ke video blog-video blog lain pastinya akan mendatangkan inspirasi kepada anda. Menyisipkan video dalam artikel anda akan menarik minat blog-blog terkemuka.

Aktif di Forum
Penyertai forum juga boleh membantu untuk mendapatkan beberapa backlink. Apa yang anda perlu lakukan adalah membantu orang lain dengan menyediakan beberapa jawapan yang berguna untuk soalan dalam yang lingkungan kemahiran anda. Dan Apa yang penting ialah tidak melakukan SPAM jawapan

Sekian sahaja Panduan Backlink Organik untuk google blogspot. Sekiranya anda berminat membaca entri selanjutnya mengenai Asas SEO sila click di sini SEO Black Book. Untuk mendapatkan lebih panduan menulis blog, anda boleh melawat Hasrulhassan.com



Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





3 comments:

  1. thanks for the info... sangat berguna... hehe

    ReplyDelete
  2. Trimas Hani!
    Sama2 kita blajar pasal SEO ni

    ReplyDelete
  3. Terima kadih mas sudi berkongsi tentang backlink berkualiti dan

    ReplyDelete

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh