Kisah Kerengga | Rahsia | Info

Kisah Kerengga | Rahsia | Info

Kerengga juga dikenali sebagai Weaver Ants dan nama saintifik kerengga ialah Ocoephylla Smaradgina.

Warna Kerengga merah perang, ada sengat dan menggigit. Makanan ruji kerengga ialah daun dan habitat utama adalah pokok-pokok. Sarang dibina dari cantuman lapisan daun di atas pokok

Amat sesuai djadikan penjaga atau bodyguard pokok-pokok kerana perlakuan kerengga yang akan mempertahankan pokok itu dari sebarang penceroboh.

Nama yang unik dan sesuai untuk menamakan kampung, pulau ataupun apartment. Terdapat pulau yang diberi nama Pulau Kerengga.

Telur kerengga dan anak kerengga memang sedap, rangup. tetapi bagi spesis ikan air tawar. Kebiasaan dijadikan umpan untuk memancing ikan disungai, paya atau pun sawah. Terlebih dahulu sarang kerengga akan di bakar dengan api yang agak suam-suam kuku. Aksi ini agak sederhana ganas. Kadang-kadang telur atau anak kerengga akan dicelur sedikit dengan campuran kunyit. Kemudian baru dijadikan umpan.

Mempunyai bentuk badan yang menarik. Sebab itu ia digunakan untuk deskripsi bentuk badan gadis sahaja. Tak pernah digunakan untuk bentuk badan lelaki.. kecuali.. lelaki dwialam. Biasanya bentuk pinggang sahaja yang dicontohi, sebab itu ada perumpamaan "pinggang ramping bak kerengga". Bahagian lain tak pernah dijadikan perumpamaan kerana agak ganjil bunyinya.

Agak fotogenik. Selalu dijadikan model atau objek fotografi. Perilaku kerengga yang bersahaja menjadikan ia objek seni yang kreatif.

Boleh dijadikan untuk ubat tradisional. Antaranya ubat lelah. Caranya serkap sarang kerengga dengan kain putih, rebus dan minum airnya. Sebelum tu pastikan sarang kerengga tu dari pokok apa. Jangan sembarangan, silap-silap kena pokok ipoh ke.. pokok jelatang ke.. lagi cepat sembuhnya..
Air bisa kerengga juga boleh mengubati ketuat atau kematu. Picitkan air dari ekor kerengga ketempat yang ada ketuat.

Pernah dijadikan sebagai alat untuk siksaan. Khabarnya pada zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu, ada yang jadi mangsa, diikat dipokok yang penuh sarang kerengga. Tidak diketahui apalah nasib mereka. Boleh juga dijadikan subjek untuk mendidik anak-anak, confirm mereka takut kena hurung dengan kerengga. Tapi ini dizaman dahulu. Jangan dibuat pada masa ini.

Bisa gigitan kerengga juga boleh dijadikan subjek untuk memujuk anak teruna anda. “macam kena gigit kerengga aje”. (lelaki mesti tau)

Selain dijadikan perumpamaan kerengga juga popular dalam pepatah melayu. Sebagai contoh “Umpama Kerengga Menjaga Rambutan” Yang bermaksud, Si kerengga tidak dapat memakan rambutan yang masak ranum itu. Tetapi, apabila tuan punya pokok rambutan itu mahu memetiknya, tidak dibenarkan, maka digigitnya! Maka pendeklah rezeki tuan punya pokok. Dan yang terbaru “Hey, those ‘kerengga’ on your back!”.

Pernah menjadi satu misteri. Apabila sebelum berlaku tsunami pada penghujung 2004. Kerengga yang terdapat di kawasan yang dilanda tsunami di Acheh, membuat sarang ditempat yang tinggi. Wallahualam..

Merupakan antara serangga yang popular. Hingga dijadikan objek/subjek dalam karya sastera, terutama dalam pantun dan puisi.
Sebagai contoh:
Kerengga di dalam buluh,
Serahi berisi air mawar,
Sampai hasrat di dalam tubuh,
Tuan seorang jadi penawar.
~ Rumination

Pokok limau di tengan lalang,
Kerengga hitam duduk menumpang,
Jangan harimau nak tunjukkan belang,
Nanti ku tunggu dengan senapang.
~ pantun.com

Kerengga juga dijadikan nama samaran. Anda tentu ingat kartunis kerengga. Agak popular sebaris dengan kartunis Ujang, Reggie Lee. Jangan tak percaya, Kartunis Kerengga pun ada blog.

Kisah Kerengga | Rahsia | Info 

Apa yang kita perlu tahu, kerana kadang-kadang kita lupa, kerengga itu makhluk ciptaanNya. Ada yang baik dan ada yang buruk. Tak pernah ada yang baik semua… semanis-manis gula, menjadi racun juga akhirnya. Sepahit-pahit mengkudu..menjadi ubat juga. Kita tak berhak menilai sesuatu berdasarkan fikiran kita semata-mata dan menghukum berdasarkan emosi. Alangkah baik kalau hamba dapat berlapang dada untuk semua perkara.

Sumber Info: Facebook



Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





7 comments:

  1. Telur kerengga sedap & Ranggup? :O!
    pernah test makan ke? xD
    BTW xelok bakar sarang kerengga ;P

    Banyak juga psl kerengga yg kau tau ni kan?
    pernah baca dlm Anak-Anak Sidek, Misbun kena ikat di pokok yg ada kerengga sebab nakal sgt

    ReplyDelete
  2. Satu hari tu pihak jabatan kesihatan datang sembur ubat nyamuk sebab ada orang sakit denggi...abis kerengga kat semua pokok mempelam mati keguguran...

    ReplyDelete
  3. hehehehhe....info yang baik sekali.
    Aku ingat kerangga boleh dimakan..nasib baik baca habis..makan umpan..

    ReplyDelete
  4. best2..sdap gak bcer artkel pasa krengge nim,

    ReplyDelete

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh