Misteri Lagu Gloomy Sunday | Lagu Puaka

Gloomy Sunday yang misteri dan dianggap berpuaka merupakan lagu yang dicipta oleh seorang penggubah lagu bernama Reszo Seress yang berketurunan Hungary. Misteri lagu Gloomy Sunday masih terpendam hingga hari ini. Resza Seress yang bercita-cita menjadi penggubah lagu terkenal pada asalnya adalah lelaki yang terpinggir dan hampir semua hasil seninya dianggap sampah oleh penerbit muzik ketika itu.

Misteri Lagu Gloomy Sunday | Lagu Puaka Mystic

Namun pada suatu Ahad, hari bersejarah yang merubah segalanya. Pada hari tersebut berlakunya pertengkaran hebat antara Seress dan tunangnya berhubung kerjayanya mengundang perpisahan di antara mereka disulami dendam dan benci di antara satu sama lain. Selepas pertengkaran tersebut Seress duduk di hadapan piano di rumahnya sambil merenung langit menerusi tingkap. Cuaca yang mendung ketika itu mula bertukar suasana apabila hujan mulai turun. Ahad yang suram (Gloomy Sunday), Seress berkata sendiri sambil memetik piano dan jarinya mula memainkan melodi seolah-olah mencerminkan kekecewaan yang dirasakan sewaktu berpisah dengan tunangnya. “ Ya! Ahad yang suram (Gloomy Sunday), Itu akan menjadi tajuk lagu baru aku! ” kata Suress sendirian. Dengan gembira, dia mencapai pensel lalu menulis nota muzik dan selesai menggubah lagu itu dalam masa 30 minit.

Mempertaruhkan lagu Gloomy Sunday, Seress telah menghantar lagu itu kepada seorang penerbit muzik namun ditolak kerana melodi Gloomy Sunday terlalu menyedihkan dan mereka tidak dapat menerimanya. Reszo Seress agak kecewa, selang beberapa hari beliau sekali lagi menghantar Gloomy Sunday kepada penerbit lain dan kali ini ia diterima. Penerbit berkenaan memberitahu Seress bahawa lagunya akan diedarkan ke seluruh dunia dan ini cukup menggembirakan Seress. Namun beberapa bulan selepas Gloomy Sunday disiarkan berlaku Misteri dan kejadian aneh yang semuanya dikaitkan dengan lagu berkenaan.


Misteri lagu Gloomy Sunday | Lagu Puaka.

Misteri Pertama
Di Berlin, seorang lelaki meminta lagu Gloomy Sunday dimainkan dan kemudian dia kembali ke rumah lalu menembak kepalanya selepas mengadu amat tertekan dengan melodi lagu itu yang sentiasa bermain di dalam fikirannya.

Misteri Kedua
Seminggu kemudian di bandar sama seorang pembantu kedai wanita ditemui tergantung di rumahnya. Polis yang menyiasat kes itu menemui salinan lagu Gloomy Sunday di dalam bilik tidur gadis itu.

Misteri Ketiga
Seorang setiausaha muda di New York telah membunuh diri. Pada nota yang ditemui dia meminta agar lagu Gloomy Sunday dimainkan pada hari pengebumiannya.

Misteri Keempat
Beberapa minggu kemudian seorang lagi penduduk New York berusia 82 tahun membunuh diri dengan melompat dari tingkat tujuh pangsapurinya selepas memainkan lagu Gloomy Sunday dengan piano. Tidak lama kemudian seorang remaja di Rome yang mendengar lagu itu membunuh diri dengan melompat dari jambatan.

Misteri Kelima
Sebuah akhbar melaporkan kes seorang wanita di utara London yang memainkan lagu berkenaan sebanyak 78 kali tanpa henti di rumahnya sehingga menakutkan dan menaikkan kemarahan jirannya. Mereka mengetuk rumah wanita berkenaan tetapi tiada sebarang jawapan. Mereka akhirnya memecah masuk ke dalam rumah itu dan mendapati wanita berkenaan sudah meninggal dunia.

Misteri Keenam
Kematian demi kematian aneh yang dikaitkan dengan Gloomy Sunday memaksa pegawai atasan Perbadanan Penyiaran Britain (BBC) melarang lagu itu dimainkan. Keanehan itu turut dirasakan penggubahnya, Seress. Dia kemudiannya telah menulis surat kepada bekas tunangnya agar mereka berbaik semula. Namun beberapa hari kemudian dia menerima berita mengejutkan apabila polis memberitahu tunangnya membunuh diri dengan meminum racun. Di sisi mayatnya salinan lagu Gloomy Sunday ditemui.

Pada akhir 1930-an, apabila dunia memerangi Adolf Hitler lagu berkenaan telah dilupakan. Salinan lagu ini masih boleh didapati tetapi tidak ramai berani mendengarnya selepas mengetahui sumpahannya. Namun Misteri tidak berhenti di situ sahaja apabila beberapa tahun kemudian ianya berlaku sekali lagi.

Misteri Ketujuh
Januari 1968, selepas 35 tahun berlalu kini giliran Reszo Seress menjadi mangsa. Dia gagal membunuh diri dengun terjun dari bangunan. Tidak lama kemudian dia ditemui mati gantung diri dengan menggunakan wayar di hospital.

Misteri Kelapan
Tahun 1997, Billy Mackenzie penyanyi yang merakam lagu Gloomy Sunday pada tahun 1982 juga mati membunuh diri di rumah ayahnya.

~ Misteri lagu Gloomy Sunday | Lagu Puaka

Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





1 comment:

  1. Uish.. igtkan nk type kt youtube tadi tpi takut plak kalau betul2 ad lagu tu o.O

    ReplyDelete

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh