Peter Butler Digantung selama 6 bulan dan dikenakan Denda RM4,000. Adakah tindakan dan hukuman oleh Jalawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) mampu menyelesaikan kemelut yang melanda pasukan Terengganu musim ini. Berikut ialah info yang dipetik dari Metro
Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bolasepak Negeri Terengganu (PBSNT) memutuskan untuk menggantung jurulatih Terengganu Peter Butler selama enam bulan mulai esok dan mengenakan denda RM4,000 terhadap jurulatih dari England itu.
Pengerusi jawatankuasa itu, Ahmad Shukri Zakaria berkata Butler dikenakan hukuman itu bagi kesalahan mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung dakwaan salah laku dua pemain Terengganu membawa wanita masuk ke bilik mereka tanpa terlebih dahulu melaporkannya kepada pihak pengurusan.
Beliau berkata pemain terbabit, Mohd Muslim Ahmad dan Ismail Faruqi, mengaku keluar serta balik ke hotel lewat malam hampir pukul 3 pagi sebelum perlawanan Terengganu menentang Kedah di Alor Setar pada 28 Ogos lepas.
"Mesyuarat mengambil keputusan untuk memberi amaran keras kepada kedua-dua pemain itu, dan mengenakan denda sebanyak RM1,000 seorang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa itu hari ini.
Turut hadir Yang DiPertua PBSNT, yang juga Pengurus Pasukan Terengganu Datuk Che Mat Jusoh dan Timbalan Yang DiPertua PBSNT Sheikh Tajudin Sheih Yusof.
"Bagi kesalahan kedua (iaitu) bertindak biadap terhadap penjaga gol Mohd Sharbinee Allawee pula, Butler dikenakan potongan gaji sebanyak 15 peratus daripada gaji pokok untuk sebulan.
"Butler melakukan kesalahan itu di tepi padang di hadapan penonton ketika perlawanan antara Terengganu dan Kedah pada 1 Sept lalu," katanya.
Ahmad Shukri berkata Mohd Sharbinee diberi amaran keras di samping denda RM1,000 kerana bertindak membaling botol ke arah Butler dalam insiden itu.
Beliau juga berkata bagi Forkey Do yang didakwa menyiku dan menendang pemain Kedah semasa bola tidak ada dalam kawalan pada perlawanan sama, jawatankuasa itu memutuskan untuk memotong 10 peratus gaji pemain Liberia tersebut selama sebulan.
Sementara itu, Che Mat berkata buat masa ini, Butler masih lagi jurulatih Terengganu sehingga kontrak beliau tamat November tahun depan.
"Apapun kita akan membuat persediaan awal dari segi pemain dan jurulatih bagi menghadapi saingan Liga Malaysia yang dijangka lebih sengit tahun depan," katanya. - Sumber Metro
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
Sport
- Isu JDT dan T-Team Laporan Polis
- Majlis Penutup Sukan Olimpik 2012 | Juara Keseluruhan Amerika Syarikat (AS)
- Game Olimpik Percuma | Google Hurdles 2012
- Heading Murahan Kosmo | Hina Lee Chong Wei | Terlepas Habuan RM 4 Juta
- Air Mata Datuk Lee Chong Wei | Tewas Kepada Lin Dan | Pingat Perak Olimpik 2012
- Tahniah Lee Chong Wei | Emas Pertama Malaysia Sukan Olimpik 2012 London
- Samantha Wright Atlit Angkat Berat Tercantik | Info Biodata Samantha Wright
- OLIMPIK LONDON 2012 | LONDON 2012 SUMMER OLYMPICS | UPDATE
- JUARA SUKMA KE-15 | TERENGGANU CUTI UMUM | AHAD 22 JULAI 2012
- Spanyol vs Italia | Poll | EURO 2012
- MALAYSIA VS JAPAN: LIVE STREAMING PRE OLIMPIC TOURNAMENT
- Bola Sepak : Perlawanan pusingan ketiga kelayakan olimpik : Malaysia VS Bahrain : Life streaming
- Sea Game : Bola Sepak : Live Show : Malaysia vs Indonesia
- MALAYSIA VS SINGAPURA : Kelayakan Piala Dunia 2014 : Live Streaming
- SUKMA XIV: Terengganu juara keseluruhan pungutan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) XIV di Kuala Lumpur
- Terengganu Cuti Kemenangan Piala FA
- Terengganu vs Kelantan Final Piala FA 2011
- Terengganu vs Kelantan FC Malaysia Super League
- Final Second Leg Piala Suzuki
- Final First Leg Piala Suzuki 2010
- Lee Chong Wei ; 李宗伟 ; 李宗偉 ; Lǐ zōng wěi
- Senamrobik
- Hari Senamrobik SKBM
- Malaysia Cup Final
Issue
- Spyware Da Vinci Kerajaan Malaysia Hacking Team Da Vinci
- Rakaman Penuh Debat 1MDB Wacana Sinar Harian
- Gencatan Senjata (Hamas-Israel) Gaza 2014
- Sidang Media Operasi MH370 Fasa Dua Najib Tun Razak
- Isu JDT dan T-Team Laporan Polis
- Tahun Barang Naik (BN) 2014
- Gambar Kapal Perang Rusia di Pantai Syria
- Masalah Feedburner | Loose Subscriber Counts and Stats
- INNOCENCE OF MUSLIMS | Sekiranya Umar al-Khattab masih ada
- Isu Ujian Aptitud UPSR 2012 | Ralat Kertas Jawapan Objektif
- Azhar Idrus | Fenomena Gangnam Style | Isu
- Janji Islam | Janji Ditepati
- Penerangan Ringkas | Seksyen 114A | Akta Keterangan
- Senarai Blog Pencuri | Seni Doodle Littlenubnubs.tumblr.com
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
Aku rasa tindakan dia betul kot..
ReplyDeleteBenda yang salah..tak payah disembunyikan..
Kasihan gak Peter Butler ini...
Itu pendapat aku bro
aishh mcm2 pasukan bola terengganu ni xD
ReplyDeletehmm.. dah macam liga inggeris BPL lak. Arsene Wenger dan Arsenal.. hoho..
ReplyDeletealamak macam2 hal berlaku.. huhu
ReplyDeletemasalah sungguh le pasukan terengganu ni, hope dorang akan settelkan secept mgkin.
ReplyDeleteSalam kenal, linda singgah dari segmen Hanif Idrus. Follow sini. :)
erm harapnya cepat la selesai masalah dalaman tu..
ReplyDeletesinggah dari segmen hanif *salam*
aduh..malu la plak aku sbg anak jati terengganu...dl b4 mat saleh jage,takdop pon hal cenggini
ReplyDeleteTengok sini ==>> Seks Yang Nikmat Buat Seketika
Assalamualaikum Raimi,
ReplyDeletelama tak update..
aku ad tagged kau kalau sudi nk buat ^^
http://everythingseverythings.blogspot.jp/2012/09/segmen-saya-nak-hadiah-misteri-dari-si.html
done follow ^^
ReplyDeleteI think that is among the such a lot important information for me.
ReplyDeleteAnd i am happy reading your article. But want to observation on few common issues, The web
site style is great, the articles is actually
excellent : D. Good process, cheers
Feel free to surf to my blog post :: cellulite treatment reviews