Persoalan Apakah Agama Ultraman

Persoalan Apakah Agama Ultraman. Jika suatu hari, seorang anak kecil / murid sekolah bertanya Ultraman Apa Agamanya? Satu persoalan spontan dan mungkin mengejutkan. Mungkin ramai diantara kita anggap ia satu persoalan bodoh. Lalu menjawab pertanyaan itu dengan alasan tertentu demi membantutkan rasa ingin tahu seseorang anak kecil agar mereka tidak bertanya lagi perkara seperti itu. Apakah Agama Ultraman yang sebenarnya.


Cuba kita tanya diri sendiri, Adakah kita sebenarnya tahu untuk menjawab persolan itu. Atau mungkin kita tidak tahu! Tetapi adakah perlu kita memerah otak untuk memikirkan jawapan Apakah Agama Ultraman itu sebenar-benarnya. Agak bodoh, dan sekiranya ada jawapan mengenai Agama Ultraman, apakah faedahnya?

Kadang-kadang persoalan yang remeh disekeliling kita besar pengertiannya. Berfikir adalah satu proses. Apabila kita cuba berfikir untuk mencari jawapan tentang sesuatu perkara, dengan izin Allah kita akan diberi satu petunjuk yang indah. Walaupun persoalan itu tidak dapat dijawab sekalipun, usaha kita menghayati dan memahami makna disebalik sesuatu pastinya akan meningkatkan Iman kita akan kekuasaan Allah.

Ultraman apa Agamanya. Berbalik pada pertanyaan seorang anak kecil kepada ayahnya. Ini adalah entri ulang siar yang Aku petik dari seorang Rakan Blogger. Perkongsian Artikel yang agak panjang, namun ia amat bermanfaat sekali untuk aku. Kesimpulannya, Entri ini ada nilainya untuk disimpan atau dikongsi sesama kita.

Apakah Agama Ultraman yang Sebenarnya

Ayah, Ultraman Apa Agamanya? Tanya anak aku di suatu petang selepas melihat Ultraman di paparan youtube terbang ke angkasa setelah menewaskan raksasa.

Ayah rasa 'Ultraman' ni agama Kristian, sebab banyak unsur kristian dalam cerita Ultraman, tangan bersilang salib waktu tembak raksasa, dan banyak babak Ultraman kena ikat pada tiang macam jesus.

Lagipun pencipta watak Ultraman, Eiji Tsuburaya memang beragama kristian. Namun tak payah kita jadi macam mamat dan minah kospirasi yang perasan pandai lalu reka konspirasi kristian dalam siri ultraman dan larang orang tengok Ultraman kerana kononnya boleh rosak akidah - aduyai.

Balik kepada kisah ultraman, sebenarnya ultraman ni dah ada waktu ayah belum lahir lagi, iaitu tahun 1966, yang mana ketika P Ramlee muncul dengan Filem Do Re Mi hitam putih, kat jepun, ultraman muncul siap dengan warna warni dah. Masa ayah kecik, darjah satu lebih kurang, ada dua cerita Ultraman yang di tayangkan di TV Malaysia, iaitu Ultraman Hayata dan Ultraman jack.

Kisahnya sama sahaja, Ultraman ni adalah Alien yang pinjam badan manusia, dan bekerja di MAT (seangkatan polis khas yang banyak cayangannya di seluruh dunia, dilengkapkan dengan senjata dan kenderaan berteknologi canggih, serta kemudahan sains dan kejuruteraan menyeluruh).

Bila raksasa serang bumi (baca: Jepun) maka MAT akan guna teknologi paling canggih untuk hapuskan raksasa, tapi biasanya gagal, (buat rugi duit rakyat jepun jer bayar cukai dan belanja untuk senjata MAT) maka barulah Hayata atau Go tadi berubah dari bentuk manusia kepada bentuk Ultraman dan tewaskan raksasa.(nasib baik Ultaraman tak kenakan cukai GST). Waktu bertarung, Ultraman tak boleh terdedah lama dengan atmosphere bumi, lampu ultraman akan berkelip menandakan atmosfera bumi telah memalapkan tenaga ultra suria lalu menyebabkan Ultraman hanya mampu bertahan selama tiga ke lima minit sahaja di permukaan bumi, jadi bila dah hujung hujung, baru Ultraman guna tenaga terkuat dan bunuh raksasa, lalu terbang ke angkasa. (kos lupuskan raksasa di tanggung oleh Majlis Perbandaran Tokyo)

Dalam Episod terakhir, Ultraman melawan raksasa Zetton yang merosakkan lampu amarannya, menyebabkan Ultraman tak tahu dah berapa lama dia berlawan, akibatnya Ultraman syok berlawan sehingga tak sedar terlebih masa, lalu 'mati'. Kemudian munculah Ultraman Zoffy, menyelesaikan masalah, dan sewaktu Ultraman Zoffy tiba untuk mengambil roh Ulraman pulang ke planet ultra, Ultraman telah merayu demi nyawa Hayata dan menawarkan nyawanya sepenuhnya, supaya Hayata boleh menjalani kehidupan normal. Zoffy kemudian berkata dia membawa dua nyawa dan dia akan memberikan satu nyawa kepada Hayata.

Kemudian Zoffy memisahkan mereka, sekaligus memperbaharui nyawa Hayata, namun Hayata kelihatan sudah kehilangan ingatannya sambil memerhati Zoffy membawa Ultraman pergi. Balik di planet Ultra, Ultraman sudah tentu akan berjumpa dengan ketua Ultraman iaitu Ultraman fathers.

Dan berkemungkinan ( Ini adalah penambahan dari penulis asal )

Ultra Father akan mintak laporan sepanjang berkhidmat di bumi, dan salah satu laporan yang di rujuk adalah tentang agama agama manusia di bumi. Berkatalah Alien (Ultraman Jack)

Bapak, sewaktu di bumi, saya dapati ada banyak agama, namun yang terbesar ada 4 iaitu
  • Kristian 2.0 billion
  • Islam 1.2 billion
  • Hindu 811 million
  • Budda 360 million

Dan agama yang paling 'make sense' adalah islam sebab mereka hanya merujuk satu kitab, tidak macam kristian yang ada terlalu banyak versi dan tiada rujukan kitab asal, tapi orang islam ada kitab asal dan seluruh dunia hanya merujuk satu kitab. Selain itu, dalam Al Quran juga banyak ayat yang sesuai dengan sains moden walhal telah wujud 1400 tahun yang dulu.

Lebih menakjubkan, kumpulkan pengikut ajaran agama lain disebelah kiri, dan pengikut ajaran agama islam di sebelah kanan, lepas tu cuba tanya apakah huruf pertama kitab mereka, maka pengikut ajaran agama lain akan memberi jawapan berbeza beza, tapi semua orang islam akan jawab huruf "ba". Huruf asal Al Quran dalam bahasa arab. Orang kristian pun belum tentu tahu apa bahasa asal kitab injil, sudah tentu bukan English!

Lepas tu cuba buka kitab mereka secara random, baca dan suruh sambung, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menyambung, tapi hampir semua orang islam akan boleh sambung, buka muka surat belakang, baca: Kul hu wallah hu ahad., akan ada yang boleh sambung, bukak muka surat tengah, Yassin, lepas tu akan ada yang boleh sambung. Malahan bila di tanya pada pengikut ajaran agama lain ada tak yang tahu berapa huruf dalam kitab mereka?, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menghintung, tapi hampir semua orang islam akan boleh jawab, lebih kurang, 6666 ayat.

Tanya lagi, siapa yang kenal sebanyak 2 orang kawan yang hafal seluruh kitab agama mereka, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak sebut nama, tapi hampir semua orang islam boleh sebut dua orang nama yang mereka kenal telah menghafal 6666 ayat Al Quran, malahan yang mengakui sudah hafalpun ada di situ.

Jadi ini adalah keajaiban, mereka ada system yang boleh menjaga keaslian kitab agama mereka walaupun sudah 1400 tahun, malahan setiap panjang pendek ayat mereka juga di hafal.

"tapi kenapa mereka saling bergaduh?" Tanya Ultra father pada Ultraman Hayata.

Ini yang jadi masalah, there are nothing wrong with islam, but something wrong with (some) muslims. Bila kita tanya pada orang islam ramai mengaku dah habis baca Al Quran dalam bahasa arab, tapi cuba tanya dah habis ke belum baca Al Quran dalam bahasa yang mereka faham, contohnya orang melayu, cuba tanya, dah habis belum baca makna Al Quran dalam bahasa melayu?

Maka kita akan dapati hampir semua orang yang ditanya secara spontan mengaku tidak habis lagi baca makna Al Quran, malahan yang lebih teruk, tak pernah berniat untuk baca semua makna Al Quran,

Apa, Tak pernah berniat baca semua makna Al Quran! Habis apa kejadahnya kamu berjuang selama ini?

"Kena baca semua makna ke Hayata?"

Ni soalan yang paling hampeh dari seorang yang dah khatam Al Quran setelah mendapat nikmat nasi pulut kuning bergulaikan ikan tongkol, bang, Al Quran itu ada 'bahasa' atau senang cakap, ada makna yang hendak disampaikan, ada perintah Allah, ada larangan Allah, ada ramalan dalam sejarah, ada sejarah dalam ramalan, ada sajak dalam cerita, ada cerita dalam sajak, ada harapan, dan ada kemanisan. faham?

Dan hari ni korang dah mengaku bahawa selama ni korang hidup dalam ugama islam, korang tak habis lagi baca Makna Al Quran? Walaupun untuk satu juzuk? Korang ingat Al Quran tu macam lagu Hindustan ke? Sedap di telinga tapi tak tahu makna walau sepatah haram?

Lepas tu pulak, korang baca sambil menangis-nangis sebab tajwid berlagu yang mendayu dayu, bukan sebab makna yang Allah nak sampaikan, sama macam korang menangis menyanyi lagu 'kuch kuch hotai hai, dil to pagal hei atau dilwana dulhaniya la a ya jangge atau K pop?

Lepas tu lagi korang perasan bagus sebab dah khatam Al Quran, tapi maknanya korang tak nak ambik tahu, maka jadilah korang seorang islam yang hanya pandai baca lafaz Al Quran, penuh tajwid dah makraj tapi bila azan berkumandang, korang selamba solat lengah lengah macam takde apa apa yang berlaku. (cukup satu contoh)

Ketahuilah, Kerana orang islam tidak baca makna Al Quran betul betul, dan hanya serahkan diri pada pendapat ustaz masing masing yang di ambil luar dari Al Quran dan hadis, lalu wujudlah perbezaan fahaman sehingga PAS dan UMNO berperang mulut saling kafir mengkafir! Syiah dan Sunni pun berbunuhan, Penyokong Mursi dan penyokong Tentera saling bunuh membunuh, Hamas dan fatah, Wahabi dan salafi and counting..

dan ketahuilah, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka 'membaca makna' Al Quran dalam bahasa masing masing, dan aku percaya juga bahawa kisah bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak 'membaca makna' Al–quran

Jika orang kafir baca makna Al Quran sudah boleh dapat hidayat, apatah lagi kita yang dah lama berjuang dalam parti so call islamik., tapi itulah, rata rata yang aku jumpa, khatam lafaz arab sahaja, belum pernah khatam baca makna Al Quran, apa kes?

Itu aku tanya yang dah khatam Al Quran, cuba aku tanya yang tak khatam pulak tak tahulah aku apa nak jadi, entah-entah makna surah Al fatihah pun tak tahu, tapi makna lagu 'Beat it' nyanyian arwah Micheal Jakson tahu pulak, aku "beat it" sekali baru korang tahu, eh, melawan pulak?! Just Beat It, Beat It, Beat It, Beat It., cheh menyanyilah pulak.!

(Dari jauh kelihatan Hayata sedang menari tarian breakdance ala ala Micheal jakson-beat it- abaikan dia.)

Akhirulkalam dari Penulis asal

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi: Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini.

Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran.
- Surah Sad 29

Jadi wahai anakku, lepas dah mengaji dalam bahasa arab, tolong baca makna Al Quran sama, dan jika tak faham tanya, jangan tengok sangat cerita Ultraman tu, ayah target dapat pakai mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya Ultra!

Dipetik dari Entri asal bertajuk Apakah Agama Ultraman yang Sebenarnya Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua.


Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan



Artikel Berkaitan

GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]





No comments:

Post a Comment

I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.

Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid

All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.

linkreferral
Natang Ngoh