Kemarau El Nino dijangka melanda Semenanjung Malaysia pada penghujung tahun atau awal tahun hadapan. Manakala Sabah dan Serawak bakal menghadapi Fenomena El Nino lebih awal. Syukur! Tiada Dugaan El Nino pada Ramadhan 1435 Hijrah.
Walaupun cuaca panas sekarang ini hanya disebabkan Musim Monsun Barat Daya, namun bahang panasnya mula memberi kesan dalam kehidupan seharian kita. Merujuk Penyakit Musim Kemarau Strok Haba, diharapkan rakan-rakan blogger semua dapat memberi lebih perhatian dalam Penjagaan Kesihatan ketika Musim Kemarau ini.
Tiada Dugaan El Nino di Bulan Ramadhan 1435 Hijrah
Walaupun pada peringkat awalnya, El Nino Malaysia dijangka berlaku pada penghujung Jun hingga Disember. Namun dengan Kekuasaan Allah yang Maha Pengasih, Ibadah Puasa di Bulan Ramadhan 2014 ini dipermudahkan oleh-Nya. Syukur Alhamdulillah. Merujuk Kajian Jabatan Meteorologi Malaysia, berlaku Perubahan Ramalan El Nino Malaysia adalah disebabkan kedudukan Semenanjung yang agak jauh dari Lautan Pasifik. Wallahu’alam bissawab
Sabah Serawak dilanda El Nino lebih Awal
Sabah dan Sarawak mungkin akan mengalami kesan El Nino lebih awal berbanding Semenanjung Malaysia kerana lebih hampir dengan Lautan Pasifik. Diikuti Indonesia dan Australia, semenanjung Malaysia mungkin paling lewat Menghadapi Fenomena El Nino ini. Bookmark untuk update Kemarau El Nino di Semenanjung Malaysia pada hujung tahun ini atau awal tahun depan.
Memandangkan beberapa perubahan yang berlaku. Kekuatan El Nino 2014 yang bakal dihadapi masih belum dapat diramal dengan tepat. Kesan dari El Nino bergantung kepada Tahap Kekuatan El Nino yang dinilai mengikut 3 Tahap utama iaitu Tahap lemah, sederhana atau kuat. Sila rujuk: El Nino Malaysia untuk informasi sepenuhnya.
Musim Kemarau El Nino
El Nino merujuk kepada pemanasan permukaan laut yang berlaku selama enam bulan berturut-turut dalam setiap dua hingga tujuh tahun di bahagian timur Lautan Pasifik. Manakala Cuaca Panas yang melanda Malaysia kini adalah disebabkan .Musim Monsun Barat Daya yang menjadi punca kepada Cuaca Panas Kering dan Kurangnya Taburan Hujan. Malah ia juga menghalang pembentukan awan yang selama ini menyekat pancaran matahari yang terik. Sila rujuk Tanda Fenomena El Nino dan Musim Kering Monsun Barat Daya untuk bacaan tambahan.
Artikel ditulis oleh RaimiSyazwan
Artikel Berkaitan
Information
- Model Saga Plus Varian Baharu Proton
- Akta Rokok Elektronik Kementerian Kesihatan
- Kenaikkan Kadar Tol Ogos 2015 Lebuhraya Malaysia
- Suasana Pilu Nik Aziz Nik Mat Meninggal Dunia
- Hikayat Raja Babi Kesusteraan Melayu Silam
- 50 Maut Rempuhan Bom Trak Ahmad Affendi
- Tarikh Gaji Kakitangan Awam 2015 Jabatan Akauntan Negara
- Malaysia Iktiraf Golongan (Pondan) Transgender
- Wajah Sebenar Firaun Tutankhamun (Gambar)
- Aplikasi Citra Merdeka 57 Android
- Gencatan Senjata (Hamas-Israel) Gaza 2014
- Ubat Tradisional Beracun Majun Burung Unta
- Bagaimana Bekerja di Nuffnang Blog Advertising Community
- Imsakiah Ramadhan 1435/2014 Malaysia
- Sepasang Tapir Pertukaran Balas Panda Gergasi China
- Mengenai Hari Guru 2014 di Keratan Akhbar
- Setelit MEASAT-3b Paling Mantap di Asia
- Kempen Penurunan Harga Barang Fasa Pertama
- Senarai Aktiviti Cuti Sekolah di Malaysia
- Bajet 2014 bukan Pertunjukkan Sarkas
- Akademi Fantasia 2013 Musim Ke-10 AF2013
- Kisah Makanan dari Langit
- Melayu Boleh
- Sejarah Pokok Pine Dihias Pada Hari Krismas
GO TO [ Pseudosupra Sitemap ]
No comments:
Post a Comment
I just wanted to thank you for visiting ♌¹³ Pseudosupra | aLife Blog and willing to read this entry. I appreciate it from the bottom of my heart. Keep in touch and for further concerns, please do not hesitate to give your comment for my future entry. Wish you a great day.
Regard & Much more respect ~ Raimi Syazwan Abdul Rashid
✎All Comments and criticism can be delivered via the comment space below.